Pejuang hentam RPG ke atas tentera zionis di timur Gaza
17 Februari 2012
Jam 10:45 malam, waktu Mesir
GAZA - Tentera rejim zionis telah mengakui bahawa salah sebuah jentera perangnya diserang Palestin sebentar tadi. Kejadian serangan pejuang di sebelah timur Semenanjung Gaza tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Bagaimanapun, pagar keselamatan yang memisahkan tanah Gaza dengan tanah jajahan 1948 mengalami kerosakan.
Sumber dari web berita Israel versi hebrew 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, pejuang Palestin yang bersenjata telah melepaskan tembakan dari pelancar roket jenis RPG serta meletupkan dua peledak anti perisai ketikamana sepasukan tentera zionis menjalankan rondaan di garisan sempadan sebelah timur Gaza.
YNET menambah bahawa tentera zionis membalas tembakan pejuang. Berikutan itu, tiada maklumat dari pihak Palestin berhubung kecederaan.
Tentera zionis menuding gerakan HAMAS mesti bertanggungjawab di atas kejadian ini. Sumber 17/02/2012, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan