الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label pemulihan dalaman Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemulihan dalaman Palestin. Papar semua catatan

Delegasi HAMAS bertemu dengan perisikan Mesir

02 Mei 2011

Laporan asal jam 06.18 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.18 petang, Mesir

KAHERAH - Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal telah bertemu dengan Ketua Badan Perisikan Mesir, Murad Mawafi dan beberapa lagi anggota perisikan Mesir tengahari tadi.

Gambar(Safa): dari kanan, Mousa Abu Marzook, Khaled Meshaal dan Ezzat Al-Rashq sebaik tiba di Kaherah petang semalam.

Dalam kenyataan media, Ezzat Al-Rashq, salah seorang anggota Biro Politik HAMAS berkata, kedua-dua pihak membincangkan keadaan dan perkembangan terkini mengenai Palestin malah turut menyentuh jalan untuk mengukuhkan kedudukan Palestin.

Tambah beliau, perbincangan itu turut menyentuh keadaan dan kedudukan rantau ini.

Jelas Ezzat, delegasi HAMAS yang terlibat dalam pertemuan dengan Badan Perisikan Mesir, Khaled Meshaal, Mousa Abu Marzook, Muhammad Nasr dan beliau sendiri.

Delegasi dari peringkat tertinggi HAMAS tiba petang semalam di Kaherah untuk bertemu wakil-wakil Mesir, dan hari Rabu ini, gerakan HAMAS terlibat dalam majlis menandatangani persetujuan baik pulih dalaman Palestin. Sumber 02/05/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Rejim zionis risau hubungan dalaman Palestin pulih

30 April 2011

Laporan asal jam 05.17 petang, Palestin/Mekah
Jam 04.17 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Menteri perang(pertahanan) rejim zionis, Ehud Barak (gambar) memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon bahawa rejim zionis risau dengan persetujuan yang bakal ditandatangani antara gerakan HAMAS dan FATAH.

Menurut radio Israel, Barak memaklumkan sedemikian kepada Ban Ki Moon ketika menghubunginya melalui telefon.

Kata Barak, "HAMAS adalah pertubuhan pengganas yang menembak roket ke penempatan-penempatan Israel."

Tambah Menteri itu lagi, "Israel berharap PBB dan pihak antarabangsa dapat mendesak Kerajaan Palestin yang baru sebaik sahaja ditubuhkan supaya menerima syarat-syarat Kuartet Timur Tengah seperti mengiktiraf kewujudan Negara Israel, mengakui perjanjian-perjanjian damai yang telah dimeterai sebelum ini serta menghindarkan sebarang tindakan keganasan."

Persetujuan awal yang ditandatangani gerakan HAMAS dan FATAH pada Rabu lepas bagi mengakhiri konflik perselisihan dan membaik pulih hubungan sesama mereka telah mengungdang kemarahan Israel kepada gerakan HAMAS.
________________________________________
Baca lagi:

Baik pulih hubungan dalaman Palestin diancam damai zionis

Ehud Barak

________________________________________

Sumber lain menyebut kedua-dua gerakan terbesar Palestin ini akan menandatangani penyelesaikan konflik dan persetujuan baik pulih pada hari Rabu akan datang dengan dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS. Ada sumber lain menyebut pada hari Khamis. Sumber 30/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Revolusi 25 Januari rintis jalan ke Al-Quds

01 April 2011

"Perang Gaza diputuskan dari pejabat Mubarak kerana dia benci HAMAS dan golongan Islamis", demikian ungkapan ringkas yang dapat dilihat bagaimana hubungan yang terbentuk antara pemimpin حركة المقاوممة الآسلامية (HAMAS) dengan pentadbiran Presiden yang telah digulingkan, Housni Mubarak, menurut Menteri Luar Kerajaan Palestin yang ditadbir HAMAS, Dr.Mahmud Al-Zahar.

Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai Mahmud Al-Zahar beredar meninggalkan Kaherah semalam setelah mengadakan kunjungan selama dua hari di sini.

