الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Serangan terbaru zionis mengakibatkan syahid dan 12 cedera

09 Disember 2011

Laporan jam 02:11 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 02:11 pagi, waktu Mesir
Jam 08:11 pagi, waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Pesawat rejim zionis melancarkan serangan berantai di awal pagi Jumaat ke atas beberapa sasaran di Semenanjung Gaza.

Sehingga laporan ini ditulis, serangan udara dari pesawat F-16 zionis mengakibatkan seorang penduduk syahid. Penduduk yang cedera pula seramai 12 orang, kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, pengeboman zionis menyebabkan seorang penduduk berusia 38 tahun dikenali Bahjat Al-Za'lan syahid, tujuh kanak-kanak cedera, dua darinya yang berusia sekitar 10 dan 12 tahun kritikal.

Tambah beliau, dua orang wanita dari keluarga yang sama turut tercedera. Pasukan perubatan dan penyelamat bergegas ke lokasi yang dibom serta merawat lima yang cedera di lokasi berkenaan dan selebihnya dibawa ke hospital.

Berhubung serangan, penyampai berita agensi SAFA berkata, pesawat zionis telah melancarkan tiga serangan peluru misil ke atas pengkalan dan lokasi pejuang Palestin. Sebuah pengkalan pejuang Palestin yang dibom terletak di belakang Menara Al-Muqawwisi, bandar Gaza, lantas mengakibatkan kemusnahan besar. Sebuah rumah berhampiran dengan lokasi sasaran milik keluarga 'Al-Za'lan'. Kesemua yang berada di dalamnya cedera, malahan ada yang syahid ekoran rumah tersebut runtuh ekoran letupan yang terlalu kuat.
___________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab
Lancar roket grad ke Beersheba dan Ofakim

___________________________________________

Seiringan serangan ini, pesawat zionis mengebom pula sebuah kawasan lapang di zon yang telah terbebas(kawasan penempatan zionis yang ditinggalkan pada tahun 2005), barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Serangan awal pagi ini kesinambungan dari serangan tengahari semalam yang mengakibatkan dua pejuang Palestin syahid, iaitu pejuang dari unit AIMAN JUDAH dan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Lagi dua serangan roket gugur di tanah jajahan

Menjelang pertengahan malam tadi, pejuang Palestin masih meneruskan serangan roket ke daerah-daerah dan lokasi zionis di tanah jajahan.

Sumber menukil dari media Israel versi hebrew, YEDIOTH AHRONOTH(YNET) melaporkan dua lagi serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di dua kawasan tanah lapang berdekatan bandar Ashkelon, selatan tanah jajahan 1948. Bagaimanapun, serangan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau menjejaskan harta benda. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS