الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label warga haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warga haram. Papar semua catatan

Dua Palestin cedera dalam pertempuran di Nablus

19 Mei 2012

Laporan jam 06:00 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:00 petang, waktu Mesir

NABLUS - Pertempuran yang meletus pada petang tadi (Sabtu, 19/05/2012) di daerah Asira Al-Qibliya, selatan Nablus di Tebing Barat menyebabkan dua penduduk Palestin cedera ditembak tentera penjajah.

Berhubung pertempuran, kata saksi kejadian kepada agensi berita SAFA, salah seorang penduduk yang dikenali Namr Sobhi telah mengalami kecederaan di bahagian paha dan seorang lagi, Ahmad Muslih cedera di bahagian mata ekoran terkena tembakan peluru getah. Kedua-dua mangsa ini telah dibawa ke hospital Rafidia untuk rawatan lanjut.
Asira Al-Qibliya(no.5 hijau), Burin(no.26 hijau) dan
penempatan haram Israel, Yit'shar(no.55 biru) berada dalam wilayah Nablus.
Menurut saksi-saksi kejadian yang lain, kecederaan yang dialami dua orang penduduk berkenaan disifatkan parah. Bagaimanapun, sehingga sekarang, SAFA belum mendapatkan pengesahan dari sumber perubatan.

Situasi yang meledakkan pertempuran itu selepas sekumpulan warga haram Israel merempuh masuk ke daerah berkenaan. Menukil dari PALTIMES, warga haram berkenaan mencantas pokok-pokok zaitun.

Jelas saksi kejadian, penduduk Palestin di Asira Al-Qibliya menghadang rempuhan dari sekumpulan warga haram Israel yang cuba memukul orang-orang kampung Palestin. Berikutan itu, pertempuran terus meledak dengan campur tangan tentera penjajah, menurut saksi.

Sumber menceritakan bahawa tentera penjajah memberikan perlindungan kepada warga haram Israel dengan melepaskan tembakan bom-bom gas dan peluru getah ke arah penduduk Palestin. 

Warga haram cantas, bakar pokok zaitun

Kejadian di wilayah yang sama, selatan Nablus, sekumpulan warga haram Israel telah mencatas pokok-pokok zaitun di kampung Burin pada waktu Asar petang tadi.

Kata wakil isu penempatan di utara Tebing Barat, Ghassan Daglas, "warga Yahudi dari penempatan Yit'shar(no.55 biru) telah menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di kampung Burin, kemudian mereka mencantas 24 batang pokok zaitun milik seorang penduduk, Shadi Az-Zein."

Berhubung kejadian ini, Daglas telah menerangkan bahawa kejadian seumpama ini kerap berlaku, warga Yahudi sengaja menceroboh tanah-tanah penduduk Palestin di Tebing Barat bertujuan untuk menguasai tanah-tanah Palestin. Menurut beliau, kerap kali serangan-serangan ke tanah-tanah Palestin, warga Yahudi dilindungi(iringi) tentera penjajah. Sumber 19/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Warga zionis mengasari pengutip zaitun

09 Oktober 2011

NABLUS - Satu pertempuran tercetus tengahari tadi antara pengutip zaitun(penduduk Palestin) dengan warga zionis yang mahu merompak hasil tuai zaitun malahan bertindak mengasari pengutip zaitun.

Berhubung kejadian, Ketua Majlis Jawatankuasa kampung Awwarta, Fayes Awwad menjelaskan kepada agensi berita Safa bahawa sebilangan dari kalangan warga zionis yang mendiami penempatan zionis 'Itamar' menyerang pengutip-pengutip buah zaitun di kampung Awwarta.

Kata beliau lagi, walaupun penduduk Palestin di kampung berkenaan bekerja berkumpulan mengutip zaitun dan secara berdekatan bagi menghadapi tentangan warga zionis, warga zionis tetap juga dapat mencuri tangga yang digunakan mengutip zaitun serta membawa lari.

Menurut saksi, pertempuran tercetus di penjuru timur kampung setelahmana warga-warga zionis dari penempatan Itamar mahu mencuri buah zaitun yang telah dikutip.

Saksi kejadian berkata, penduduk Palestin di kampung terbabit menghadang serangan warga zionis dengan melontar batu, lantas tentera penjajah yang dikerahkan menjalankan misi pengosongan kawasan berkenaan dari para peladang Palestin bertindak campur tangan.

Para penduduk kampung membantah dari meninggalkan tanah-tanah pertanian mereka kerana bimbang warga zionis akan mencuri lagi hasil tuaian mereka.

Akhir-akhir ini, keadaan bertambah tegang di kampung-kampung Palestin di Tebing Barat ekoran seringkali diancam warga zionis. Sumber 09/10/2011, web berita Safa.ps

Read more...

5 remaja cedera di Syeikh Jarrah

24 April 2011

Laporan asal jam 10.00 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.00 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - 5 remaja Palestin mengalami sesak nafas malam ini setelah terkena bom pemedih yang dilontarkan oleh warga haram zionis di Hayyu syeikh Jarrah, pertengahan bandar BaitulMaqdis.

Kedudukan peta: H] Hayyu Syeikh Al-Jarrah, F] Wadi Al-Jouz dan tanda kuning adalah Masjid Al-Aqsa.

Saksi kejadian di Hayyu berkenaan berkata, warga haram zionis dalam lingkungan 50 orang menyerang beberapa remaja Palestin yang sedang bermain berhampiran rumah mereka, tambah lagi, warga-warga haram melontar bom pemedih mengakibatkan 5 remaja sesak nafas.

Jelas saksi lagi, tidak memadai dengan tindakan itu, warga haram turut melontar batu ke arah kereta-kereta penduduk Palestin yang melalui kawasan terbabit.

Seorang penduduk Palestin yang menerima nasib sedemikian menyatakan, ketika dia keluar dari kereta untuk meninjau kesan lontaran batu, tiba-tiba warga haram menyerangnya pula sebelum tentera rejim penjajah campur tangan.

Maaf yang lebih buruk

Berikutan kejadian, seorang anggota Jawatankuasa Pertahan Tanah-tanah Silwan, Fakhri Abu Diab berkata, "penduduk Palestin di Hayyu Syeikh Jarrah meminta tentera rejim menangkap warga haram yang melontar batu," namun jawapan yang diberikan, kata tentera rejim, "Yahudi sedang merayakan Hari Pesakh, jadi tidak ada siapa yang mengizinkan untuk menangkap mereka."

Abu Diab mengungkapkan, dalih maaf seumpama ini lebih buruk dari kejahatan yang dilakukan ekoran sikap jahat ini ketika mereka merayakan 'Pesakh Yahudi', malah menzahirkan dendam kesumat mereka terhadap semua penduduk Arab Palestin.

Tambah Abu Diab lagi, "boleh jadi tindakan jahat ini tindak balas dari kejadian yang membunuh seorang warga Yahudi pagi tadi berhampiran kawasan pusara Yusuf di Nablus."

Kejadian lain yang berlaku pada waktu asar, warga-warga haram Yahudi yang bersenjatakan senapang automatik di jalan utama Hayyu Wadi Al-Jouz melepaskan tembakan peluru hidup secara rambang ke arah rumah-rumah Palestin. Kawasan terbabit hanya terletak berpuluh-puluh meter dari tembok BaitulMaqdis. Sumber 24/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

3 cedera halang warga haram masuk ke kampung Buren

19 April 2011

Laporan asal jam 07.14 malam, Palestin/Mekah

TEBING BARAT - 3 pemuda cedera dalam satu pertempuran sengit yang meletus petang tadi antara penduduk kampung Buren di selatan Nablus, Tebing Barat dengan warga haram.

Pemberita Safa berkata, seorang pemuda Burseli Aid, 22 mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan akibat terkena tembakan peluru hidup. Dua lagi pemuda dilaporkan cedera, salah seorang darinya, Wajdi Ashtiah, jurugambar agensi apaimages.

Sumber menyatakan beberapa orang warga haram dari penempatan Gil'ad cuba merempuh masuk ke kampung Buren dari arah selatan, namun telah dihalang penduduk kampung lalu, pertempuran meletus antara penduduk kampung Buren dengan warga haram yang menyerang mereka.

Sebagaimana dinyatakan, anggota-anggota tentera rejim penjajah bertindak campur tangan dan melindungi warga haram. Tembakan peluru hidup dan bom gas meluru ke arah penduduk kampung yang hanya bersenjatakan batu.

Ketika laporan ini disiarkan agensi berita Safa, pertempuran itu masih belum henti. Sumber 19/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS