Revolusi 25 Januari rintis jalan ke Al-Quds
01 April 2011
Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai Mahmud Al-Zahar beredar meninggalkan Kaherah semalam setelah mengadakan kunjungan selama dua hari di sini.
Ketika pertemuan awal petang semalam dengan beberapa orang pemuda revolusi, antaranya dua anggota jawatankuasa penubuhan Barisan Keadilan dan Demokrasi Kebangsaan serta pemuda dari parti Al-Ghad, beliau berkata, "sebelum-sebelum ini, Gaza tidak menjadi penyebab yang mengancam keselamatan Mesir."
"Pemerintah Mesir sebelum ini sengaja mereka-reka cerita Gaza meletupkan gereja di Mesir, dan telah pun diketahui penyerangnya, Allah memberkati dengan mendedahkan tindakan keji ini," kata beliau lagi.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri, Dr. Said Al-Badawi, Presiden Parti Al-Wafdu serta beberapa anggota tertinggi Al-Wafdu, bekas ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin, Dr.Hazim Farouq dan bekas ahli parlimen dari parti Al-Wafdu, pemimpin HAMAS itu menambah, "walaupun masyarakat Palestin memerlukan keupayaan yang lebih tinggi menentang penjajahan zionis, tetapi saya menyedari bahawa jalan ke Al-Quds menjadi semakin hampir setelah dirintis selepas berlakunya revolusi Mesir."
Sisi lain dalam pertemuan, Mahmud Al-Zahar memberikan kenyataan khas kepada agensi berita "الشروق" bahawa "perang Gaza diputuskan dari pejabat Mubarak kerana dia benci HAMAS dan golongan Islamis". Berikutan itu, isu(dokumen) pemulihan hubungan dalaman Palestin akan digerakkan segera, Gaza sedang menanti kunjungan Abu Mazen(Mahmoud Abbas) bagi menyempurnakan penyelesaian ini, jelas Al-Zahar.
Beliau menegaskan lagi bahawa HAMAS bukan penyebab yang menggoncang keamanan Mesir, kami bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pemimpin Mesir yang baru agar menjadi acuan dalam kepentingan isu Palestin.
Berhubung lawatan delegasi HAMAS ke Kaherah, Al-Zahar berkata, kami telah mengemukakan kepada Majlis Tentera dan Kementerian Luar Mesir mengenai dokumen pemulihan dalam Palestin, isu tahanan Palestin di penjara Mesir, tambah beliau lagi, kami juga telah mengemukakan isu bantuan bekalan elektrik, makanan dan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza kepada wakil-wakil pemerintah Mesir.
Baca lagi:
HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin
_____________________________________________
Sementara itu, Dr.Said Al-Badawi berkata, bahawa perjanjian Camp David menjadi satu ancaman bilamana Israel tidak menuruti perjanjian-perjanjian antarabangsa.
Hal tersebut didedahkan dalam pertemuan akhir-akhir ini dengan pembantu Menteri Luar Amerika Syarikat, Jefry Feltman.
"Perjanjian-perjanjian itu tidak akan kekal" sebagaimana pernah menerima satu pukulan terhadap perjanjian pada tahun 1936 apabila ia telah dibatalkan bekas pemerintah yang lalu, Mustafa An-Nuhas Al-Basha," kata Al-Badawi kepada pembantu Menteri Luar Amerika.
Al-Badawi turut mengkritik pemimpin-pemimpin Arab berhubung sikap dan tindakan terhadap isu-isu Palestin.
Kata beliau, "konflik Arab-Israel menjadi sebesar-besar tanggungan kepada Arab kerana darah mereka berada dalam genggaman Amerika."
Beliau mengungkapkan dari keyakinannnya bahawa Amerika Syarikat berdiri di sebalik anti-revolusi di Mesir. Sedemikian itu, 'Amerika tidak akan menerima Mesir sebuah Negara demokrasi yang besar di rantau ini'. Sumber 01/04/2011, suratkhabar Al-Shorouk[Mesir]
0 comments:
Catat Ulasan