الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Palestin cedera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin cedera. Papar semua catatan

Rayuan pelarian Palestin mafia Asad kepung Al-Yarmouk

20 Julai 2012


Laporan jam 06:09 petang, waktu Kaherah (Mesir)

DAMSHIK, 20 Julai - Pelarian Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk, Damshik merayu kepada PBB(UN), Badan Hak Asasi Manusia dan Pemerintah Palestin(PLO) supaya selamatkan mereka dari mafia(tali barut) rejim Asad yang mengepung mukhayyam tersebut sejak beberapa hari yang lalu.

Mukhayyam Al-Yarmouk di Damshik, Syria
Salah seorang pelarian Palestin, Umar Abdul Raziq yang menetap dalam kawasan mukhayyam berkenaan ketika dihubungi berkata, sebilangan besar mafia Asad yang lengkap bersenjata dan penembak tepat(sniper) mengepung mukhayyam ini sejak lima hari yang lalu, dan tidak ada sesiapa pun dibenarkan keluar atau masuk ke dalam mukhayyam.

Berikutan itu, Abdul Raziq menyatakan bahawa rumah-rumah Palestin telah mengalami kekurangan bekalan makanan, ubat, dan susu kanak-kanak sejak mukhayyam ini dikepung. Abdul Raziq turut memberi peringatan jika hal ini berterusan, maka akan merubah kepada krisis kemanusiaan.

Selain itu, kereta-kereta ambulan juga telah berhenti operasi disebabkan kehabisan minyak. Jelas lagi, penembak-penembak tepat berada di atas puncak-puncak bangunan dan melepaskan tembakan ke atas setiap pergerakan dalam mukhayyam.

Sebilangan besar yang cedera telah dibawa ke hospital tetapi peralatan perubatan amat terhad.

Seorang pemuda Palestin, Ala' Sabih telah syahid pagi Jumaat hari ini setelah cedera akibat terkena tembakan meriam yang dilepaskan oleh mafia Asad di dalam kawasan Mukhayyam Al-Yarmouk. Sumber 20/07/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Seorang kritikal 2 cedera dibedil meriam zionis

12 Julai 2012


Laporan jam 07:54 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:54 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Tiga penduduk Palestin cedera ekoran dua bedilan peluru meriam yang dilepaskan tentera zionis ketika menceroboh Hayyu Al-Shuja'ieyah jatuh ke atas sebuah kenderaan pada pagi Khamis, 12/07/2012.

Ketua Hubungan Luar Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudrah berkata, salah seorang mangsa kritikal, sementara status kecederaan yang dialami dua mangsa lagi disifatkan pertengahan.

Kata penyampai berita SAFA, peluru meriam zionis jatuh betul-betul mengenai kenderaan yang membawa sebilangan penumpang di jalan Al-Nezzar di Hayyu Al-Shuja'ieyah, sebelah timur bandar Gaza, lantas mengakibatkan kenderaan itu terbakar.

Laporan awal yang disebutkan oleh agensi PALTIMES, pasukan penyelamat tidak dapat tiba lebih awal ke kenderaan yang sedang dijamah api berikutan tentera zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan di kawasan berkenaan.

Menurut sumber lagi, jentera perang zionis menceroboh di timur Hayyu Al-Shuja'ieyah sambil menghujani tembakan. Disusuli selepas tembakan, kereta kebal zionis pula melepaskan peluru meriamnya ke kawasan-kawasan tanah lapang di timur zon perindustrian malah operasi pencerobohan turut diiringi helikopter perang dan pesawat pengintip yang meninjau dari ruang udara. Sumber 12/07/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.net

Read more...

Zionis: Peluru anti kereta kebal serang petani

09 Julai 2012


Laporan jam 04:02 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:02 petang, waktu Kaherah(Mesir)

BAITULMAQDIS - Sebuah akhbar berita elektronik Israel 'JERUSALEM POST'(JPOST) versi hebrew dalam edisi hari ini menyebut Palestin telah menembak satu peluru berpandu anti kereta kebal (anti-tank guided missile/صاروخ موجه مضاد للدروع) ke arah sekumpulan petani Israel yang sedang menjalankan kerja berhampiran sempadan di sebelah selatan Semenanjung Gaza.
Sumber tidak menyebut jenis peluru berpandu tetapi kejadian yang lalu menyebut jenis Kornet buatan Rusia
JPOST menyatakan letupan dari peluru berkenaan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan petani-petani Israel.

Berhubung kejadian yang sama, JPOST mengaitkan pada April 2011, sebuah bas Israel telah diserang dengan peluru anti kereta kebal yang sama, lantas mengakibatkan seorang warga Israel terbunuh dan beberapa lagi yang lain cedera parah.

Sementara itu, sebuah lagi web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) melaporkan bahawa satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol yang terletak di sebelah timur Semenanjung Gaza, zon selatan tanah jajahan 1948.

Palestin cedera

Mengenai situasi yang sama, penyampai berita SAFA Palestin melaporkan bahawa tentera rejim zionis telah melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah garisan timur di daerah Qararah yang berada di sebelah timur timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Tembakan ini mengakibatkan seorang pemuda Palestin berusia 32 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki. Mangsa telah pun dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sumber 09/07/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

20 Jun 2012


Laporan jam 09:45 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:45 malam, waktu Mesir

BAYT LAHIYA - Dua orang awam cedera malam ini ekoran menjadi mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis di daerah Bait Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Penyampai berita SAFA berkata, pengeboman itu menyasarkan sekumpulan orang awam berhampiran hospital 'بلسم'. Selepas kejadian, pasukan penyelamat membawa mangsa ke hospital Kamal Udwan di daerah berkenaan.

SAFA menukil dari sumber perubatan menyifatkan kecederaan yang dialami salah seorang mangsa sebagai kritikal, sementara seorang lagi disifatkan pertengahan. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16


Laporan jam 06:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:41 petang, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Selepas waktu Asar petang ini, pesawat tempur rejim zionis  'F-16' mengebom dua buah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).

Logo AL-QASSAM
Menurut SAFA, serangan udara zionis ke atas lokasi latihan ketenteraan AL-QASSAM di sebelah barat Mukhayyam Al-Nusairat, Gaza Tengah tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sebentar selepas itu, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah lokasi Al-QASSAM yang dikenali dengan 'pejabat kemasyarakatan' di Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Berikutan serangan, empat penduduk Palestin cedera, dua darinya adalah kanak-kanak dan mangsa-mangsa telah pun dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut. Memetik laporan PALTIMES, dua orang mangsa yang cedera disifatkan luka parah.

Berbagai-bagai model pesawat tempur zionis dilihat kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung serangan di darat pada petang Rabu, kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan sebelah timur melepaskan tiga das peluru meriam ke arah sebuah lapang berdekatan tanah perkuburan timur. Tiada sebarang laporan kecederaan dari serangan yang tertumpu di sebelah timur bandar Gaza. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Kaitan berita hari ini:
[Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

Read more...

Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera


Laporan jam 04:37 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:37 petang, waktu Mesir

GAZA - Seorang kanak-kanak Palestin syahid, manakala ayahnya dan dua orang wanita Palestin mengalami kecederaan akibat dari serangan udara di Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza.
Gambar mangsa yang syahid
Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata kepada agensi berita SAFA, mangsa yang terbabit, Mukmin Al-Udhm, 15 tahun telah syahid, dan ayahnya berusia 67 tahun serta dua orang lagi wanita Palestin mengalami kecederaan yang bersifat sederhana selepas pesawat pengintip tanpa juruterbang mengebom sekumpulan orang awam berhampiran Masjid Ali Bin Abi Talib, sebelah timur bandar Gaza.

Demikian itu, jumlah penduduk Palestin yang syahid sejak hari Isnin yang lalu meningkat kepada 9 orang mangsa dan lebih 25 orang cedera. Sumber 20/06/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah


Laporan jam 12:20 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 11:20 pagi, waktu Mesir

RAFAH - Seorang penduduk syahid dan dua lagi cedera pada waktu tengahari ini(Rabu, 20/06/2012) ekoran menjadi sasaran pesawat pengintip tanpa juruterbang yang melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sebuah motosikal yang melewati berhampiran kawasan Miraj(bekas tapak penempatan Israel yang telah ditinggalkan pada tahun 2005) di sebelah barat laut bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Kesan serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis
ke atas sebuah motosikal pada 19 Jun 2012 mengakibatkan
penduduk Palestin syahid.
Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA melaporkan pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke tempat kejadian serta memindahkan mangsa yang syahid dan dua yang cedera ke hospital Abu Yusuf An-Najjar.

Menurut sumber perubatan, mangsa yang syahid, Ghalib Awwad Armilat, 20, manakala mangsa yang cedera, sumber perubatan menyifatkan keadaan kedua-duanya, salah seorang cedera parah dan seorang lagi cedera ringan.

Kaitan berita:

Dari sudut lain, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berkata, pejuangnya telah mengebom sebuah lokasi Israel 'Isnad Sufa' yang terletak di sebelah timur Rafah dengan 9 sembilan serangan roket jenis 107. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza


Laporan jam 01:23 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:23 pagi, waktu Mesir

GAZA - Kejadian serangan yang berlaku awal pagi Rabu, 20/06/2012, seorang penduduk Palestin tercedera selepas pesawat zionis mengebom sebuah bengkel besi berdekatan pusat jualan kereta(سوق السيارات) di sebelah tenggara bandar Gaza.

Menurut pemberita agensi PALTIMES, dua peluru misil pesawat zionis menghentam bengkel besi di kawasan berkenaan, lantas pasukan ambulan bergegas ke tempat kejadian bagi memindahkan mangsa yang cedera.

Menukil dari web berita SAFA, helikopter zionis melepaskan satu serangan peluru misil ke atas sebuah kereta di Hayyu Al-Zaitun. Seperti yang dilaporkan, wujud kecederan dalam serangan ini.

Di sebelah utara Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis mengebom balai polis(ada sumber menyebut pejabat tentera laut Palestin) di kawasan As-Sudaniah, sebelah barat laut bandar Gaza, namun tiada laporan mengenai kecederaan.

Kaitan berita:
2. [TERKINI] Kanak-kanak syahid, cedera dalam serangan di Gaza
4. [Kemaskini] Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru di Beit Hanoun
5. [Kemaskini] Dua syahid dibom zionis

Dalam perkembangan lain, SAFA melaporkan pergerakan jentera perang tentera zionis di sebelah timur Semenanjung Gaza antara pintu gerbang Al-Mutabbiq dengan terminal Karem Abu Salem, selatan Semenanjung Gaza.

Berikutan serangan sengit yang bermula pada awal pagi Isnin yang lalu, tujuh penduduk Palestin telah syahid, di antaranya beberapa orang pejuang Palestin dan sepasang suami isteri, mangsa yang cedera pula melebihi 15 orang mangsa.

Berhubung serang balas, KATAIB AL-QASSAM dan sayap-sayap tentera Palestin melancarkan lebih 56 serangan roket ke lokasi-lokasi Israel. Sumber 20/06/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Dua Palestin cedera dalam pertempuran di Nablus

19 Mei 2012

Laporan jam 06:00 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:00 petang, waktu Mesir

NABLUS - Pertempuran yang meletus pada petang tadi (Sabtu, 19/05/2012) di daerah Asira Al-Qibliya, selatan Nablus di Tebing Barat menyebabkan dua penduduk Palestin cedera ditembak tentera penjajah.

Berhubung pertempuran, kata saksi kejadian kepada agensi berita SAFA, salah seorang penduduk yang dikenali Namr Sobhi telah mengalami kecederaan di bahagian paha dan seorang lagi, Ahmad Muslih cedera di bahagian mata ekoran terkena tembakan peluru getah. Kedua-dua mangsa ini telah dibawa ke hospital Rafidia untuk rawatan lanjut.
Asira Al-Qibliya(no.5 hijau), Burin(no.26 hijau) dan
penempatan haram Israel, Yit'shar(no.55 biru) berada dalam wilayah Nablus.
Menurut saksi-saksi kejadian yang lain, kecederaan yang dialami dua orang penduduk berkenaan disifatkan parah. Bagaimanapun, sehingga sekarang, SAFA belum mendapatkan pengesahan dari sumber perubatan.

Situasi yang meledakkan pertempuran itu selepas sekumpulan warga haram Israel merempuh masuk ke daerah berkenaan. Menukil dari PALTIMES, warga haram berkenaan mencantas pokok-pokok zaitun.

Jelas saksi kejadian, penduduk Palestin di Asira Al-Qibliya menghadang rempuhan dari sekumpulan warga haram Israel yang cuba memukul orang-orang kampung Palestin. Berikutan itu, pertempuran terus meledak dengan campur tangan tentera penjajah, menurut saksi.

Sumber menceritakan bahawa tentera penjajah memberikan perlindungan kepada warga haram Israel dengan melepaskan tembakan bom-bom gas dan peluru getah ke arah penduduk Palestin. 

Warga haram cantas, bakar pokok zaitun

Kejadian di wilayah yang sama, selatan Nablus, sekumpulan warga haram Israel telah mencatas pokok-pokok zaitun di kampung Burin pada waktu Asar petang tadi.

Kata wakil isu penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Daglas, "warga Yahudi dari penempatan Yit'shar(no.55 biru) telah menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di kampung Burin, kemudian mereka mencantas 24 batang pokok zaitun milik seorang penduduk, Shadi Az-Zein."

Berhubung kejadian ini, Daglas telah menerangkan bahawa kejadian seumpama ini kerap berlaku, warga Yahudi sengaja menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di Tebing Barat bertujuan untuk menguasai tanah-tanah Palestin. Menurut beliau, kerap kali serangan-serangan ke tanah-tanah Palestin, warga Yahudi dilindungi(iringi) tentera penjajah. Sumber 19/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Gaza diserang malam tadi dan awal pagi ini

19 Februari 2012

GAZA - Serangan-serangan yang dilancarkan pesawat tempur zionis malam tadi dan awal pagi ini di beberapa tempat di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan kecederaan.

Menurut wartawan agensi berita SAFA berkata, serangan pertama, pesawat zionis menyasarkan sebuah bengkel besi milik keluarga 'Asyur' berdekatan kilang As-Sattar di Hayyu Zaitun sebelah timur bandar Gaza. Berikutan serangan, seorang penduduk Palestin mengalami luka ringan.

Selepas serangan, menurut saksi, pesawat-pesawat tempur, helikopter Apache dan pesawat pengintip tanpa pemandu zionis terus ligat berkeliaran di ruang udara Semenanjung Gaza.

Tambah SAFA, serangan seterusnya pada awal pagi ini(Ahad, 19/02/2012), pesawat tempur zionis melepaskan empat peluru misil ke atas sebuah lokasi pejuang 'رعد' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di Hayyu At-Tuffah sebelah timur bandar Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan ini.

Penyampai berita SAFA menjelaskan lagi, serangan peluru misil keempat yang dilepaskan pesawat zionis di Hayyu At-Tuffah telah mengenai sebuah rumah awam, lantas menyebabkan pemilik rumah, Ahmad Az-Zaharanah serta isteri dan dua anaknya, kanak-kanak lelaki dan perempuan mengalami kecederaan. Mangsa-mangsa serangan telahpun dibawa ke hospital.

Sebelum ini, tentera rejim zionis telah memberikan beberapa ancaman berupa janji untuk menyasarkan Semenanjung Gaza sebagai sasaran serangannya. Sumber 19/02/2012, web berita Safa.ps, dan 18/02/2012, web berita Paltimes.net dan Maannews.net

Read more...

Pemuda cedera terkena tembakan zionis di timur Gaza

14 Disember 2011

Laporan jam 10:14 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:14 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sumber perubatan Palestin berkata pagi ini, 14/12/2011, seorang pemuda berusia 22 tahun mengalami kecederaan akibat terkena tembakan tentera zionis di timur bandar Gaza.

Kata jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah kepada agensi berita SAFA, pemuda berkenaan cedera di bahagian paha dan kecederaan dialaminya berada di tahap sederhana. Berikutan itu, mangsa bekerja memburu burung.

Semalam, dua penduduk Palestin cedera akibat terkena tembak tentera zionis di sebelah utara dan pertengahan Semenanjung Gaza.

Baca lagi:
> 2 cedera akibat ditembak zionis di utara dan Gaza Tengah


Dari sudut lain, rumah-umah penduduk Palestin dan kawasan tanah pertanian menjadi sasaran tembakan dari menara-menara kawalan tentera zionis di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, Gaza Tengah. Kejadian yang dilaporkan ini berlaku pada pagi tadi.

Penyampai berita SAFA melaporkan, menara-menara kawalan tentera zionis yang berada di garisan sempadan Gaza Tengah tidak semena-mena melepaskan tembakan. Sehingga laporan ini diterbitkan , tiada berita mengenai kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

2 cedera akibat ditembak zionis di utara dan Gaza Tengah

13 Disember 2011

Laporan jam 10:27 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:07 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua kejadian tembakan zionis yang berasingan di utara Semenanjung Gaza dan Gaza Tengah telah mencederakan dua orang penduduk Palestin.

Menurut jurucakpa Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, seorang budak bawah umur, berusia 14 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian bahunya akibat terkena tembakan tentera zionis ketika mangsa sedang mengutip kepingan besi berhampiran Kampung Badawi, utara Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Sewaktu ditemuramah pemberita, Adham menyebut kecederaan yang dialami budak berkenaan adalah cedera ringan dan mangsa telah dirawat di hospital Kamal Udwan sebelum beredar pulang ke rumah.

Jelas beliau, seorang lagi penduduk berusia 48 tahun dari Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan. Kejadian itu berlaku sewaktu tentera rejim zionis menceroboh secara mengejut di sebelah timur Hayyu Shujaieyah, Gaza Tengah sambil melepaskan tembakan rambang.

Mangsa telahpun dibawa ke hospital Shuhada' Al-Aqsa, bandar Der Al-Balah untuk menerima rawatan.

Gambar: Peta Semenanjung Gaza

Zionis ceroboh Gaza Tengah

Menurut sumber, tentera rejim zionis yang diiringi jentera-jentera perang telah melakukan pencerobohan secara terbatas di Gaza Tengah pada pagi Selasa, hari ini.

Saksi kejadian menceritakan, tiga buah jentolak dan empat buah kereta kebal yang dilihat keluar dari pintu gerbang Al-Sarhi telah menceroboh secara mengejut di sebelah timur Mukhayyam El-Maghazi, Hayyu Shujaieyah di Gaza Tengah. Di samping itu, tembakan bertubi-tubi dilepaskan dari arah menara-menara kawalan tentera zionis ke arah rumah-rumah penduduk dan kawasan lapang.

Jelas saksi lagi, jentolak-jentolak zionis yang menceroboh mengadakan operasi meratakan tanah dan mengesan secara meluas di tanah-tanah pertanian Palestin di kawasan berkenaan. Sumber 13/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

2 cedera dalam serangan awal pagi ini

22 Ogos 2011

Laporan jam 03:18 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:18 pagi, waktu Mekah

GAZA - Pesawat tempur zionis melakukan serangan awal pagi ini ke atas sekumpulan pejuang di timur Hayyu Shujaieyah, bandar Gaza.

Serangan terbabit mengakibatkan 2 penduduk Palestin cedera.

Menurut pemberita agensi Safa, pasukan penyelamat telah memindahkan mangsa yang cedera ke hospital As-Shifa' bagi rawatan lanjut ekoran kecederaan yang dialami. Sumber 22/08/2011, web berita Safa.ps

Baca lagi:

Pejuang terselamat dari serangan pesawat zionis

Read more...

15 syahid, lebih 45 cedera jadi mangsa serangan zionis yang berterusan

19 Ogos 2011

Laporan jam 08:48 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:48 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 11:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Bilangan penduduk Gaza yang syahid dalam serangan berterusan zionis meningkat ke angka 15 sejak dari hari Khamis setelahmana 7 syahid pada hari Jumaat. Manakala, sehingga kini bilangan penduduk yang cedera melebihi 40 orang dan kesemuanya telah dirawat di hospital.

Serangan terkini zionis mengakibatkan seorang doktor yang bekerja di hospital As-Shifa'(Gambar: Doktor Munzir Qureiqa') di bandar Gaza telah syahid ekoran menjadi mangsa serangan pesawat zionis menjelang pertengahan malam ini di jalan Al-Maghrabi, pertengahan bandar Gaza. Turut syahid bersama beliau adalah saudaranya, salah seorang dari komander kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI, Mu'taz Qureiqa' dan anak kepada doktor Munzi, Islam berusia 5 tahun. Jelas lagi, jasad tiba ke hospital dalam keadaan rentung.

Menurut pemberita Safa, pengeboman zionis menyasarkan sebuah motosikal yang melewati di jalan Al-Maghrabi, lalu mengakibatkan motosikal tersebut musnah sama sekali dan jasad yang syahid bergelimpangan di jalan.

4 lagi syahid

Serangan zionis malam ini di Gaza, sebuah motosikal yang dinaiki dua penduduk turut menjadi sasaran serangan dari pesawat zionis. Sedemikian itu, mengakibatkan dua pejuang syahid. Salah seorang darinya dari pejuang SARAYA AL-QUDS, Imad Abu 'Abidah, 21 dan Anuar Aslim, 21 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Pada waktu asar petang Jumaat, serangan udara zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Hayyu Zaitun sebelah tenggara bandar Gaza, lantas mengakibatkan dua pejuang, Muhammad Inayah, 25 syahid. Sementara, seorang lagi pejuang, Somid Abdul Mu'ti 'Abid, 28 juga syahid setelahmana motosikal yang dinaikinya menjadi sasaran zionis menjelang waktu berbuka puasa di utara Gaza.

Dalam kenyataan tentera, kumpulan bersenjata ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa as-syahid 'Abid adalah anggotanya yang merupakan komander unit pertahanan di utara Gaza, dan as-syahid Inayah adalah seorang anggota dari unit pertahanan di bandar Gaza.

Sasaran serangan zionis malam ini

Rejim zionis melancarkan lagi serangan-serangan ke atas tempat yang berlainan di Gaza malam ini. Sekumpulan penduduk yang berhampiran Jabal Sarah di sebelah timur Shujaieyah menjadi sasaran serangan, dan sebuah kumpulan lagi yang menjadi mangsa serangan zionis berada berhampiran sekolah Tunis di Hayyu Zaitun. Tambahan lagi, sebuah kumpulan pejuang yang berada di kawasan Az-Zinah di sebelah timur Khan Yunis turut menjadi sasarangan zionis.

Pesawat rejim zionis mengebom lagi sebuah pusat servis dan pelincir milik Khalil Abu Dzarifah di daerah Abbasan bari di wilayah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, tiada laporan mengenai kecederaan.

Serangan zionis menyasarkan pula sebuah gudang simpanan milik Perbandaran Khuza'ah, timur Khan Yunis sehingga hancur musnah, sementara satu satu serangan roket gugur di sebelah rumah keluar An-Najjar mengakibatkan sebahagian dari binaan rumah terjejas. Manakala, serangan zionis ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan As-Shaukah, timur bandar Rafah mengakibatkan seorang penduduk cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital An-Najjar untuk rawatan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS