Rezqah: Lawatan Haniyeh ke negara luar bincang pembinaan dan pembangunan Gaza
21 Disember 2011
Jam 12:05 tengahari, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 11:05 pagi, waktu Mesir
GAZA - Penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin di Gaza, Dr.Yusuf Rezqah berkata, lawatan Ismail Haniyeh ke beberapa buah negara Arab dan serantau dalam terdekat ini adalah untuk membincangkan isu-isu pembinaan semula Gaza, pembangunan dan pengangguran.
Jelas penasihat politik itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat penerangan pemegang amanah kabinet menteri bahawa, isu-isu terbabit menjadi fokus dalam lawatan luar Ismail Haniyeh ke negara luar yang merangkumi, Qatar, Turki, Tunisia dan Bahrain.
Beliau menerangkan, pentingnya lawatan ke negara luar pada waktu ini berikutan suasana yang mendesak, sensitif dan lawatan ini akan mencerminkan perubahan positif dari sudut politik Palestin ketikamana mahu melepaskan Gaza dari sekatan politik dan memperbaiki sektor ekonomi serta kewangan akibat sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.
"Kami amat berharap lawatan ini dapat disempurnakan dalam waktu terdekat ini," kata Dr.Yusuf. Tambahan lagi, sebelum ini, kerajaan telah mempelawa Amir Qatar dan Perdana Menteri Turki agar adakan kunjungan ke Semenanjung Gaza sambil menyatakan pada waktu kunjungan, negara Arab dan serantau umumkan sekatan politik telah dibebaskan dari Gaza.
Zionis bimbang lawatan luar Haniyeh
Menukil dari web berita Israel "Jerusalem Post"(JPOST), sumber-sumber dari politik zionis melahirkan rasa bimbang dengan tekad ketua kerajaan Palestin di Gaza berhubung lawatan luar ke negara-negara Arab dan Islam.
Sedemikian itu, lawatan ini adalah inisiatif utama sejak kemenangan kumpulan-kumpulan berideologi Islam di negara-negara Arab malah diungkapkan lawatan ini akan meningkatkan lagi ketakutan zionis ekoran dari natijah yang menunjukkan tanda-tanda negatif dari angin revolusi yang meresap ke dalam negara-negara Arab.
Penjelasan dari Penasihat Politik Ismail Haniyeh menyebut mengenai lawatan, namun tanpa menetapkan waktu lawatan-lawatan ke luar. Sehubungan itu, JPOST mengatakan lawatan ini adalah pertama bagi Haniyeh keluar dari Semenanjung Gaza sejak dari penguasaan HAMAS di Gaza, Jun 2006.
JPOST turut menyatakan bahawa negara-negara Arab dan Islam telah mula mengubah dasar politiknya terhadap gerakan HAMAS ketikamana ledakan revolusi Arab, bahkan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera di Mesir melayani dan mengalu-alukan gerakan HAMAS berbeza sebagaimana layanan yang diterima HAMAS sewaktu pemerintahan Presiden yang telah disingkirkan, Muhammad Housni Mubarak.
Di akhir laporan, JPOST menyebut HAMAS terus mendapat sokongan ini bilamana HAMAS sentiasa menyokong penentangan(المقاومة) dalam setiap peringkat. Terkini, ucapan media dari jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), Abu Ubaidah yang menggesa agar menawan lagi tentera zionis, dan aspek lain, HAMAS membenarkan sayap-sayap tentera Palestin di Gaza melancarkan ribuan serangan roket dan peluru mortar ke daerah-daerah penempatan zionis(tanah jajahan 1948). Sumber 21/12/2011, web berita Safa.ps dan Paltimes.net
0 comments:
Catat Ulasan