Laporan jam 07:00 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:00 petang, waktu Mesir
BEIT HANOUN - Sebagaimana yang disebutkan oleh sumber keamanan, dua orang penduduk Palestin telah syahid dan dua orang lagi cedera dalam serangan rejim zionis(penjajah/Israel) di jalan As-Sikkah di Izbah, Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza pada petang Isnin(sebentar tadi), 18/06/2012.
|
Berita terkini yang dimaklumkan pada jam 05:40 petang, waktu Mesir |
Berhubung kejadian, menukil dari web berita PALTIMES menjelaskan bahawa rejim zionis mengebom sekumpulan penduduk di kawasan berkenaan. Demikian itu, sumber perubatan di hospital Beit Hanoun mengesahkan kepada agensi berita PALTIMES, dua mangsa serangan yang syahid dibawa ke hospital dalam keadaan hampir rentung. Tambahan pula, dua orang lagi mengalami kecederaan yang kritikal akibat pengeboman ini.
Salah seorang yang syahid, dikenali Jihad Abu Shabab, 23 berasal dari Beit Hanoun dan seorang lagi sepertimana yang disebutkan dari sumber tempatan bernama Abdu Hassan Al-Za'anain juga berasal dari Beit Hanoun. Demikian itu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengucapkan takziah berikutan Abu Shabab adalah salah seorang dari anggotanya.
Dalam kenyataan AL-QASSAM, "pengorbanan ini setelahmana mengharungi misi jihad yang mulia, kami doakan moga beroleh syahid yang mana hanya Allah yang layak memberikan kepada sesiapa sahaja."
Menukil dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew sumber dari keamanan menyebut serangan ini selepas sekumpulan individu menyasarkan serangan roket ke Israel.
Kejadian yang terbaru ini selepas beberapa jam dari pengeboman yang dilancarkan rejim zionis mengakibatkan dua orang pejuang Palestin dari kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS syahid.
Kaitan berita:
Kejadian lain, pihak berkuasa penjajah memaklumkan pada waktu awal pagi Isnin, 18/06/2012, seorang warga Israel maut dan tiga orang Palestin yang bersenjata telah syahid dalam satu pertempuran berbalas tembakan di garisan sempadan antara Sinai(Mesir) dengan Israel(selatan tanah jajahan 1948). Bagaimanapun, berita ini tidak disahkan oleh pihak lain, begitu juga tidak ada mana-mana pihak mengumumkan mempunyai kaitan dengan kejadian ini meskipun penjajah mendakwa tiga orang yang bersenjata dari Semenanjung Gaza.
Dari sudut serang balas dari dalam Gaza, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pejuangnya telah menyasarkan sebuah lokasi tentera zionis yang terletak di sebelah timur Gaza dengan lima serangan peluru mortar jenis 'hawn' saiz 80mm. Sumber 18/06/2012, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan web penerangan AL-QASSAM
0 comments:
Catat Ulasan