الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label bom gas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bom gas. Papar semua catatan

Dua Palestin cedera dalam pertempuran di Nablus

19 Mei 2012

Laporan jam 06:00 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:00 petang, waktu Mesir

NABLUS - Pertempuran yang meletus pada petang tadi (Sabtu, 19/05/2012) di daerah Asira Al-Qibliya, selatan Nablus di Tebing Barat menyebabkan dua penduduk Palestin cedera ditembak tentera penjajah.

Berhubung pertempuran, kata saksi kejadian kepada agensi berita SAFA, salah seorang penduduk yang dikenali Namr Sobhi telah mengalami kecederaan di bahagian paha dan seorang lagi, Ahmad Muslih cedera di bahagian mata ekoran terkena tembakan peluru getah. Kedua-dua mangsa ini telah dibawa ke hospital Rafidia untuk rawatan lanjut.
Asira Al-Qibliya(no.5 hijau), Burin(no.26 hijau) dan
penempatan haram Israel, Yit'shar(no.55 biru) berada dalam wilayah Nablus.
Menurut saksi-saksi kejadian yang lain, kecederaan yang dialami dua orang penduduk berkenaan disifatkan parah. Bagaimanapun, sehingga sekarang, SAFA belum mendapatkan pengesahan dari sumber perubatan.

Situasi yang meledakkan pertempuran itu selepas sekumpulan warga haram Israel merempuh masuk ke daerah berkenaan. Menukil dari PALTIMES, warga haram berkenaan mencantas pokok-pokok zaitun.

Jelas saksi kejadian, penduduk Palestin di Asira Al-Qibliya menghadang rempuhan dari sekumpulan warga haram Israel yang cuba memukul orang-orang kampung Palestin. Berikutan itu, pertempuran terus meledak dengan campur tangan tentera penjajah, menurut saksi.

Sumber menceritakan bahawa tentera penjajah memberikan perlindungan kepada warga haram Israel dengan melepaskan tembakan bom-bom gas dan peluru getah ke arah penduduk Palestin. 

Warga haram cantas, bakar pokok zaitun

Kejadian di wilayah yang sama, selatan Nablus, sekumpulan warga haram Israel telah mencatas pokok-pokok zaitun di kampung Burin pada waktu Asar petang tadi.

Kata wakil isu penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Daglas, "warga Yahudi dari penempatan Yit'shar(no.55 biru) telah menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di kampung Burin, kemudian mereka mencantas 24 batang pokok zaitun milik seorang penduduk, Shadi Az-Zein."

Berhubung kejadian ini, Daglas telah menerangkan bahawa kejadian seumpama ini kerap berlaku, warga Yahudi sengaja menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di Tebing Barat bertujuan untuk menguasai tanah-tanah Palestin. Menurut beliau, kerap kali serangan-serangan ke tanah-tanah Palestin, warga Yahudi dilindungi(iringi) tentera penjajah. Sumber 19/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Ceroboh, tangkap Palestin di BaitulMaqdis

30 Januari 2012

Laporan jam 09:57 pagi, waktu Palestin
Jam 09:57 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sepasukan pihak berkuasa penjajah menceroboh lagi kampung 'Isawiyah yang terletak dari arah timur laut BaitulMaqdis(Al-Quds). Sehingga kini, nama-nama pemuda Palestin yang ditangkap dalam operasi penjajah di kampung berkenaan belum diketahui.

Saksi kejadian berkata kepada agensi berita SAFA, helikopter penjajah turut meninjau dari ruang udara pada tahap ketinggian yang sederhana ketika operasi ini dijalankan.

SAFA melaporkan, selepas pertengahan malam semalam, tentera penjajah mengepung kawasan perumahan 'Abid, kemudian menggeledah rumah penduduk yang dikenali Ali 'Abid serta mengheret mangsa keluar dari rumahnya. Bagaimanapun ketika kejadian, seorang dari pegawai tentera penjajah memberi arahan supaya lepaskan mangsa kerana dia bukanlah suspek yang dikehendaki.

Tambahan dari saksi, kanak-kanak Palestin di perumahan terbabit diselubungi ketakutan ekoran tembakan bom gas dan bom bunyi(sound bomb) yang dilepaskan oleh pihak berkuasa penjajah tanpa sebarang punca yang wajar.

Penduduk-penduduk kampung berkenaan turut menceritakan bahawa kewujudan sekumpulan unit gempur dari pihak berkuasa penjajah yang akan menyelinap masuk dalam kalangan pemuda-pemuda Palestin sekiranya pertempuran meletus atau ada sebarang usaha untuk menghadang pihak berkuasa penjajah. Sumber 30/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah lepaskan bom gas di Masjid Dura

03 Disember 2011

Laporan jam 03:57 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 02:57 petang, waktu Mesir

KHALIL - Selepas waktu asar, tentera penjajah melepaskan bom gas ke atas sekumpulan penduduk Palestin sewaktu mereka keluar dari Masjid Kureisah, bandar Dura yang terletak di sebelah barat daya Khalil, Tebing Barat.

Salah seorang penduduk Palestin berkata, sebuah jip tentera penjajah melepaskan beberapa bom gas kepada penduduk Palestin sewaktu keluar dari masjid, lantas mengakibatkan sesak nafas.

Tambahan pula, sepasukan tentera penjajah mengadakan rondaan di kawasan sekitar Kureisah yang meliputi beberapa batang jalan dan kawasan-kawasan perumahan. Sebagaimana dilaporkan, operasi rondaan tentera penjajah agak lama di kawasan berkenaan, kemudian penjajah berundur keluar dari jalan masuk ke bandar Dura dari dari arah barat.

Sepanjang operasi tersebut, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan ke atas penduduk Palestin. Sumber 03/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Israel kekang dua perarakan Palestin

20 Ogos 2010

BET LEHEM - Selepas solat Jumaat, tentera-tentera penjajah mengawal dua buah perarakan yang berlangsung di Bil'in dan Al-Ma'sara. Dua perarakan tersebut adalah untuk menentang penempatan Israel dan tembok pemisah di Tebing Barat.

Dilaporkan, puluhan penduduk Palestin yang menyertai perarakan di kampung Al-Ma'sara mengalami sesak nafas berikutan tembakan bom gas yang dilepaskan oleh tentera penjajah.

Penyelaras Gerakan Rakyat Menentang tembok pemisah di Al-Ma'sara, Muhammad Buraijiah menyatakan, 'dalam lingkungan 80 penduduk Palestin yang keluar menyertai perarakan bagi mengutuk tindakan penjajah yang melanggar hak asasi manusia ke atas penduduk Palestin malah perarakan tersebut turut mengecam keras kejadian sikap bongkok seorang bekas tentera wanita penjajah yang menghina penduduk Palestin ketika dalam tahanan dengan menyebarkan rakaman gambar.'

Dalam ucapannya di hadapan perarakan itu, Buraijiah menjelaskan bahawa 'Israel adalah Negara yang mengenepikan undang-undang dan melanggar hak-hak kebebasan penduduk Palestin.'

Di Bil'in, perarakan yang diadakan secara mingguan turut ditentang tentera penjajah apabila bom gas dan sound-bom dilepaskan ke atas para peserta. Berikutan itu, mengakibatkan beberapa peserta mengalami sesak nafas.

Keadaan terus berubah dan berlaku pertempuran antara para peserta dengan tentera penjajah. Para peserta yang menjadi mangsa bom gas dan sound-bom bertindak melontar batu ke arah tentera penjajah, lantas mengakibatkan beberapa tentera penjajah cedera dan ada yang dibawa untuk rawatan. Sumber 20/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS