Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengajak Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengadakan pertemuan dua hala di Al-Quds malah Netanyahu mengungkapkan bersedia untuk pergi ke Ramallah bagi membincangkan tentang perdamaian.
Gambar: Mitchell, kiri dan Netanyahu di kanan.
Pada waktu yang sama, Utusan Damai Amerika Syarikat(US) di Timur Tengah, George Mitchell turut menyeru sekali lagi menggerakkan usaha perdamaian meskipun beberapa halangan yang timbul.
Netanyahu yang menggunakan gelaran keluarga menyeru kepada Mahmoud Abbas, "Saya harap kepada Abu Mazen(Mahmoud Abbas) supaya datang ke Al-Quds", tambahnya lagi, "saya bersedia pergi ke Ramallah."
Jelas Netanyahu lagi, "Saya harap dengan yakin satu-satunya pihak yang penting dalam perbicaraan dengan Presiden Amerika Syarikat di Washing pada minggu hadapan akan menumpukan cara-cara permulaan dalam perbincangan secara langsung antara Israel dengan Palestin."
Netanyahu mengungkapkan yang sedemikian itu adalah satu-satunya jalan bagi menyamakan isu yang masih tergantung.
Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu di akhir pertemuan dengan George Mitchell semalam. Kenyataan ini juga seminggu sebelum Netanyahu mengadakan kunjungan ke Washington untuk bertemu dengan Barrack Obama, Presiden Amerika.
Giatkan lagi usaha
Sementara itu, George Mitchell berkata, "Negaranya sedang berusaha menggiatkan lagi usaha bagi menjayakan rundingan Palestin-Israel meskipun timbulnya beberapa halangan dan kesulitan yang berlaku."
Mitchell yang tiba di rantau Timur Tengah pada hari Selasa lalu dalam rangka mengikuti pusingan yang ke seterusnya berhubung rundingan secara tidak langsung antara Palestin-Israel yang dimulakan. Walaupun Palestin(Ramallah) membantah tindakan Israel yang meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Al-Quds, namun rundingan tersebut sedang diusahakan.
Berikutan dari pertemuan Mitchell dengan Netanyahu, Utusan US itu juga bertemu dengan wakil Kerajaan Israel seperti Menteri Pertahanan(perang), Ehud Barak sebelum bertemu dengan Mahmoud Abbas yang dijangkakan berlangsung pada hari ini di Ramallah.
Sekatan Gaza
Dari sudut lain, Mitchell menyambut baik perlonggaran sekatan Israel yang dikenakan ke atas Gaza.
Secara khusus, Mitchell menyatakan, "kita mampu membuat perubahan sebagaimana yang telah berlaku iaitu anjakan yang berkaitan dengan membenarkan kemasukan barang-barang tambahan ke Gaza."
Mitchell berkata ketika mengakan tinjauan ke lintasan Karem Abu Salem(sempadan) yang dikawal sepenuhnya Israel, merupakan laluan khas bagi kemasukan barang makanan.
Gambar: Mitchell ketika meninjau lintasan Karem Abu Salem.
"Ini adalah sebahagian usaha yang dilakukan dengan bertukar pandangan dan menyempitkan jurang antara dua pihak berhubung dengan permasalahan-permasalahan utama. Yang demikian itu adalah bertujuan bergerak ke arah rundingan secara langsung(Palestin-Israel) dengan seberapa segera yang boleh."
Melihat kepada peranan lain, Washington memuji tindakan yang membenarkan peningkatan kemasukan komoditi barangan ke Semenanjung Gaza.
"Kelihatan antara 130 dan 140 buah trak pengangkutan yang membawa barang-barang memasuki perlintasan Karem Abu Salem menuju ke Gaza", ujar Philip Crowly selaku jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat.
Sudut lain pula, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak ketika berbicara dengan Mitchell berazam untuk mengadakan pertemuan dengan Salam Fayyad, Perdana Menteri Palestin Ramallah(Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin) dalam beberapa hari akan datang. Perjumpaan tersebut untuk mendorong Palestin bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung.
Eropah beri peringatan
Sumber menyebutkan sebelum ini, Kesatuan Eropah(EU) memberi peringatan bahawa pembinaan penempatan Yahudi 'Israel' telah menjadikan usaha penyelesaian dengan penubuhan dua buah Negara(Israel-Palestin) adalah satu perkara yang mustahil. Malah, EU turut memberi peringatan yang tidak mengiktiraf perancangan Israel meroboh rumah penduduk Palestin dan menggabungkan kawasannya dengan timur Al-Quds.
EU menggesa agar Israel memadai dengan apa yang dilakukannya kerana akan meranapkan ruang rundingan secara tidak langsung dengan Israel.
Catherine Margaret Ashton(Suruhanjaya Tertinggi EU bagi Perhubungan Luar dan Polisi Keselamatan) menyatakan, "Undang-undang Antarabangsa menyebut pembinaan penempatan dan merobohkan rumah-rumah adalah perkara yang tidak mengikut undang-undang, dan mencetuskan penghalang kepada perdamaian malah penyelesaian dengan penubuhan dua buah Negara merupakan satu perkara yang mustahil."
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengungkapkan rasa yang terlampau bimbang berikutan tindakan Israel yang meroboh rumah penduduk Palestin menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemahuan penduduk Palestin. Sumber 01/07/2010, web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan