الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label kereta kebal zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta kebal zionis. Papar semua catatan

Pejuang hadang pencerobohan tentera zionis di El-Maghazi

01 Ogos 2012


GAZA TENGAH, 01 Ogos - Tentera rejim zionis (penjajah/Israel) telah mengakui bahawa kereta kebalnya yang menceroboh Gaza di El-Maghazi pada pagi Rabu, 01/08/2012 telah diserang dengan peluru anti-perisai.

Radio Israel versi hebrew pula mendedahkan tentera-tentera-tentera zionis menghadapi tentangan dan tembakan dari senjata ringan. Dakwa radio itu lagi, tiada sebarang kecederaan mahupun jentera yang terjejas teruk.

Sumber dari radio Israel dalam siarannya meyakini sistem peranti anti peluru yang dipasang pada kereta kebal telah berjaya menangkis peluru anti-perisai.

Pada pagi Rabu, agensi berita Palestin (PALTIMES dan SAFA) melaporkan beberapa buah jentera perang zionis menceroboh secara terbatas dari arah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah.

Menukil dari halaman facebook Mini-Pavilion(MAP) sejam yang lalu, pejuang Palestin melepaskan beberapa butir peluru mortar hawn ke arah jentera perang zionis yang menceroboh.

Berita lain:
[Klip] Serangan sengit ke atas Masjid Al-Aqsa

Berita-berita ringkas, sila ikuti di halaman facebook Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP).

Read more...

Ceroboh terbatas, zionis lepas peluru asap

18 Julai 2012


Laporan jam 09:39 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:39 pagi, waktu Kaherah

GAZA - Beberapa buah jentera perang rejim zionis (Israel/penjajah) telah menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah Semenanjung Gaza di Hayyu Al-Zaitun, sebelah timur bandar Gaza.

Menurut pemberita agensi SAFA, pencerobohan yang berlaku pada awal pagi Rabu, 18/07/2012 disertai tembakan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian penduduk Palestin. 

Dijelaskan lagi, jentera perang yang terdiri daripada kereta kebal dan jentolak menjalankan operasi meratakan tanah dalam kawasan yang diceroboh malah turut mengadakan operasi mengesan di kawasan yang setentang dengan garisan sempadan.

Peluru asap

Dalam kejadian lain di Hayyu Al-Farahain di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, keret kebal zionis yang berada di lokasi tentera Kissufim melepaskan beberapa tembakan peluru asap ke arah tanah-tanah pertanian penduduk Palestin. 

Berhubung dua kejadian yang berlaku pagi ini, sumber menyatakan, tidak menerima sebarang maklumat mengenai kecederaan. Sumber 18/07/2012, web berita Safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

20 Jun 2012


Laporan jam 06:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:41 petang, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Selepas waktu Asar petang ini, pesawat tempur rejim zionis  'F-16' mengebom dua buah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).

Logo AL-QASSAM
Menurut SAFA, serangan udara zionis ke atas lokasi latihan ketenteraan AL-QASSAM di sebelah barat Mukhayyam Al-Nusairat, Gaza Tengah tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sebentar selepas itu, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah lokasi Al-QASSAM yang dikenali dengan 'pejabat kemasyarakatan' di Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Berikutan serangan, empat penduduk Palestin cedera, dua darinya adalah kanak-kanak dan mangsa-mangsa telah pun dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut. Memetik laporan PALTIMES, dua orang mangsa yang cedera disifatkan luka parah.

Berbagai-bagai model pesawat tempur zionis dilihat kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung serangan di darat pada petang Rabu, kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan sebelah timur melepaskan tiga das peluru meriam ke arah sebuah lapang berdekatan tanah perkuburan timur. Tiada sebarang laporan kecederaan dari serangan yang tertumpu di sebelah timur bandar Gaza. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Kaitan berita hari ini:
[Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

Read more...

Zionis ceroboh ke selatan Semenanjung Gaza

29 Mei 2012

Laporan jam 06:20 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:20 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menceroboh Gaza pada jam awal pagi Selasa, 29/05/2012.

Demikian laporan yang diterbitkan agensi berita SAFA, pencerobohan ini tertumpu di daerah Al-Qararah yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Kata penyampai berita SAFA, pencerobohan yang dilakukan oleh tentera zionis bermula dari pintu gerbang Kissufim. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi tembakan serta diikuti empat das tembakan peluru meriam.

Menurut penyampai berita SAFA, hasil liputan dari pihaknya mendapati 10 buah jentolak dan 3 buah kereta kebal tentera zionis terlibat dalam pencerobohan. 

Seperti yang dinyatakan oleh penyampai berita SAFA, 'tentera zionis meratakan tanah-tanah di setiap kawasan yang diceroboh'. Sumber 29/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Kereta kebal zionis menyasarkan Hayyu An-Nahdhah

25 Mei 2012


Laporan jam 12:29 pagi(26/05/2012), waktu BaitulMaqdis
Jam 11:29 malam, waktu Mesir

RAFAH - Kejadian tembakan zionis masih berterusan. Sebentar tadi, SAFA melaporkan bahawa kereta kebal zionis menyasarkan rumah-rumah penduduk Palestin di Hayyu Nahdhah dengan tembakan mesingan.

Kaitan berita:

Berhubung kejadian di Hayyu An-Nahdhah, timur bandar Rafah yang terletak sebelah selatan Semenanjung Gaza, penyampai berita SAFA berkata, tiada sebarang kecederaan dari kalangan penduduk Palestin selepas tembakan dari zionis. Sumber 25/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Ceroboh terbatas di Gaza

23 Mei 2012


Laporan jam 09:04 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:04 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Tentera rejim zionis telah melakukan pencerobohan terbatas pagi ini di sebelah timur bandar Der Al-Balah, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza.

Kedudukan Deir Al-Balah
Pemberita SAFA melaporkan 10 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal zionis dilihat bergerak keluar dari pintu gerbang(laluan masuk) di pos kawalan tentera 'Kissufim' yang berada di sebelah tenggara Khan Younis menuju ke utara Deir Al-Balah.

Kebimbangan yang dirasai para petani Palestin di kawasan berkenaan, jentolak-jentolak zionis kerap meranapkan tanah-tanah pertanian mereka yang  setentang dengan garisan sempadan serta merosakkan hasil pertanian mereka.

Hampir setiap hari, rejim zionis sengaja menceroboh masuk ke tanah Gaza dari arah sempadan timur dan utara serta memberi peringatan kepada penduduk Palestin agar tidak mendekati garisan sempadan dari jarak 300 meter. Sumber 23/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS