Zionis lancar 2 serangan udara di Gaza
30 Mac 2011
Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah mengesahkan bahawa mangsa serangan yang syahid, Muhammad Khalid Muammar, 24 dan seorang lagi masih dirawat di hospital.
Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan bahawa mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggotanya. As-Syahid diserang ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh.
Memetik dari berita Al-Jazeerah.net, tentera rejim zionis menyatakan serangan tersebut, sebagaimana dijelaskan adalah menyasarkan dua orang pejuang Palestin yang melancarkan serangan roket semalam.
Sebelum itu, lapor safa, sekitar jam 2 pagi, waktu Palestin, pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas salah sebuah terowong bawah yang bersambungan antara dua sempadan, Gaza dan Mesir.
Gambar(safa): Terowong bawah tanah yang menjadi sasaran zionis awal pagi tadi.
Menurut pemberita safa, pesawat tempur zionis melancarkan satu serangan peluru misil ke arah terowong tersebut yang terletak di Mukhayyam Yuban, barat Rafah. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang(gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama.
Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan sempadan, melepaskan tembakan ke arah petani dan rumah-rumah penduduk Gaza. Sumber 30/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net
0 comments:
Catat Ulasan