Lagi serangan zionis mengakibatkan 2 mangsa cedera
19 Ogos 2011
Jam 10:21 pagi, waktu Mesir
(kemaskini jam 01:00 petang, waktu Mesir)
GAZA - Zionis menyerang lagi Gaza tengahari ini. Menurut sumber, pesawat tempur zionis mengebom beberapa buah sasarannya di Semenanjung Gaza.
Jelas penyampai berita Safa yang menukil dari saksi, pesawat tempur zionis mengebom sebuah sasaran berhampiran stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah.
Berhubung serangan ini, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan seorang penduduk dan wanita hamil mengalami cedera ringan.
Saksi berkata, selepas serangan beberapa buah kawasan di Gaza terputus elektrik.
Setelah beberapa detik masa, pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan terbaru ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di belakang menara An-Nuseirat.
Serentak serangan berkenaan, sebuah pusat latihan ketenteraan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di timur Khan Yunis pula dibom.
Saksi kejadian menyatakan lagi bahawa serangan pesawat zionis terus menyasarkan pangkalan tentera HAMAS di sebelah barat Mukhayyam As-Shatie di bandar Zaggah.
Tentera zionis meneruskan misi ketenteraannya ke atas Semenanjung Gaza sejak asar semalam setelahmana Perdana Menteri zionis mengeluarkan kenyataan bagi melancarkan serangan meluas di Gaza. Dakwa zionis, misi ini sebagai balasan operasi Eilat pagi Khamis(semalam) yang melenyapkan 8 nyawa warga zionis dan puluhan lagi cedera, menurut pemberita Al-Jazeerah, kebanyakan yang cedera adalah dari kalangan tentera zionis. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan