Mesir nafi kewujudan tempat pemprosesan roket HAMAS di Sinai
11 Disember 2011
Sumber dari web berita GATEAHRAM(بوابة الأهرام) menukilkan dakwaan dari sebuah web berita Israel 'JERUSALEM POST'(JPOST) hari ini bahawa gerakan HAMAS telah membina sebuah jaringan pemprosesan roket di pinggiran Semenanjung Sinai bertujuan melindungi dari serangan-serangan udara Israel.
Laporan asal JPOST:
>> Hamas sets up rocket production line in Sinai
Radio Israel turut menghebahkan dakwaan JPOST, katanya Israel meminta Mesir memperhebatkan kembali sistem pengawalan di Sinai serta musnahkan jaringan pembuatan roket. Bagaimanapun, menurut dakwaan media Israel, Pihak Berkuasa Mesir tidak bergegas melaksanakan apa-apa tindakan.
Dedah lagi dari JPOST bahawa tentera Israel meningkatkan kewujudan tenteranya di garisan sempadan. Baru-baru ini, batalion baru telah dibentuk di kawasan berkenaan dan ia bertanggungjawab mempertahankan Ilat dan kawasan-kawasan berhampiran.
Berhubung dakwaan JPOST, sumber Mesir di Sinai menafikan apa yang dilampirkan dalam web berita Israel 'JERUSALEM POST' berhubung HAMAS membina jaringan tempat pemprosesan dan pembuatan roket dalam tanah Sinai bagi melindungi dari serangan-serangan udara Israel.
Sumber berkenaan berkata, "tidak boleh mana-mana pihak meletakkan atau menubuhkan tempat pembuatan roket di Sinai, kerana tindakan ini dinilai sebagai melanggar kedaulatan rasmi Mesir, dan Mesir tidak akan membiarkan sama sekali kedaulatannya digugat, apa yang dilampirkan dalam web berita(akhbar) Israel hanyalah rekaan dan berita itu tidak benar, ia bohong."
Jelas lagi dari sumber, "Keseluruhan Sinai terkawal sepenuhnya dan Mesir mengawal sepenuhnya ke atas setiap inci tanah-tanahnya, lebih-lebih lagi perjanjian damai antara Mesir dengan Israel telah dimeterai, juga ada pasukan keselamatan antarabangsa PBB di pengkalan tentera Al-Jurah di sebelah utara Sinai, misi mereka adalah untuk mengawasi kawasan-kawasan Sinai-Israel, malahan pasukan ini akan mengadakan rondaan di Sinai dan juga di dalam Israel, jadi, bagaimanapula pasukan ini boleh mencuaikan perkara-perkara seumpama ini?." Sumber 11/12/2011, GATEAHRAM
0 comments:
Catat Ulasan