Israel ancam jika PBB mengiktiraf negara Palestin
30 Mac 2011
Kementerian Luar Negara mengarahkan wakilnya di 30 buah negara untuk menghantar 'protes diplomatik' dan mengetuai PBB serta menjalankan cadangan mereka dalam pemilihan pada bulan September di Perhimpunan Agung.
Oleh: Barak Ravid
Minggu lepas, Israel memberitahu kepada 15 ahli Majlis Keselamatan PBB serta beberapa negara-negara utama Kesatuan Eropah, bahawa jika Palestin(Palestinian Authority: PA) tetap dalam usahanya untuk mendapatkan pengakuan pada bulan September sebagai sebuah negara mengikut sempadan tahun 1967, Israel akan bertindak balas terhadap pengakuan tersebut.
Pengawai Tinggi Kementerian Luar Negara berkata, Pengarah Pegawai Umum Kementerian, Rafael Barak, menghantar lebih 30 orang dari wakil kedutaan Israel dan mengarahkan mereka untuk mengajukan protes diplomatik di peringkat tertinggi agar Palestin tidak mendapat pengiktirafan.
Pengawai Diplomatik Israel menyampaikan mesej bahawa sokongan untuk pengakuan antarabangsa, terutama dari sebahagian besar ahli Kesatuan Eropah, mendorong Palestin untuk melupakan rundingan dengan Israel dan bergerak lebih cepat ke arah pengiktirafan PBB kepada Palestin sebagai sebuah negara. Diplomat Israel menekankan bahawa langkah tersebut melanggar Perjanjian Oslo dan tidak akan menyebabkan wujudnya negara Palestin walaupun Perhimpunan Agung memberi pengiktirafan, dan ini boleh menyebabkan berlaku kekerasan di sana.
Diplomat Eropah telah mengesahkan kepada Haaretz bahawa mesej tersebut disampaikan beberapa hari lalu. Seorang diplomat berkata, negaranya tidak memandang serius ketika ditanya apakah langkah-langkah yang akan Israel ambil. Dan diplomat dari negara Eropah, mengatakan mereka buntu terhadap rundingan di saat ini.
Sumber Kementerian Luar Negara mengatakan belum ada keputusan yang diambil pada masa sekarang sejak Israel mula memberi respon terhadap pengiktirafan negara Palestin, dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu belum lagi membuat perbincangan sebagai tindakan susulan utama sepertimana respon pada peringkat formal antara rakan-rakan kabinetnya.
Idea ini telah diperakui oleh kumpulan sayap kanan spektrum politik dalam beberapa minggu yang lalu, menunjukkan, misalnya, bahawa kemungkinan undang-undang Israel akan dilaksanakan di Tebing Barat.
Isu bulan September ini dijangka menjadi penting kerana beberapa alasan.
September lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengatakan dalam Perhimpunan Agung bahawa beliau ingin melihat negara Palestin menjadi anggota PBB dalam masa satu tahun lagi.
Selain itu, Israel dan Palestin telah sepakat bahawa perundingan mereka pada 2hb September lalu di Washington akan berlangsung selama sekitar satu tahun.
Ketiga, program yang dicanang Salam Fayyad(Perdana Menteri Palestin Ramallah) mendirikan institusi(agensi-agensi Kerajaan) bagi negara Palestin pada masa depan seperti yang tersiar dalam facebook telah dihentikan.
Pada hari Ahad lepas, Presiden Palestin Mahmoud Abbas bertemu bekas ahli Knesset, Beilin Yossi di Ramallah. Abbas mengatakan bahawa Palestin tidak akan terlibat dalam rundingan dengan Israel selepas September. Sumber-sumber pemimpin veteran Palestin menambah, bahawa jika mengadakan semula rundingan sebelum September dan menghasilkan kemajuan, Palestin bersedia untuk menangguhkan usaha-usaha demi mendapatkan pengiktirafan PBB berhubung hak kenegaraan.
Abbas mengatakan kepada Beilin bahawa kemungkinan akan berlaku untuk terlibat dalam tiga bulan rundingan dalam usaha mencapai kemajuan sebelum September, tapi Netanyahu harus membekukan pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat selama tempoh itu.
Pemimpin PA menambah bahawa Palestin tidak akan lagi bertindak kasar secara terhadap Israel, tapi dengan isyarat menunjukkan kemungkinan Abbas berundur atau berlaku pergolakan dalam PA, seraya itu, Beilin memberitahu bahawa tidak ada 'Oktober 2011 dalam jadualnya'.
Di saat ini tiada hubungan rasmi antara wakil Netanyahu dan penasihat Abbas, dan Netanyahu tampaknya telah berundur dari niatnya untuk menyampaikan ucapan dasar utama bagi memulakan proses perdamaian. Sumber 29/03/2011, web berita haaretz.com
0 comments:
Catat Ulasan