10 zionis cedera, pejuang balas serangan
19 Ogos 2011
Jam 04:55 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Sumber dari media Israel 'Yedioth Ahronoth' mengesahkan bahawa 10 warga zionis cedera terkena serpihan serangan roket 'grad' yang gugur di Akademi Agama Yahudi di bandar Ashdod pagi ini.
Hebah radio Israel, 2 dari jumlah yang cedera mengalami luka parah yang kritikal dan seorang lagi stabil, manakala selebihnya cedera ringan.
Menurut sumber dari radio, polis Israel menggesa warga zionis di kawasan jajahan selatan sentiasa berada di tempat perlindungan ekoran dijangka serangan roket yang berterusan dari Gaza.
Kumpulan-kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket jauh ke pelusuk bandar-bandar jajahan bagi membalas serangan zionis yang mengakibatkan 5 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN syahid di Rafah, selatan Semenanjung Gaza petang semalam.
Baca lagi:
5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
___________________________________________________
Awal pagi ini, sumber Israel versi hebrew mengumumkan dua roket jenis 'grad' gugur awal pagi Jumaat di bandar Beer Sheeba(بئر السبع) yang menghala ke Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.
Tambahan lagi dari sumber, dua roket tersebut gugur selepas waktu tengah malam di kawasan Majlis Penempatan Sdot Negev dan Sha'ar Henegev, barat Naqab.
Sumber menyatakan, 4 serangan roket jenis 'grad' telah dilepaskan semalam dari Gaza menuju ke Ashkelon, sambil mendakwa sistem penangkis roket(iron dome) telah menangkis kesemua serangan roket berkenaan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan