Bawa masuk bantuan Freedom Flotilla ke Gaza
02 Mei 2011
GAZA - Rejim penjajah membenarkan 262 buah trak/treler pengangkut masuk ke Gaza melalui terminal Karem Abu Salem hari ini. Lapor sumber, 20 buah dari jumlah trak itu membawa muatan barang-barang bantuan kapal armada pembebasan 1(Freedom Flotilla 1) yang diserang komando tentera laut zionis 'Shayetet 13' tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pemusatan Kemasukan barang ke Gaza, Raed Futtuh memperincikan jumlah trak ke Gaza, kata beliau, sebanyak 127 trak membawa barang dagangan, 43 buah muatan gandum, 18 buah trak untuk sektor pertanian, 35 buah lagi membawa barang-barang bantuan, 7 buah treler pengangkut untuk sektor pengangkutan, antaranya membawa 20 buah kereta mewah dan melalui laluan yang sama sebanyak 21 buah treler membawa bahan binaan untuk badan antarabangsa, UNRWA(United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) di Gaza.
Menurut Futtuh, rejim penjajah turut mengepam masuk ke Gaza sebanyak 135,250 liter gas masak. Sumber 02/05/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan