[Berita semalam] Serang balas pejuang, tentera zionis di Gaza
19 November 2010
AL-QUDS, Serangan dari 3 roket buatan tempatan hari ini telah mensasarkan sebuah kawasan di penempatan haram zionis 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah Palestin yang dijajah.
Radio Am Israel versi Ibrani(hebrew) berkata, pejuang bersenjata Palestin melancarkan serangan roket ke selatan tanah jajahan selepas tengahari semalam tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.
Dari pihak pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengesahkan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuangnya adalah bagi membalas jenayah pembunuhan zionis ke atas dua pejuang JAISH AL-ISLAM, Muhammad dan Islam Muhammad Yasin serta sebagai hadangan ke atas penentangan berterusan yang dilakukan oleh rejim zionis.
Jelas ALWIYAH dalam salinan kenyataan rasminya kepada agensi 'Safa' bahawa pejuang-pejuang yang melancarkan serangan roket berjaya pulang ke pengkalan dengan selamat meskipun pesawat-pesawat pengintip zionis kerap mengadakan tinjauan di ruang udara Gaza waktu itu.
Lagi sasaran roket ke selatan tanah jajahan
AL-QUDS, - Laporan berita semalam menyebut satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di sebuah penempatan haram zionis 'Ushkul'. Penempatan tersebut terletak di kawasan barat Naqab, selatan tanah Palestin yang dijajah.
Radio Am Israel melalui web beritanya berkata, serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.
Sehingga laporan diterbitkan, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan roket.
Pejuang serang jip tentera zionis
GAZA - KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH(sayap tentera JABHAH DEMOKRATIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan semalam bahawa pejuangnya menyerang sebuah jip tentera zionis di utara Semenanjung Gaza.
Kumpulan pejuang tersebut dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit SYAHID JIHAD menyerang jip tentera zionis dengan menembak pelancar roket RPG yang mengenainya secara langsung di zon utara kawasan yang telah dibebaskan 'Doget'.
Saksi kejadian menyatakan jip tentera zionis terjejas teruk, lalu kereta kebal zionis membalas dengan melancarkan serangan, manakala tentera rejim zionis turut menghujani tembakan ke arah unit SYAHID JIHAD. Berikutan serang balas, seorang pejuang mengalami kecederaan yang disifatkan 'pertengahan'.
Pejuang Palestin ini dalam kenyataanya mengesahkan bahawa operasi serangan ini adalah balasan terhadap pembunuhan yang dilancarkan pesawat zionis ke atas 2 saudara pejuang Palestin pada petang rabu, 17/11/2010.
0 comments:
Catat Ulasan