Ketika pertemuan awal petang semalam dengan beberapa orang pemuda revolusi, antaranya dua anggota jawatankuasa penubuhan Barisan Keadilan dan Demokrasi Kebangsaan serta pemuda dari parti Al-Ghad, beliau berkata, "sebelum-sebelum ini, Gaza tidak menjadi penyebab yang mengancam keselamatan Mesir."

"Pemerintah Mesir sebelum ini sengaja mereka-reka cerita Gaza meletupkan gereja di Mesir, dan telah pun diketahui penyerangnya, Allah memberkati dengan mendedahkan tindakan keji ini," kata beliau lagi.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri, Dr. Said Al-Badawi, Presiden Parti Al-Wafdu serta beberapa anggota tertinggi Al-Wafdu, bekas ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin, Dr.Hazim Farouq dan bekas ahli parlimen dari parti Al-Wafdu, pemimpin HAMAS itu menambah, "walaupun masyarakat Palestin memerlukan keupayaan yang lebih tinggi menentang penjajahan zionis, tetapi saya menyedari bahawa jalan ke Al-Quds menjadi semakin hampir setelah dirintis selepas berlakunya revolusi Mesir."

Sisi lain dalam pertemuan, Mahmud Al-Zahar memberikan kenyataan khas kepada agensi berita "الشروق" bahawa "perang Gaza diputuskan dari pejabat Mubarak kerana dia benci HAMAS dan golongan Islamis". Berikutan itu, isu(dokumen) pemulihan hubungan dalaman Palestin akan digerakkan segera, Gaza sedang menanti kunjungan Abu Mazen(Mahmoud Abbas) bagi menyempurnakan penyelesaian ini, jelas Al-Zahar.

Beliau menegaskan lagi bahawa HAMAS bukan penyebab yang menggoncang keamanan Mesir, kami bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pemimpin Mesir yang baru agar menjadi acuan dalam kepentingan isu Palestin.

Berhubung lawatan delegasi HAMAS ke Kaherah, Al-Zahar berkata, kami telah mengemukakan kepada Majlis Tentera dan Kementerian Luar Mesir mengenai dokumen pemulihan dalam Palestin, isu tahanan Palestin di penjara Mesir, tambah beliau lagi, kami juga telah mengemukakan isu bantuan bekalan elektrik, makanan dan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza kepada wakil-wakil pemerintah Mesir.
_____________________________________________
Baca lagi:

HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

_____________________________________________

Sementara itu, Dr.Said Al-Badawi berkata, bahawa perjanjian Camp David menjadi satu ancaman bilamana Israel tidak menuruti perjanjian-perjanjian antarabangsa.

Hal tersebut didedahkan dalam pertemuan akhir-akhir ini dengan pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat, Jefry Feltman.

"Perjanjian-perjanjian itu tidak akan kekal" sebagaimana pernah menerima satu pukulan terhadap perjanjian pada tahun 1936 apabila ia telah dibatalkan bekas pemerintah yang lalu, Mustafa An-Nuhas Al-Basha," kata Al-Badawi kepada pembantu Menteri Luar Amerika.

Al-Badawi turut mengkritik pemimpin-pemimpin Arab berhubung sikap dan tindakan terhadap isu-isu Palestin.

Kata beliau, "konflik Arab-Israel menjadi sebesar-besar tanggungan kepada Arab kerana darah mereka berada dalam genggaman Amerika."

Beliau mengungkapkan dari keyakinannnya bahawa Amerika Syarikat berdiri di sebalik anti-revolusi di Mesir. Sedemikian itu, 'Amerika tidak akan menerima Mesir sebuah Negara demokrasi yang besar di rantau ini'. Sumber 01/04/2011, suratkhabar Al-Shorouk[Mesir]

Read more...

HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

29 Mac 2011

KAHERAH - Seorang pemimpin veteran gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), Mahmud Al-Zahar (gambar)berkata, semalam, pemerintah Mesir telah berjanji membuka sempadan Rafah serta menetapkan prosedur baru. Hal tersebut untuk memperelokkan pengendalian di perlintasan sempadan Rafah malah untuk memperbetulkan perkara yang negatif yang wujud sebelum ini.

Lawatan delegasi HAMAS di Kaherah turut bertemu dengan Badan Perisikan Mesir.

Ketika sidang media yang berlangsung di pejabat Persatuan media-media, beliau telah menyentuh beberapa isu berhubung keadaan di Palestin dan Mesir.

Tidak gugat keamanan Mesir

Beliau menjelaskan bahawa gerakan HAMAS tidak menggugat keamanan Mesir walau dalam apa jua gambaran, dan tuduhan pemerintah Mesir sebelum ini terhadap HAMAS berhubung 'letupan di gereja Iskandariah' adalah rekaan semata-mata yang telah terdedah semasa berlakunya revolusi Mesir, bulan Januari lalu.

Bebas tahanan Palestin

Tambahan lagi, lawatan rasmi delegasi HAMAS yang kini berada di Kaherah akan bertemu dengan Menteri Luar Mesir, Dr.Nabil Arabi. Sumber melaporkan, dalam pertemuan itu, gerakan HAMAS akan membincangkan mekanisme untuk membolehkan penduduk Palestin yang berada dalam penjara Mesir dibebaskan. Berhubung dengan tahanan, gerakan HAMAS akan meminta jumlah sebenar yang ditahan dalam penjara serta laporan-laporan berasingan bagi mengetahui sebab mereka ditangkap dengan wakil Mesir mengikut jadual masa.

Berikutan itu, Mahmud Al-Zahar menyatakan HAMAS tidak akan melanggar undang-undang Mesir. Jelas dengan pertemuan Menteri Luar Mesir, beliau tidak mengetahui dengan terperinci mengenai penduduk Palestin yang berada dalam penjara Mesir.
Pemulihan dalaman Palestin
Berhubung isu pemulihan(pembaikan المصالحة) Palestin, kata beliau, setiap tempat dan masa, gerakan HAMAS tetap menyatakan pendirian yang sama, iaitu usaha ke arah memperbaiki hubungan dalaman Palestin hanyalah dengan mengadakan dialog. Seterusnya, HAMAS amat berharap dapat melihat usaha pemulihan ini dapat dicapai dengan 'tindakan'.

Mengulas halangan, beliau menyebut, pihak luar, terutamanya rejim zionis adalah penghalang tercetusnya perpecahan dalaman Palestin.

Beliau menyatakan bahawa penyelesaian sekatan Gaza hari ini tidak sahaja sesuai dengan pergi kepada Mesir, mengharap kepada revolusi yang berlaku, Kerajaan Mesir yang ada sekarang serta barisan kepimpinan tentera, akan tetapi akan pasti tercapai setelahmana hubungan dalaman Palestin dipulihkan.

Dr.Khalil Hayyah turut bersama dalam delegasi gerakan HAMAS ke Kaherah.

Beliau berkata, gerakan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh malah banyak bertoleransi demi memulihkan hubungan dalam Palestin. HAMAS telah menjemput Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Abu Mazen, gambar) ke Gaza.

Namun, jelas Hayyah, Abu Mazen telah menetapkan syarat-syarat yang sedemkian. Bagaimanapun, HAMAS tidak mahu cara lawatan dan sambutan yang sedemikian, akan tetapi mengumumkan bagi memulakan pemulihan dengan cara yang betul. Sedemikian itu, mestilah dimulai dengan lawatan sebelum menyempurnakan isu-isu yang lain.

Berhubung dengan lawatan Abu Mazen ke Gaza, Dr.Mahmud Al-Zahar meminta supaya ditangguhkan pada masa lain sehinggalah selesai beberapa permasalahan yang penting, iaitu berkaitan dengan sandaran Palestin, penyusunan dasar politik Palestin dan kepimpinan Palestin.

Nafi pertemuan HAMAS dan FATAH

Setiausaha sulit Jawatankuasa(أمين سر لجنة المتابعة الوطنية وتحالف القوى الفلسطينية), Khalid Abdul Majid, mengumumkan semalam, bahawa telah tercapai persetujuan antara dua gerakan, HAMAS dan FATAH(حركة التحرير الفلسطينية) untuk memulakan dialog pada bulan depan. Pertemuan sebagai langkah pertama sebelum disertai kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti politik Palestin yang lain.

Jelas beliau, mekanisme perbincangan antara HAMAS dan FATAH belum ada kesepakatan tetapi ada persetujuan untuk memulakan dialog pada bulan hadapan. Beliau menyatakan lagi, pertemuan itu adalah mencari persefahaman berhubung isu yang bersangkut paut dengan lawatan Abu Mazen ke Gaza, serta penubuhan Kerajaan Teknokrat.

Bagaimanapun, Azam Ahmad(gambar), anggota Lajnah Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH menafikan kenyataan berhubung persetujuan antara HAMAS dan FATAH untuk mengadakan pertemuan di Kaherah atau di mana sahaja tempat demi memulakan perbincangan berhubung permasalahan yang masih tergantung antara kedua-dua gerakan ini.

Ahmad menyatakan dalam media rasmi Pemerintah Palestin Ramallah 'Wafa' bahawa inisiatif Presiden Abbas telah jelas seperti pancaran matahari iaitu jaminan penubuhan Kerajaan yang dipersetujui adalah dari kalangan individu-individu bebas(teknokrat).

Jelas Ahmad, sebarang perbincangan atau dialog berhubung isu yang tergantung atau hal-hal pada masa akan datang adalah setelahmana perpecahan itu diakhiri, melalui satu Kerajaan di bawah satu pemerintahan dan bukannya ketika waktu perpecahan.

Beliau turut mengungkapkan bahawa kenyataan Mahmud Al-Zahar yang meminta lawatan Abu Mazen ke Gaza ditangguhkan seperti 'menghancurkan inisiatif Abbas serta memanjangkan polemik perpecahan'.

Demikian itu, Kerajaan Palestin di Gaza dan gerakan HAMAS mengkaji mengenai lawatan Abbas ke Gaza.

Keselamatan Abbas ke Gaza tidak ada jaminan

Satu sumber dari laporan sulit dari Pihak Keselamatan Palestin di Gaza telah dikemukakan kepada Ismail Haniah, iaitu Ketua Kerajaan Palestin di Gaza mengenai tiada jaminan perlindungan keselamatan kepada Mahmoud Abbas sekiranya tiba di Gaza.

Jelas sumber agensi berita 'Quds Press' bahawa dua minggu sebelum Ismail Haniah mengeluarkan kenyataan menjemput Abbas ke Gaza, maka terlebih dahulu meminta Pihak Keselamatan di Gaza menyiapkan laporkan berhubung lawatan.

Berikutan itu, Pihak Keselamatan di Gaza telah menyerah laporan sulit setelah diadakan kajian mendalam(bacaan), pandang jauh dan kedudukan secara umum di Gaza.

Menurut laporan, perlindungan keselamatan Abbas di Gaza tidak dapat dijamin, kemungkinan Abbas diancam bahaya ketikamana melawat ke Gaza. Lebih-lebih lagi ada tanda ancaman tersebut dari ahli keluarga yang menjadi mangsa kepada Pihak Keamanan Abbas ketikamana kejadian Jun 2007(penguasaan HAMAS di Gaza) dan selepas kejadian itu berlaku.

Laporan dari Pihak Keselamatan Palestin Gaza melihat lagi bahawa keadaan keamanan yang akan mengiringi Abbas ke Gaza amat sulit. Sumber 29/03/2011, suratkhabar Mesir; Al-Ahram, Ash-Shourouk, Al-Akhbar, Misril-Youm, serta sumber 28/03/2011, web berita safa.ps dan Islam Today

Read more...

Syeikh Al-Azhar desak hentikan penangkapan di Tebing Barat

29 Disember 2010

KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Ahmad Tayyib(gambar) mendesak Presiden Palestin Mahmoud Abbas(ada sumber menyebut Presiden yang telah tamat tempoh) agar menghentikan penangkapan dan penyiksaan terhadap penduduk Palestin serta menjaga hak-hak tanahair, malah bergabung suara bagi membersihkan keseluruhan tanah-tanah Palestin dari segala bentuk penjajahan; pengyahudian dan jenayah pengusiran.
__________________

Desakan tersebut ketikamana pertemuan khas antara Al-fadhilah Syeikh Al-Azhar dengan delegasi dari Kementerian Waqaf Palestin(Ramallah) semalam.

Ketika pertemuan tersebut berlangsung, Syeikh Al-Azhar berharap kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(kumpulan pemisah) menandatangani dokumen pembaikan untuk menghimpunkan suara-suara Palestin serta menyatukan saf umat Islam di Palestin agar dapat melipatgandakan usaha melenyapkan sekatan yang zalim dengan segala perantaraan yang boleh, malah dapat mengikis jurang perselisihan politik kepartian yang jelas menimbulkan ancaman bahaya kepada tanahair. Beliau berkata sedemikian bersandarkan kepada Sabda Rasulullah دعوها فإنها منتنة" ,صلى الله عليه وسلم".

Lapor web rasmi Al-Ikhwan Al-Muslimin Mesir menyebut bahawa Syeikh Al-Azhar merayu kepada seluruh dunia agar tegas menentang perlanggaran yang dilakukan zionis ke atas hak-hak suci umat Islam dan masehi di tanah Palestin.

Desak beliau lagi kepada Kerajaan-kerajaan dan seluruh umat Islam berdiri kukuh di sebalik permasalahan Palestin demi pembebasannya dan penubuhan Negara Palestin yang beribunegara Al-Quds, selain itu mematahkan sekatan zalim zionis ke atas saudara seagama yang tabah hidup dalam sekatan di Semenanjung Gaza.
________________________________________________
Kami mengingatkan agar pembaca yang berada di Mesir berhati-hati ketika mengakses laman web ikhwan yang disifatkan pihak pembangkang.
________________________________________________
Beliau menyatakan lagi amat perlu kepada usaha Arab menekan pihak antarabangsa untuk mengeluarkan ketetapan membekukan projek penempatan zionis di Baitul Maqdis, tanah Palestin dengan apa segala perantaraan yang ada bagi menyokong keutuhan penduduk-penduduk Palestin yang bersungguh-sungguh mempertahankan Al-Quds. Sambil itu, Syeikh Al-Azhar mengecam Pemerintah Palestin Ramallah yang mengeluarkan ketetapan menutup stesen-stesen radio Al-Quran di Nablus(Tebing Barat) kerana jelas menyakiti perasaan umat Islam. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps
________________________________________________

Minda MAP


Isu penangkapan dan dokumen pembaikan yang disentuh Syeikh Al-Azhar mempunyai kaitan rapat yang tidak boleh dipisahkan. Untuk menjayakan dialog Palestin, maka penangkapan perlu dihentikan. Jika penangkapan berterusan, maka tiada apa-apa makna ke atas menandatangani dokumen pembaikan dalaman Palestin, sebaliknya akan menggagalkan usaha pembaikan dalaman Palestin.

Sebagaimana termaktub, Mesir adalah 'orang tengah' memperbaiki dalaman Palestin. Sebelum ini, Mesir telah menyediakan sebuah draf sebagai dokumen pembaikan dan kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti di Palestin mesti menandatangani dokumen tersebut sebagai bukti persetujuan bersama.

Kumpulan dan parti terbesar adalah gerakan HAMAS dan FATAH. Kedua-duanya telah menunjukkan potensi melakar halatuju Palestin. Masing-masing ada agenda dan ideologi yang tersendiri. Tidak dinafikan, pada suatu masa dahulu, gerakan FATAH memainkan peranan selaku pihak yang serius untuk membebaskan tanah Palestin dari cengkaman pihak penjajah, iaitu rejim zionis/Israel/perampas/kerajaan haram.

Penentangan bersenjata FATAH ke atas penjajahan menjadi dasar, namun waktu ini ia telah berubah kepada berpegang teguh kepada perdamaian, atau rundingan damai sedangkan gerakan HAMAS sejak kemunculannya hingga sekarang terus mempertahankan agenda al-muqawamah(penentangan), tidak sahaja dari sayap tenteranya, malah ke pentadbiran politiknya. Di samping itu, gerakan HAMAs menjadikan Islam sebagai gagasan penerapan dalam setiap aspek politiknya. Di bawah, kami sertakan fakta isu dan penjelasan mengenai perkara yang berkaitan.


1. Penangkapan di Tebing Barat

Merujuk kepada laporan berita yang terkini, seramai 5 orang anggota gerakan HAMAS ditangkap oleh Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat.[link]


Gambar(Al-Jazeerah): Para pendokong HAMAS mengadakan tunjuk perasaan di Gaza beberapa hari yang lalu sebagai tanda menunjukkan kebersamaan dengan tahanan-tahanan dari anggota HAMAS yang berada dalam penjara Pihak Keamanan Palestin Tebing Barat.

Berikutan isu penangkapan, sebuah laporan dari pusat maklumat di Gaza(
مركز المعلومات ودعم اتخاذ القرار في وزارة التخطيط) menyebut, Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat masih menahan hampir 1200 tahanan dari anggota gerakan HAMAS dan gerakan JIHAD ISLAMI dalam penjaranya. 500 dari jumlah tahanan tersebut adalah mereka yang telah dibebaskan, kemudian ditangkap semula sama ada dari penjara zionis mahupun penjara Pemerintah Palestin.[link] Pusat maklumat tersebut turut menjelaskan dalam laporannya bahawa dalam tahun ini sahaja, Pihak Keamanan Palestin telah menangkap hampir 2822 penduduk Palestin dari berbagai wilayah di Tebing Barat yang dikategorikan 'tahanan politik'.[link]

2. Dialog palestin dan dokumen pembaikan

Merujuk kepada laporan berita yang dikeluarkan web berita Al-Jazeerah pada 23/12/2010, bahawa HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mengumumkan bagi menghentikan dialog Palestin dengan gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني).

Gambar(Al-Jazeerah): Kanan, pemimpin HAMAS dan kiri FATAH ketika perjumpaan sebelum ini.

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzouq mengaitkan untuk kembali kepada dialog Palestin antara kedua-dua belah pihak adalah dengan menyelesaikan terlebih dahulu isu tahanan yang terpenjara dalam penjara Pemerintah Palestin di Tebing Barat.[link], namun dari FATAH menyatakan HAMAS menjadikan alasan isu tangkapan untuk mengelakkan diri dari pembaikan dalaman Palestin.


Sebelum ini, HAMAS dan FATAH rancak memperbincangkan agenda-agendi demi mencapai persetujuan, antaranya tiada penangkapan dilakukan ke atas mana-mana anggota gerakan tetapi hal tersebut menjadi sebaliknya, ramai anggota HAMAS di Tebing Barat telah ditangkap Pihak Keamanan Palestin. Maka, HAMAS mempersoalkan tindakna tersebut dan membangkitkan tentang 'penyelarasan keselamatan' antara Palestin Ramallah dengan rejim zionis.


Menyentuh kepada dokumen pembaikan yang didrafkan oleh Mesir, HAMAS turut membantah dari menandatanganinya kerana agenda yang terkandung di dalam dokumen tersebut adalah dari Mesir, sepatutnya agenda tersebut adalah dari Palestin, termasuk pemerhatian dari HAMAS sendiri perlu dimasukkan dalam agenda dokumen.

Sehingga kini, gerakan FATAH telah menandatangani dokumen pembaikan tersebut, manakala gerakan HAMAS terus bertegas tidak akan menurunkan tandatangan kerana diyakini persetujuan tersebut tidak akan berjalan dengan adil selagimana permintaan dan tuntutannya tidak diambil kira.

Read more...

Sulaiman gesa Mashal tandatangan dokumen pembaikan Mesir

19 September 2010

KAHERAH - Sumber Mesir yang dipercayai telah mendedahkan kepada sebuah akhbar, "Al-Hayat" London mengenai pertemuan antara Ketua Badan Perisikan Mesir, Omar Sulaiman dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashal di Mekah dalam bulan ini.

Pertemuan tersebut ketika Ketua Perisikan Mesir berkunjung ke Arab Saudi serta mengadakan perjumpaan dengan Raja Abdullah Bin Abdul Aziz. Dalam pertemuan itu, kedua belah pihak membincangkan kedudukan terkini mengenai segenap ruang politik Timur Tengah. Yang utamanya, hasil dari pusingan pertama rundingan damai bersemuka melibat Palestin dan Israel di Washington pada awal September.

Mengenai perbincangan yang berlangsung antara Sulaiman dengan Mashal, sumber tersebut berkata, "proses pemulihan dalaman Palestin adalah isu utama yang diperbincangkan," Tambah lagi, "Sulaiman menyatakan kepada Mashal bahawa perlu sangat menandatangani dokumen pembaikan dalaman Palestin yang dikendalikan oleh Mesir, dan gerakan FATAH telah menandatanganinya, tetapi HAMAS belum berbuat demikian disebabkan gerakan tersebut menuntut supaya pemerhatiannya juga diambil dalam dokumen Mesir."

Sumber berkenaan berpandangan bahawa, "hal yang bersangkutan dengan dokumen pembaikan buntu buat masa ini, namun tidak memberi kesan kepada agenda HAMAS bahkan akan mendatangkan kesan negatif ke atas usaha pembaikan dalam masa konflik persengketaan dalaman yang masih berlarutan", sambil mengingatkan Semenanjung Gaza mungkin akan berubah menjadi wilayah pemberontak dan lubuk keganasan di rantau ini, menurut sumber itu.

Hubungan Mesir dan HAMAS dari sudut politik seakan tegang berikutan gerakan HAMAS membantah dari menandatangani dokumen Mesir. Sumber 19/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

HAMAS tangguh pertemuan dengan FATAH

21 Ogos 2010

GAZA - Sumber dari berita Al-Jazeerah melaporkan gerakan HAMAS telah menangguhkan pertemuannya dengan gerakan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di bandar Gaza.

Gambar(safa): Kanan, Salah Bardawil dan di sebelah kiri, Aiman Taha.

Menurut web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah bahawa keputusan HAMAS adalah protes membantah pendirian rasmi Lajnah Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) yang memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel.

Salah Bardawil, salah seorang anggota biro politik HAMAS ketika sidang akhbar yang diiringi jurucakap HAMAS, Aiman Taha pada malam tadi di bandar Gaza berkata, "Sebagaimana yang dijangkakan memang akan berlangsung pertemuan dengan beberapa pemimpin FATAH yang datang ke Gaza berikutan mengiringi jenazah bekas Pengerusi Badan Perisikan Am Palestin, Amin Hindi tetapi setelahmana Lajnah Eksekutif PLO memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai dengan Israel, maka kami menangguhkan dulu pertemuan ini sehinggalah timbul rasa yang lain."

Tambah Bardawil lagi, "Keputusan mengadakan rundingan ini telah mencetuskan kekacauan dan kekeliruan dalam arena politik Palestin berikutan pendirian kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin dan masyarakat Palestin yang membantah rundingan."

Anggota biro politik HAMAS itu menyebut, "ketikamana keadaan buruk yang telah berlaku masa ini amat sukar untuk duduk di meja perbincangan demi pembaikan dalaman Palestin kerana ia seolah-olah menutup keputusan rundingan."

Beliau menegaskan bahawa kaedah yang digunapakai oleh PLO serta keputusannya yang berkaitan dengan rundingan secara langsung akan melenyapkan permasalahan-permasalahan Palestin.

"Waktu ini, adanya pertemuan-pertemuan dan saling menghubungi antara HAMAS dengan kumpulan-kumpulan pembebasan yang lain bagi mengungkapkan(jelas) pendirian kami mengenai rundingan serta menyusun tindakan penentangan sehinggalah rantaian itu gagal."

Lajnah Eksekutif PLO telah mengumumkan pendiriannya pada pagi sabtu yang bersetuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel untuk menyelesaikan kesemua permasalahan penyelesaian kemuncak. Berikutan itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah mengundang kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel hadir ke pertemuan pelancaran rundingan menjelang September akan datang di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Amerika Syarikat turut menjemput Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Abdullah II, Raja Jordan ketika pelancaran rundingan damai.

Setakat ini, menurut berita Al-Jazeerah, Presiden Mesir telah menerima undangan tersebut. Sumber 21/08/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS