الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Gaza tengah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaza tengah. Papar semua catatan

ALWIYAH mengebom infantri zionis di Gaza Tengah

17 Jun 2012


Laporan jam 07:51 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:51 malam, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah mengumumkan hari ini bahawa pejuangnya telah mengebom skuad infantri zionis(tentera pejalan kaki) dengan tiga peluru mortar jenis 'hawn' di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah(Pertengahan Semenanjung Gaza).

Kenyataan media ALWIYAH yang disiarkan oleh agensi berita SAFA menyebut, salah satu dari unit pengebom ALWIYAH telah berjaya melepaskan tiga peluru mortar jenis 'hawn' ke arah skuad infantri zionis yang menceroboh timur El-Maghazi pada jam 04:10 petang, waktu BaitulMaqdis pada petang tadi. ALWIYAH menyerang skuad infantri terbabit sewaktu menjalankan operasi ketenteraan berhampiran pagar pemisah keselamatan yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza di sebelah timur.

ALWIYAH menyatakan, pejuang-pejuangnya berjaya menjalankan misi mereka dan selamat pulang ke markaz tentera.

Jelas ALWIYAH lagi, operasi serangan ini adalah bagi menghadang pencerobohan zionis yang tidak putus-putus terhadap hak kami Palestin di Semenanjung Gaza. 

Dalam kenyataan itu, ALWIYAH tetap berpegang dengan jalan jihad sebagai satu-satunya jalan membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang telah dirampas. Sumber 17/06/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh El-Maghazi

20 Jun 2011

Laporan jam 09:35 pagi, Palestin/Mekah
Jam 08:35 pagi, Mesir

GAZA - Jentera perang zionis telah melakukan pencerobohan secara terhad pagi ini di timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah(pertengahan Semenanjung Gaza).

Menurut saksi kejadian, jentera perang zionis yang terdiri dari lebih 6 buah jentolak dan 4 buah jentera lain termasuk kereta kebal jenis merkava serta perisai pengangkut tentera telah menceroboh dengan tiba-tiba ke gerbang Abu Sufiah di timur Mukhayyam, sambil itu tentera zionis melepaskan tembakan secara terputus-putus ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Saksi menjelaskan lagi, selepas ceroboh, jentera-jentera perang zionis dilihat berada di sebelah barat gerbang Abu Sufiah dan menjalankan operasi meratakan tanah. Pada waktu yang sama, tentera zionis melakukan operasi mengesan secara meluas ke atas tanah pertanian penduduk Palestin di lokasi berkenaan. Berikutan itu, para petani terpaksa meninggalkan tempat pertanian kerana bimbang nyawa mereka yang terancam.

Pencerobohan ini adalah kali yang kedua dalam asa dua hari di lokasi yang sama.

Sehingga kini, kawasan-kawasan di sebelah timur dan utara Gaza kerap diceroboh tentera-tentera rejim zionis biarpun secara terbatas, namun sudah banyak keluasan tanah-tanah penduduk Palestin telah diratakan. Di samping itu, tentera rejim zionis menjalankan 'pengesanan'(scanning) di setiap tanah-tanah yang diceroboh. Sumber 20/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

3 pejuang AL-QASSAM syahid dibom pesawat pengintip

02 April 2011

Laporan asal jam 12.19 pagi, Palestin/Mesir
Jam 06.19 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Pesawat zionis mengebom sebuah kereta yang dinaiki tiga pejuang Palestin awal pagi ini. Serangan yang dilancarkan pesawat pengintip tanpa juruterbang di pertengahan Gaza(Gaza tengah) mengakibatkan tiga pejuang syahid dan seorang penduduk cedera.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pengeboman itu mengakibatkan tiga syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Jelas beliau, mangsa yang syahid telah dibawa ke hospital 'Syuhada Al-Aqsa' di Der Balah. Menurut beliau lagi, jasad pejuang yang syahid dalam keadaan hangus.

Sumber lain menyatakan kepada 'Safa' bahawa pejuang yang syahid itu dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, seorang komander tertinggi, إسماعيل لبّد dalam lingkungan umur 35(gambar), serta saudaranya محمد لبّد, berusia 44 tahun dari Mukhayyam Shatie dan محمد الداية berusia 35 tahun berasal dari Hayyu As-Sabrah, bandar Gaza.

AL-QASSAM ancam musuh

Sayap tentera gerakan HAMAS(KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) mengesahkan tiga pejuangnya dari komander tempur telah syahid.

"Mereka yang menjadi sasaran pembunuhan zionis yang pengecut telah pergi dijemput menemuiNya," ungkap kenyataan ketenteraan AL-QASSAM.

Sambil itu, AL-QASSAM menyatakan, pembunuhan sebegini merupakan jenayah yang sengaja menghimpit ke tahap bahaya, dan musuh pasti menanggung segala kesan yang akan menyelubunginya.

Kereta musnah teruk

Pemberita Safa berkata, pengeboman dari pesawat pengintip menyasarkan kereta jenis KIA yang melalui jalan di hadapan Stesen Gas Al-Aqsa di jalan Salahuddin, daerah Qararah, Gaza tengah.

Menukil dari sumber keselamatan bahawa kereta itu dalam perjalanan dari Khan Yunus menuju ke Der Balah. Kereta tersebut musnah teruk selepas dibom.

Dinyatakan lagi, kesemua penumpang dalam kereta tersebut syahid, manakala mangsa yang keempat seorang awam yang dikenali داهش إبراهيم السرساوي dalam usia 27 mengalami kecederaan sewaktu memandu keretanya yang kebetulan melalui lokasi kereta yang dinaiki mangsa yang syahid dibom. Kereta mangsa yang keempat turut rosak.

Kerjasama tentera dengan SHABAK

Sementara itu, media Israel versi hebrew 'Maarev' menyatakan kereta awam yang menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip adalah milik pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(كتائب الشهيد عز الدين القسام), sayap tentera gerakan HAMAS.

Tambah Maarev, serangan itu berlaku hasil penyelarasan dan kerjasama antara tentera rejim zionis dengan Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK).

Dakwa sumber itu lagi, sasaran yang diserang telah merancang untuk menculik warga Israel di sinai ketika cuti sempena perayaan hari Paskah Yahudi(الفصح اليهودي). Sumber 02/04/2011 [kemaskini jam 03.24 pagi, Mesir], web berita safa.ps dan web rasmi pejabat penerangan AL-QASSAM

Pautan lain:


1. Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK)
2. Hari Paskah Yahudi

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS