الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label PBB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBB. Papar semua catatan

Turki: Selagi tidak mohon maaf 'Marmara', Israel tidak boleh sertai persidangan NATO

25 April 2012

NATO
Turki telah menyatakan bahawa pihaknya membantah penyertaan rejim zionis dalam persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara(NATO) yang dijadualkan berlangsung pada bulan akan datang. Demikian itu, rejim zionis masih tidak memohon maaf berhubung serangan komando laut zionis ke atas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada Mei 2010(31 Mei 2010), malahan turut mengakibatkan sembilan warga Turki terbunuh.

Menjawab soalan mengenai Ankara tidak membenarkan zionis menyertai persidangan pakatan NATO di Chicago pada 20 dan 21 Mei akan datang 'tanpa diselesaikan isu Marmara', kata wakil Turki, maka dengan ini, kami menganggap Israel tidak sesuai turut serta, tambahan pula, Turki masih mendesak Israel memohon maaf secara rasmi dan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa yang terbunuh di atas kapal Mavi Marmara.

Foto AFP, catatan masa kejadian serangan
Menurut media massa Turki, sebahagian dari negara anggota NATO berusaha menarik rejim zionis ke dalam persidangan agar dapat bergabung dalam agenda kerjasama dengan NATO bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dengan negara bukan anggota.

Tambahan lagi, menteri-menteri dari sebahagian negara anggota, antaranya Amerika Syarikat, Perancis dan Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen telah mengkritik Turki kerana mencampurkan masalah hubungan dua hala dengan Israel sehinggakan memberi kesan kepada pakatan NATO.

Akhbar Turki menukil dari kata-kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu kepada rakan-rakan NATO, "kamu semua berbicara selaku ahli pakatan dan nilai yang ada dalam pakatan NATO, tetapi perlu terlebih dahulu menjaga sikap sesama ahli pakatan sehinggalah kita dapat mengambil sikap yang sama dengan mereka."

Cevdet Kılıçlar, salah seorang relawan Turki yang terbunuh
semasa serangan komando laut zionis
Hubungan antara Turki dan Israel telah retak teruk selepas kejadian serangan dari unit komando laut Israel 'Shayetet 13' ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa muatan barang-barang bantuan pada Mei 2010 dan mengakibatkan sembilan relawan Turki dibunuh. Jelasnya, serangan ini adalah bentuk perlaksanaan sekatan laut yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

Pada September tahun lepas, Turki telah mengusir duta Israel dan membekukan hubungan kerjasama ketenteraan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengeluarkan laporan berhubung serangan ke atas Marmara dan Israel tidak tampil memohon maaf. Sumber 25/04/2012, suratkhabar Hurriyah Wal-Adalah(حرية والعدالة), sayap politik kepada Jamaah Ikhwan Muslimin [Mesir]

Read more...

Israel ancam jika PBB mengiktiraf negara Palestin

30 Mac 2011

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 29/03/2011]

Kementerian Luar Negara mengarahkan wakilnya di 30 buah negara untuk menghantar 'protes diplomatik' dan mengetuai PBB serta menjalankan cadangan mereka dalam pemilihan pada bulan September di Perhimpunan Agung.

Oleh: Barak Ravid

Minggu lepas, Israel memberitahu kepada 15 ahli Majlis Keselamatan PBB serta beberapa negara-negara utama Kesatuan Eropah, bahawa jika Palestin(Palestinian Authority: PA) tetap dalam usahanya untuk mendapatkan pengakuan pada bulan September sebagai sebuah negara mengikut sempadan tahun 1967, Israel akan bertindak balas terhadap pengakuan tersebut.

Pengawai Tinggi Kementerian Luar Negara berkata, Pengarah Pegawai Umum Kementerian, Rafael Barak, menghantar lebih 30 orang dari wakil kedutaan Israel dan mengarahkan mereka untuk mengajukan protes diplomatik di peringkat tertinggi agar Palestin tidak mendapat pengiktirafan.

Pengawai Diplomatik Israel menyampaikan mesej bahawa sokongan untuk pengakuan antarabangsa, terutama dari sebahagian besar ahli Kesatuan Eropah, mendorong Palestin untuk melupakan rundingan dengan Israel dan bergerak lebih cepat ke arah pengiktirafan PBB kepada Palestin sebagai sebuah negara. Diplomat Israel menekankan bahawa langkah tersebut melanggar Perjanjian Oslo dan tidak akan menyebabkan wujudnya negara Palestin walaupun Perhimpunan Agung memberi pengiktirafan, dan ini boleh menyebabkan berlaku kekerasan di sana.

Diplomat Eropah telah mengesahkan kepada Haaretz bahawa mesej tersebut disampaikan beberapa hari lalu. Seorang diplomat berkata, negaranya tidak memandang serius ketika ditanya apakah langkah-langkah yang akan Israel ambil. Dan diplomat dari negara Eropah, mengatakan mereka buntu terhadap rundingan di saat ini.

Sumber Kementerian Luar Negara mengatakan belum ada keputusan yang diambil pada masa sekarang sejak Israel mula memberi respon terhadap pengiktirafan negara Palestin, dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu belum lagi membuat perbincangan sebagai tindakan susulan utama sepertimana respon pada peringkat formal antara rakan-rakan kabinetnya.

Idea ini telah diperakui oleh kumpulan sayap kanan spektrum politik dalam beberapa minggu yang lalu, menunjukkan, misalnya, bahawa kemungkinan undang-undang Israel akan dilaksanakan di Tebing Barat.

Isu bulan September ini dijangka menjadi penting kerana beberapa alasan.

September lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengatakan dalam Perhimpunan Agung bahawa beliau ingin melihat negara Palestin menjadi anggota PBB dalam masa satu tahun lagi.

Selain itu, Israel dan Palestin telah sepakat bahawa perundingan mereka pada 2hb September lalu di Washington akan berlangsung selama sekitar satu tahun.

Ketiga, program yang dicanang Salam Fayyad(Perdana Menteri Palestin Ramallah) mendirikan institusi(agensi-agensi Kerajaan) bagi negara Palestin pada masa depan seperti yang tersiar dalam facebook telah dihentikan.

Pada hari Ahad lepas, Presiden Palestin Mahmoud Abbas bertemu bekas ahli Knesset, Beilin Yossi di Ramallah. Abbas mengatakan bahawa Palestin tidak akan terlibat dalam rundingan dengan Israel selepas September. Sumber-sumber pemimpin veteran Palestin menambah, bahawa jika mengadakan semula rundingan sebelum September dan menghasilkan kemajuan, Palestin bersedia untuk menangguhkan usaha-usaha demi mendapatkan pengiktirafan PBB berhubung hak kenegaraan.

Abbas mengatakan kepada Beilin bahawa kemungkinan akan berlaku untuk terlibat dalam tiga bulan rundingan dalam usaha mencapai kemajuan sebelum September, tapi Netanyahu harus membekukan pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat selama tempoh itu.

Pemimpin PA menambah bahawa Palestin tidak akan lagi bertindak kasar secara terhadap Israel, tapi dengan isyarat menunjukkan kemungkinan Abbas berundur atau berlaku pergolakan dalam PA, seraya itu, Beilin memberitahu bahawa tidak ada 'Oktober 2011 dalam jadualnya'.

Di saat ini tiada hubungan rasmi antara wakil Netanyahu dan penasihat Abbas, dan Netanyahu tampaknya telah berundur dari niatnya untuk menyampaikan ucapan dasar utama bagi memulakan proses perdamaian. Sumber 29/03/2011, web berita haaretz.com

Read more...

Eropah mahukan PBB bukan AS jadi orang tengah tangani konflik damai di Timur Tengah

26 Mac 2011

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 26/03/2011]

Britain, Perancis dan Jerman berhasrat untuk menjadikan PBB(UN) dan Kesatuan Eropah(EU) sebagai orang tengah dalam perjanjian perdamaian Israel-Palestin, kata diplomat.

Oleh: The Associated Press

Britain, Perancis dan Jerman mahu PBB dan Kesatuan Eropah mencadangkan garis panduan penyelesaian akhir konflik damai Israel-Palestin. Dengan demikian, ia akan membantu pembentukan negara Palestin, kata diplomat PBB.

Gambar, petikan dari haaretz

Ketiga-tiga negara Eropah tersebut, semua anggota Majlis Keselamatan PBB, mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon dan Kesatuan Eropah untuk mengajukan sebuah teks penyelesaian pada pertemuan dalam pertengahan bulan April di Kuartet Mediator Timur Tengah. Para diplomat mengatakan, teks perbincangan tidak diumumkan kerana perbincangan berlangsung secara tertutup.

Kuartet Timur Tengah termasuk PBB, Kesatuan Eropah, AS dan Rusia, tujuannya adalah untuk mendapatkan asas bagi rundingan Israel-Palestin secara langsung.

Peralihan tugas yang diberi kepada Kesatuan Eropah dan PBB bukannya Amerika Syarikat, iaitu sekutu terdekat Israel yang telah berusaha tetapi gagal selama berbulan-bulan untuk mendapatkan rundingan secara langsung dengan pihak Russia, sekutu Palestin.

Para diplomat PBB turut menyoal satu pertanyaan besar di sini, apakah Amerika Syarikat akan membenarkan Eropah dan PBB untuk memimpin dan dalam masa yang sama menyelesaikan kebuntuan tersebut. Selain itu, apakah Israel akan memberikan lampu hijau.

Israel dan Palestin telah bersetuju untuk membuat persepakatan pada September 2011 yang tarikh tersebut turut ditentukan oleh Presiden Barack, tetapi rundingan itu tersekat minggu selepas mereka memulakan kembali September tahun lalu.

Palestin berkeras tidak akan meneruskan rundingan damai sehingga Israel menghentikan pembinaan projek penempatan Israel di atas tanah-tanah yang dirampas oleh Israel selepas Perang Enam Hari 1967, iaitu Tebing Barat dan Jerusalem timur(Baitul Maqdis atau Al-Quds Timur, Timur Al-Quds).

Pada tarikh 18 Februari, AS dengan hak vetonya mengatakan bahawa sebuah resolusi Majlis Keselamatan mengutuk penempatan Israel sebagai menyalahi undang-undang dan menuntut untuk segera menghentikan semua pembinaan penempatan Israel. Britain, Perancis dan Jerman menyokong untuk mengeluarkan kenyataan bersama mengungkapkan keprihatinan serius mereka berhubung kebuntuan dalam proses perdamaian Timur Tengah.

Sejak kegagalan usaha AS dalam proses perdamaian antara Israel dan Palestin, para diplomat mengatakan tiga kekuatan Eropah memutuskan untuk mencuba pendekatan baru dengan harapan mencari solusi bagi mengatasi kebuntuan tersebut.

Para diplomat mengatakan tiga negara Eropah telah menyampaikan mesejnya di ibukota - termasuk Washington dan Jerusalem(Baitul Maqdis atau Al-Quds) - bahawa jika ini adalah jalan keluar bagi perdamaian, Palestin akan bersedia untuk berbincang semula. Sumber 26/03/2011, web berita haaretz

Read more...

Pendatang haram berniat dakwa HAMAS di UN

20 November 2010

AL-QUDS, - Ketua Majlis Daerah 'Hauf Ashkelon', Ye'ir Farjoun berkata, pihaknya berniat untuk mengemukakan dakwaan ke PBB(UN) bagi menentang gerakan HAMAS disebabkan kandungan peluru roket yang gugur di kawasan berkenaan mengandungi bahan 'fosforus'.

Gambar(ynet): Roket 'grad' yang gugur di salah sebuah Majlis Daerah penempatan haram zionis di tanah jajahan 1948.

Penjelasan Farjoun yang disiarkan radio penjajah malam ini bahawa pihaknya telah membuat keputusan sebaik sahaja 4 serangan peluru roket 'hawn' gugur di sekitar Majlis Daerah 'Hauf Ashkelon' pada hari jumaat.

Farjoun menyatakan lagi, salah satu dari 4 peluru roket mengandungi bahan 'fosforus'. Bagaimanapun, serangan tersebut tidak mencederakan sesiapa.

Keputusan yang dinyatakan oleh Farjoun sehari selepas Menteri Luar rejim zionis, Avigdor Lieberman menyebut perkara yang sama. Lieberman seperti yang dilaporkan telah mengarahkan Meron Reuven, duta Israel di PBB supaya membuat dakwaan kepada Setiausaha Agung PBB dan Ketua Majlis Keamanan Antarabangsa berhubung serangan peluru roket yang mengandungi bahan 'fosforus', dakwa menteri penjajah.

Akhir tahun 2008, rejim zionis telah melancarkan perang di Gaza yang berterusan selama 22 hari turut menggunakan senjata yang mengandungi 'fosforus putih'(gambar kiri, dan di kanan adalah mangsa fosforus putih. Mangsa yang dimaksudkan adik Yusri ketikamana ditemui dalam satu lawatan mangsa perang di hospital Palestin, Kaherah tahun 2009). Zionis mendakwa perang tersebut adalah bagi menghentikan serangan roket dari Gaza mengakibatkan hampir 1500 penduduk Palestin di Gaza syahid, manakala 5,000 yang lain mengalami luka parah dan cedera. Sumber 20/11/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:
1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
2. Majlis Keselamatan PBB

3. White phosporus(wikipedia)(GlobalSecurity)

4. Israel complains to UN over rocket fire

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS