3 pejuang AL-QASSAM syahid dibom pesawat pengintip
02 April 2011
GAZA - Pesawat zionis mengebom sebuah kereta yang dinaiki tiga pejuang Palestin awal pagi ini. Serangan yang dilancarkan pesawat pengintip tanpa juruterbang di pertengahan Gaza(Gaza tengah) mengakibatkan tiga pejuang syahid dan seorang penduduk cedera.
Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pengeboman itu mengakibatkan tiga syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan.
Jelas beliau, mangsa yang syahid telah dibawa ke hospital 'Syuhada Al-Aqsa' di Der Balah. Menurut beliau lagi, jasad pejuang yang syahid dalam keadaan hangus.
Sumber lain menyatakan kepada 'Safa' bahawa pejuang yang syahid itu dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, seorang komander tertinggi, إسماعيل لبّد dalam lingkungan umur 35(gambar), serta saudaranya محمد لبّد, berusia 44 tahun dari Mukhayyam Shatie dan محمد الداية berusia 35 tahun berasal dari Hayyu As-Sabrah, bandar Gaza.
AL-QASSAM ancam musuh
Sayap tentera gerakan HAMAS(KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) mengesahkan tiga pejuangnya dari komander tempur telah syahid.
"Mereka yang menjadi sasaran pembunuhan zionis yang pengecut telah pergi dijemput menemuiNya," ungkap kenyataan ketenteraan AL-QASSAM.
Sambil itu, AL-QASSAM menyatakan, pembunuhan sebegini merupakan jenayah yang sengaja menghimpit ke tahap bahaya, dan musuh pasti menanggung segala kesan yang akan menyelubunginya.
Kereta musnah teruk
Pemberita Safa berkata, pengeboman dari pesawat pengintip menyasarkan kereta jenis KIA yang melalui jalan di hadapan Stesen Gas Al-Aqsa di jalan Salahuddin, daerah Qararah, Gaza tengah.
Menukil dari sumber keselamatan bahawa kereta itu dalam perjalanan dari Khan Yunus menuju ke Der Balah. Kereta tersebut musnah teruk selepas dibom.
Dinyatakan lagi, kesemua penumpang dalam kereta tersebut syahid, manakala mangsa yang keempat seorang awam yang dikenali داهش إبراهيم السرساوي dalam usia 27 mengalami kecederaan sewaktu memandu keretanya yang kebetulan melalui lokasi kereta yang dinaiki mangsa yang syahid dibom. Kereta mangsa yang keempat turut rosak.
Kerjasama tentera dengan SHABAK
Sementara itu, media Israel versi hebrew 'Maarev' menyatakan kereta awam yang menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip adalah milik pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(كتائب الشهيد عز الدين القسام), sayap tentera gerakan HAMAS.
Tambah Maarev, serangan itu berlaku hasil penyelarasan dan kerjasama antara tentera rejim zionis dengan Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK).
Dakwa sumber itu lagi, sasaran yang diserang telah merancang untuk menculik warga Israel di sinai ketika cuti sempena perayaan hari Paskah Yahudi(الفصح اليهودي). Sumber 02/04/2011 [kemaskini jam 03.24 pagi, Mesir], web berita safa.ps dan web rasmi pejabat penerangan AL-QASSAM
Pautan lain:
1. Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK)
2. Hari Paskah Yahudi
0 comments:
Catat Ulasan