SEMENANJUNG GAZA - "Kami mahu menegaskan kepada masyarakat kami Palestin yang berhadapan dengan deretan serangan berterusan dari rejim zionis(Israel/penjajah) bahawa KATAIB AL-QASSAM dan kumpulan sayap tentera yang lain akan mempertahankan Semenanjung Gaza yang tercinta, melindungi penduduknya dan pejuang-pejuangnya, sesekali tidak akan membiarkan jenayah ini berlalu dengan lintas hormat dan musuh akan membayar harganya, ketahuilah wahai orang yang berbuat zalim, mereka-mereka yang ditindas pasti akan menang," demikian kenyataan ketenteraan KATAIB AL-QASSAM yang disiarkan web rasminya awal pagi ini.
Menukil dari agensi berita SAFA, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah berjanji akan melakukan serangan balas ke atas rejim zionis yang tidak henti-henti melakukan jenayah di Semenanjung Gaza.
|
Arkib: Pejuang AL-QASSAM ketika berkawal di pos berhampiran garisan sempadan |
Demikian itu, tidak sampai dalam tempoh 5 jam kenyataan rasmi diumumkan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah melunaskan janjinya dan menyerang sebuah pengkalan tentera zionis.
Dalam kenyataan media awal pagi Selasa, 19/06/2012, KATAIB AL-QASSAM berkata, "pejuang-pejuang AL-QASSAM berjaya mengebom pengkalan tentera zionis 'Zekem' yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza dengan melancarkan empat serangan roket saiz 107mm pada jam 04:20 pagi, waktu BaitulMaqdis(03:20 pagi waktu Kaherah)."
Serangan balas dari KATAIB AL-QASSAM ekoran membalas jenayah zionis yang dilakukan tidak putus-putus, terbaru, mengakibatkan beberapa orang Palestin syahid semalam, diikuti beberapa lagi yang cedera.
Pautan kaitan berita:
1. [Kemaskini] Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru di Beit Hanoun
2. [Kemaskini] Dua syahid dibom zionis
3. 5 cedera, dua serangan udara di Semenanjung Gaza
4. ALWIYAH mengebom infantri zionis di Gaza Tengah
5. [Kemaskini] Pejuang hadang pencerobohan terbatas di Deir Al-Balah
Tambah AL-QASSAM, "kami KATAIB AL-QASSAM, tatkala mengumumkan bahawa kami bertanggungjawab menggalas misi jihad ingin kami mengesahkan pejuang-pejuang kami telah bersedia menyerang balas serangan musuh dan menghadang sebarang tindakan bodoh yang dilakukan penjajah..dengan apa yang kami ada dan miliki..dengan izin Allah Ta'ala." Sumber 19/06/2012, web berita Safa.ps dan web penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM
0 comments:
Catat Ulasan