الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label tenang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tenang. Papar semua catatan

Pesawat zionis serang 2 lokasi AL-QASSAM

16 April 2011

Laporan jam 01.30 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.30 pagi, Mesir

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis melancarkan dua serangan awal pagi ini ke atas dua lokasi yang berlainan di bandar Gaza.

Pemberita Safa melaporkan bahawa pesawat tempur F-16 mengebom dua buah lokasi sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM. Salah satunya berhampiran sekolah tunis di Hayyu Zaitun, timur bandar Gaza, dan sebuah lagi lokasi dikenali 'Badar' sekitar Abraaj Al-Muqawwisi, utara Mukhayyam Shatie, barat bandar Gaza.

Tiada laporan mengenai kecederaan dalam dua kejadian serangan itu. Menurut Safa lagi, dua lokasi tersebut telah berkali-kali dibom pesawat zionis sebelum ini.


Sebelum itu, media Israel versi hebrew 'HAARETZ' petang semalam melaporkan tentang dua serangan roket jenis 'grad' menyerang bandar Ushdud, selatan tanah jajahan 1948. Sumber 16/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket gugur di Ushdud : HAARETZ

15 April 2011

Laporan jam 05.57 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.57 petang, Mesir

GAZA - Media Israel versi hebrew 'Haaretz' menyebut bahawa dua serangan roket 'grad' yang dilancarkan dari Gaza gugur waktu asar di bandar Ushdud, selatan tanah jajahan Palestin.

Sumber dari web tersebut menjelaskan sebaik sahaja serangan roket itu gugur di sebuah kawasan lapang, siren kecemasan berbunyi. Jelas sumber, tidak ada sebarang kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan.

Sebelum ini, kumpulan sayap senjata Palestin di Gaza telah bersepakat bagi memberikan ruang kepada masyarakat Palestin menenangkan diri dan peluang kepada pihak perantaraan untuk menjayakan gencatan(tenang).

Pejuang Palestin di Gaza bertegas bahawa mereka akan bertenang selagimana rejim zionis juga menuruti 'tenang'. Namun, rejim zionis masih menggiatkan tentangan ke atas penduduk Palestin di Gaza pada 14/04/2011. Laporan di sini. Sumber 15/04/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Rumah, nelayan jadi sasaran tembakan zionis

14 April 2011

Laporan asal jam 12.21 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.21 malam(13/04/2011), Mesir

GAZA - Menara kawalan tentera zionis yang setentang dengan timur Gaza telah menyasarkan tembakan senjata beratnya menjelang pertengahan malam. Serentak dengan itu, bot-bot laju tentera laut zionis menembak ke arah bot nelayan di selatan Gaza.

Pemberita Safa melaporkan dari saksi bahawa menara-menara kawalan tentera zionis yang dikenali 'gerbang Sureij' melepaskan tembakan bertubi-tubi dari senjata beratnya ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah pertanian di timur daerah Khan Yunus.

Sementara itu, lapor Safa lagi, bot-bot laju zionis yang berada di laut lepas selatan Gaza menembak ke arah bot-bot nelayan Palestin. Dalam waktu itu, ruang udara Gaza dilintasi kerap pesawat-pesawat rejim zionis.

Berhubung kejadian di laut, Safa menjelaskan bot-bot tentera laut zionis menyasarkan tembakan ke arah bot nelayan Palestin dalam jarak yang terlalu dekat. Lantas, bot-bot nelayan Gaza terpaksa beredar dari lokasi tersebut, sementara bot nelayan yang lain bergegas ke kawasan yang selamat untuk menjalankan penangkapan ikan sebagaimana biasa.

Sehingga kini, sumber tidak melaporkan sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin di Gaza ekoran dari dua kejadian tersebut. Walaupun keadaan tenang yang menyelubungi Gaza waktu ini, namun rejim zionis masih menindas para petani di garisan sempadan dan nelayan. Sumber 14/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Catatan masa di Tanah Palestin, 12/04/2011

13 April 2011

[Turutan bermula dari bawah]

04.31 petang, Palestin/Mekah(03.31 petang, Mesir): Empat pekerja terowong bawah tanah di Rafah sesak nafas. Jelas Safa, mereka sesak nafas kesan dari gas-gas sisa peluru pesawat zionis dalam serangan akhir-akhir ini.

02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Tentera rejim penjajah menangkap beberapa orang remaja Palestin di kawasan Abu Des, selatan BatiulMaqdis.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Sebuah delegasi perubatan Britain melawat Semenanjung Gaza.

01.33 petang, Palestin/Mekah(12.33 petang, Mesir): Pihak keamanan Palestin Ramallah tangkap 3 anggota HAMAS di Tebing Barat.

01.27 petang, Palestin/Mekah(12.37 petang, Mesir): Seorang wanita Palestin yang hamil mengalami keguguran selepas rumahnya digeledah tentera penjajah di Awwarta, Tebing Barat.

Berita Al-Jazeerah: Tentera penjajah merempuh daerah Bitonia di Tebing Barat. Sementara itu, seramai 9 penduduk Palestin dari berlainan Wilayah di Tebing Barat telah ditangkap tentera penjajah awal pagi tadi.

Sumber 12/04/2011, safa.ps

Read more...

Catatan, tenang Gaza 11/04/2011

12 April 2011

[Turutan bermula dari bawah]

07.23 malam, Palestin/Mekah(06.23 malam, Mesir): Bekas pegawai bahagian keselamatan zionis pada waktu asar tadi meminta Kerajaan zionis agar menyempurnakan dokumen penukaran tahanan dan tawanan. Sedemkian itu, bagi membebaskan seorang tentera zionis, Gilad Shalit yang kini berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza sejak tahun 2006.

Antara bekas pegawai keselamatan itu adalah bekas Ketua Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri(SHABAK), bekas ketua MOSSAD dan Ketua Turus Angkatan Tentera rejim zionis.

07.23 malam, Palestin/Mekah(06.23 malam, Mesir): Wakil Kementerian Kehakiman, Usamah Saad berkata, pesawat zionis yang melintasi semula ruang udara Gaza mencabar ketetapan Liga Arab. Semalam, Liga Arab dalam pertemuan tergempar memutuskan beberapa ketetapan, antaranya akan mendesak Majlis Keselamatan Antarabangsa mengenakan larangan melintasi ruang udara Gaza terhadap pesawat-pesawat zionis.

02.55 petang, Palestin/Mekah(01.55 petang, Mesir): Tsipi Livni - Ketua Pembangkang zionis dari parti kadima - Semestinya tunjuk kekuatan zionis apabila bertembung dengan roket-roket Gaza.

02.54 petang, Palestin/Mekah(01.54 petang, Mesir): Pesawat-pesawat zionis kerap berterbangan di ruang udara Gaza.

02.49 petang, Palestin/Mekah(01.49 petang, Mesir): Tembakan gempa gegar ruang udara Gaza.

Tembakan @ serangan gempa - Serangan terbatas di ruang udara tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan atau kehilangan nyawa. Kebiasaannya, tembakan tersebut hanyalah sebagai peringatan.

Sumber 11/04/2011, safa.ps

Read more...

Zionis lancar 2 serangan udara di Gaza

30 Mac 2011

Seorang pejuang Palestin dari gerakan JIHAD ISLAMI syahid, manakala seorang lagi mengalami luka parah akibat terkena serangan udara zionis awal pagi tadi. Serangan tersebut, menurut safa dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa di kawasan منطقة البيوك, Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Keadaan motosikal setelah diserang pesawat pengintip zionis. Dua penunggang, salah seorangnya syahid dan seorang lagi masih dirawat.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mangsa serangan yang syahid, Muhammad Khalid Muammar, 24 dan seorang lagi masih dirawat di hospital.

Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggotanya. As-Syahid diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh.

Memetik dari berita Al-Jazeerah.net, tentera rejim zionis menyatakan serangan tersebut, sebagaimana dijelaskan adalah menyasarkan dua orang pejuang Palestin yang melancarkan serangan roket semalam.

Sebelum itu, lapor safa, sekitar jam 2 pagi, waktu Palestin, pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas salah sebuah terowong bawah yang bersambungan antara dua sempadan, Gaza dan Mesir.

Gambar(safa): Terowong bawah tanah yang menjadi sasaran zionis awal pagi tadi.

Menurut pemberita safa, pesawat tempur zionis melancarkan satu serangan peluru misil ke arah terowong tersebut yang terletak di Mukhayyam Yuban, barat Rafah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.

Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan sempadan, melepaskan tembakan ke arah petani dan rumah-rumah penduduk Gaza. Sumber 30/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS