Laporan jam 08:58 malam, BaitulMaqdis
Jam 07:58 malam, waktu Mesir
GAZA - Seorang kanak-kanak perempuan bernama Hadil Ahmad Al-Haddad berusia dua tahun telah syahid, manakala saudaranya mengalami kecederaan sederhana ekoran dari serangan udara zionis di Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza malam ini, kira-kira dua jam yang lalu.
Menukil dari agensi berita PALTIMES, Hadil dan saudaranya menjadi mangsa apabila pesawat pengintip tanpa juruterbang mengebom rumah mereka di sebelah barat Hayyu Al-Zaitun.
Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza mengesahkan kejadian serangan dari pesawat pengintip yang menyasarkan rumah terbabut berhampiran Masjid Al-Farouq.
Demikian itu, bilangan penduduk Palestin yang syahid sejak pada awal pagi Isnin, 18/06/2012 selepas serangan mendadak yang dilakukan oleh zionis di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 7 orang mangsa yang syahid, manakala 11 orang penduduk Palestin cedera.
Berhubung serang balas, pejuang-pejuang Palestin, terutamanya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah melancarkan lebih 40 serangan roket dan peluru mortar jenis 'hawn' ke lokasi-lokasi ketenteraan dan awam Israel sejak awal pagi tadi. Pihak penjajah telah mengakui 30 serangan roket gugur di lokasi-lokasi berkenaan.
Serangan balas pejuang Palestin:
AL-QASSAM lunas janji serang pengkalan tentera zionis
Sementara itu, pada waktu tengahari tadi, rejim zionis mengumumkan 'keadaan cemas' di sepanjang garisan sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan kedudukan penempatan-penempatan Israel yang berada setentang di garisan sempadan sehinggalah dari jarak 30 kilometer.
Media massa hebrew pula melaporkan, tentera rejim zionis memberi taklimat kepada semua warga-warga haram Israel selamatkan diri ke tempat-tempat perlindungan dan bilik-bilik kebal dan tidak boleh berada di kawasan lapang melainkan pada waktu yang tertentu.
Begitu juga, rejim zionis mengumumkan persediaan di garisan sempadan sebagai langkah berjaga-jaga dari tindak balas pejuang Palestin dan operasi menyelinap masuk ke tanah jajahan 1948. Sumber 19/06/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.net
0 comments:
Catat Ulasan