الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label meratakan tanah-tanah Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meratakan tanah-tanah Palestin. Papar semua catatan

Ceroboh terbatas, zionis lepas peluru asap

18 Julai 2012


Laporan jam 09:39 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:39 pagi, waktu Kaherah

GAZA - Beberapa buah jentera perang rejim zionis (Israel/penjajah) telah menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah Semenanjung Gaza di Hayyu Al-Zaitun, sebelah timur bandar Gaza.

Menurut pemberita agensi SAFA, pencerobohan yang berlaku pada awal pagi Rabu, 18/07/2012 disertai tembakan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian penduduk Palestin. 

Dijelaskan lagi, jentera perang yang terdiri daripada kereta kebal dan jentolak menjalankan operasi meratakan tanah dalam kawasan yang diceroboh malah turut mengadakan operasi mengesan di kawasan yang setentang dengan garisan sempadan.

Peluru asap

Dalam kejadian lain di Hayyu Al-Farahain di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, keret kebal zionis yang berada di lokasi tentera Kissufim melepaskan beberapa tembakan peluru asap ke arah tanah-tanah pertanian penduduk Palestin. 

Berhubung dua kejadian yang berlaku pagi ini, sumber menyatakan, tidak menerima sebarang maklumat mengenai kecederaan. Sumber 18/07/2012, web berita Safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Pejuang hadang pencerobohan terbatas di Deir Al-Balah

17 Jun 2012

Laporan jam 09:09 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:09 pagi, waktu Mesir
[Kemaskini jam 11:04 pagi, waktu Mesir]

GAZA TENGAH - Tentera rejim zionis(IDF) telah menceroboh secara terbatas ke dalam kawasan tanah-tanah pertanian di sebelah timur Deir Al-Balah, Gaza Tengah pada pagi ini, Ahad, 17/06/2012.

Menurut pemberita SAFA dan PALTIMES, dianggarkan 11 buah jentera perang, di antaranya 3 buah kereta kebal dan 8 jentolak telah memulakan operasi meratakan tanah serta menjalankan operasi mengesan di kawasan yang diceroboh sambil melepaskan tembakan.


Berhubung pencerobohan ini, pejuang Palestin telah menghadang dengan mengebom lokasi tempat perkumpulan jentera perang zionis dengan melepaskan 8 peluru mortar jenis 'hawn' diikuti berbalas tembakan.


Kaitan berita:
2. [Kemaskini] Zionis ceroboh, hala bertubi-tubi tembakan di timur Khan Younis


Semasa kejadian ceroboh yang sama baru-baru ini dan kerap berlaku pada masa lalu, jentolak zionis telah meratakan begitu luas tanah-tanah pertanian penduduk Palestin di sepanjang garisan sempadan sebelah timur Semenanjung Gaza. Sumber 17/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Read more...

'Apache' hala tembakan di Abbasan, tentera zionis dibom dengan 'HAWN'

12 Jun 2012


Laporan jam 03:39 petang, waktu BatulMaqdis
Jam 02:39 petang, waktu Mesir

Mortar 'hawn'
KHAN YOUNIS - Helikopter Apache Israel telah menghalakan tembakan mesingannya ke kawasan pertanian di Abbasan Al-Kabir, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sementara itu, pejuang Palestin mengebom tentera zionis yang menceroboh dari sebelah timur bandar Deir Al-Balah, Gaza Tengah dengan peluru mortar jenis 'hawn'.

Berhubung serangan Apache di kawasan pertanian, penyampai berita SAFA melaporkan, sehingga saat ini, tiada lagi sebarang laporan diterima mengenai kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Dari sudut lain, KATAIB SYAHID AHMAD JIBRIL, sayap tentera kepada الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة(Popular Front for the Liberation of Palestine – General Command) telah mengumumkan bahawa pejuangnya telah melepaskan empat das tembakan peluru mortar jenis 'hawn' ke arah tentera rejim zionis yang menceroboh sebelah timur bandar Deir Al-Balah di Gaza Tengah pada pagi tadi.

Pautan berita:

Logo PFLP - General Command
Salinan kenyataan media pejuang Palestin berkenaan yang diterima agensi berita SAFA berkata, "pada jam 02:30 petang(waktu BaitulMaqdis), pejuang-pejuang kami telah berjaya melepaskan empat butir peluru mortar jenis 'hawn' bersaiz 80mm ke arah tentera rejim zionis yang menceroboh di sekitar lokasi tentera Kissufim." 

Menukil dari saksi, sebanyak 12 buah jentera perang yang terdiri dari kereta kebal dan jentolak telah menceroboh sejauh puluhan meter ke dalam tanah-tanah penduduk Palestin di kawasan yang disebutkan serta menjalankan operasi meratakan tanah dan mengesan.

Menurut SAFA, tentera rejim zionis telah pun berundur sebelum menjelang waktu Asar sebentar tadi. Sumber 12/06/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Ceroboh terbatas di Khan Younis dan Deir Al-Balah

Laporan jam 10:12 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:12 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Sebilangan jentera perang rejim zionis(Israel Defense Forces) telah melakukan pencerobohan secara terhad pada pagi Selasa, 12/06/2012 di Semenanjung Gaza. Pencerobohan ini bermula dari lokasi tentera zionis 'Kissufim' sehingga ke sebelah timur bandar Khan Younis dan Deir Al-Balah.
Arkib SAFA: Kereta kebal zionis berada di garisan sempadan 
Semenanjung Gaza - tanah jajahan 1948
Penyampai berita SAFA melaporkan dari saksi berkata, 12 buah jentera perang yang terdiri dari kereta kebal dan jentolak menceroboh puluhan meter ke dalam tanah-tanah penduduk Palestin dan menjalankan operasi meratakan tanah serta mengesan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, tentera rejim zionis menceroboh di Semenanjung Gaza dari arah timur dan utara. Zionis juga tidak membenarkan penduduk Palestin menghampiri garisan sempadan dari jarak 300 meter.

SAFA turut melaporkan dalam edisi berita yang disiarkan pada pagi Isnin, 11/06/2012, menara-menara kawalan dan jentera perang zionis menghujani tembakan mesingan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian Palestin di daerah Khuza'ah, sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan di kalangan penduduk. Sumber 12/06/2012 dan 11/06/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh ke selatan Semenanjung Gaza

29 Mei 2012

Laporan jam 06:20 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:20 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menceroboh Gaza pada jam awal pagi Selasa, 29/05/2012.

Demikian laporan yang diterbitkan agensi berita SAFA, pencerobohan ini tertumpu di daerah Al-Qararah yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Kata penyampai berita SAFA, pencerobohan yang dilakukan oleh tentera zionis bermula dari pintu gerbang Kissufim. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi tembakan serta diikuti empat das tembakan peluru meriam.

Menurut penyampai berita SAFA, hasil liputan dari pihaknya mendapati 10 buah jentolak dan 3 buah kereta kebal tentera zionis terlibat dalam pencerobohan. 

Seperti yang dinyatakan oleh penyampai berita SAFA, 'tentera zionis meratakan tanah-tanah di setiap kawasan yang diceroboh'. Sumber 29/05/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS