الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label F-16 zionis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label F-16 zionis. Papar semua catatan

Serang pengkalan 'AL-QASSAM' di Gaza Tengah

03 September 2012


Laporan jam 01:08 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:08 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) telah menyerang sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Gaza Tengah awal pagi ini, Isnin, 02/09/2012, demikian laporan dari web berita PALTIMES dan SAFA.

Penyampai berita dari kedua-dua agensi ini melaporkan bahawa pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan dua serangan peluru misil ke atas pengkalan tersebut yang terletak berdekatan stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah, lantas mengakibatkan letupan yang kuat sehingga menimbulkan panik di kalangan rakyat awam. 

Serangan ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Namun, sebelum ini, pengkalan terbabit telah beberapa kali dibom pesawat zionis.

Sejak awal jam pertama pagi Isnin, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA berkata, pergerakan tidak sebagaimana biasa, jentera-jentera perang zionis termasuk jentolak dilihat berada berhampiran jalan masuk Abu ridah sebelah timur Khuza'ah di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jip-jip tentera zionis turut tiba di lokasi berkenaan dan kelihatan infantri (tentera pejalan kaki) melakukan operasi intipan dan mengesan sebarang pergerakan di kawasan ini.

Roket gugur di Eshkol

Menukil dari web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET) Israel versi hebrew melaporkan, satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol (penempatan haram), selatan tanah jajahan 1948 yang menghala dari arah timur Semenanjung Gaza pada malam tadi, 02/09/2012.

Sumber dari YNET menjelaskan, serangan roket tidak mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda, pada waktu yang sama hanya siren kecemasan (peringatan) berbunyi di penempatan tersebut. Sumber 03/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Read more...

Pesawat zionis hentam 10 misil ke atas dua sasaran

28 Ogos 2012

Laporan jam 12:28 pagi, waktu BaitulMaqdis

SEMENANJUNG GAZA - Menjelang pertengahan malam Isnin (27/08/2012), pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) melancarkan beberapa serangan udara ke atas lokasi-lokasi yang berlainan di Semenanjung Gaza. 

As-Safina, bekas pejabat Perisikan Palestin
(sebelum HAMAS mentadbir Semenanjung Gaza) yang
telah beberapa kali dibom oleh pesawat zionis. 
Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan 7 serangan peluru misil ke atas sebuah kawasan tanah lapang berhampiran lokasi As-Safina yang terletak dari arah barat laut bandar Gaza. Serangan ini mengakibatkan dentuman letupan yang amat kuat dan menggegarkan.

Kemudian, pesawat tempur zionis melancarkan pula 3 serangan peluru misil ke atas lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Muharrarah Netsarim (kawasan yang telah dibebaskan dari cengkaman zionis), selatan bandar Gaza.

Mangsa yang cedera
Kesan serangan zionis yang dilakukan secara mengejut, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Al-Qudrah menyatakan seorang wanita mengalami luka ringan ekoran cermin tingkap rumahnya pecah setelah lokasi BADAR dibom oleh pesawat zionis. Mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut. Tambahan dari web berita AL-JAZEERAH, dua orang yang cedera dalam serangan ini termasuk seorang wanita yang disebutkan. 

Demikian itu, pasukan penyelamat dan bomba bergegas ke lokasi-lokasi yang dibom bagi mengawal api yang marak di salah sebuah lokasi yang dibom.

Pengeboman mengejut ke atas dua lokasi tersebut telah menimbulkan ketakutan dan panik di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Berhubung situasi yang sama, saksi kejadian berkata, dua buah kereta kebal telah menceroboh secara terbatas di jalan masuk Kissufim ke timur Semenanjung Gaza serta menjalankan operasi mengesan di kawasan berkenaan.

Sebagaimana yang dijelaskan, kelibat jentera perang zionis turut dilihat tidak sebagaimana biasa di kawasan-kawasan timur Hayyu As-Shujaieyah, timur Semenanjung Gaza.

Zionis mengakui serangan

Dari sudut lain, jurucakap tentera rejim zionis mengesahkan bahawa pada pertengahan malam tadi, pesawat tempur Angkatan Tentera Udaranya telah melancarkan serangan udara ke atas dua buah sasaran yang dikatakan menjadi tempat proses pembuatan dan simpanan senjata di Semenanjung Gaza. Tambahan lagi, pesawat tempur berjaya menembak tepat ke atas dua sasaran berkenaan.

Jurucakap tentera zionis menegaskan, 'negara Israel tidak boleh bertolak-ansur terhadap sebarang usaha yang memberikan mudharat kepadanya malah akan terus-menerus menentang mana-mana pihak yang bertindak ganas melawannya, kata jurucakap terbabit'.

Akhir kenyataan jurucakap tentera zionis, "HAMAS adalah sebuah organisasi pengganas dan perkara ini mesti diatasi segera."

Sebelum serangan, beberapa pemimpin zionis telah mengugut akan melancarkan serangan di Gaza selepas serangan-serangan roket gugur di kawasan penempatan haram zionis. Sumber 28/08/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

[Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

20 Jun 2012


Laporan jam 06:41 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 05:41 petang, waktu Mesir

GAZA TENGAH - Selepas waktu Asar petang ini, pesawat tempur rejim zionis  'F-16' mengebom dua buah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS).

Logo AL-QASSAM
Menurut SAFA, serangan udara zionis ke atas lokasi latihan ketenteraan AL-QASSAM di sebelah barat Mukhayyam Al-Nusairat, Gaza Tengah tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Sebentar selepas itu, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah lokasi Al-QASSAM yang dikenali dengan 'pejabat kemasyarakatan' di Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza. Berikutan serangan, empat penduduk Palestin cedera, dua darinya adalah kanak-kanak dan mangsa-mangsa telah pun dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan lanjut. Memetik laporan PALTIMES, dua orang mangsa yang cedera disifatkan luka parah.

Berbagai-bagai model pesawat tempur zionis dilihat kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung serangan di darat pada petang Rabu, kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan sebelah timur melepaskan tiga das peluru meriam ke arah sebuah lapang berdekatan tanah perkuburan timur. Tiada sebarang laporan kecederaan dari serangan yang tertumpu di sebelah timur bandar Gaza. Sumber 20/06/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Kaitan berita hari ini:
[Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

Read more...

[Kemaskini] Zionis serang kilang simen di Rafah

25 Februari 2012

Laporan jam 11:49 malam, waktu Palestin
Jam 11:49 malam, waktu Mesir

RAFAH - Kedengaran satu gegaran kuat menjelang tengah malam ini ekorang serangan yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis ke atas sebuah kilang simen di sebelah barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Tambahan dari sumber agensi berita SAFA, lokasi sasaran pengeboman pesawat zionis berhampiran dengan pos keselamatan dalam negeri jarak 500 meter dari garisan sempadan Semenanjung Gaza-Mesir.

Berhubung serangan, sumber dari keamanan menjelaskan, pesawat tempur zionis F-16 melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan peluru misil ke atas kilang simen tanpa mengakibatkan kecederaan, hanya kerosakan harta benda di lokasi berkenaan.

Tidak lama selepas itu, pesawat tempur zionis menyerang pula sebuah terowong bawah tanah di Hayyu As-Salam, timur Rafah yang menyebabkan terjejas teruk.

Sebagaimana dinyatakan, pesawat tempur zionis yang berbagai jenis kerap berterbangan rendah di ruang udara Semenanjung Gaza. Selepas pengeboman, pesawat-pesawat tempur zionis beredar meninggalkan ruang udara.

Tiga roket menyerang daerah jajahan

Sebelum kejadian serangan dari pesawat zionis, sebuah web berita Israel versi hebrew, 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, satu serangan roket telah gugur malam tadi di kawasan Majlis Penempatan Eshkol, selatan tanah jajahan 1948 dari sebelah timur Semenanjung Gaza.

YNET berkata lagi, sebelum itu, dua serangan roket buatan tempatan telah gugur di bandar Askelon, selatan tanah jajahan 1948.
_____________________________________
Baca lagi:
KATAIB NASEER lancar serangan ke lokasi-lokasi zionis

_____________________________________

Sumber menyatakan, letupan dari roket-roket ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 25/02/2012, web berita Paltimes.net dan Safa.ps

Read more...

Kawasan lapang jadi tumpuan serangan zionis

24 Januari 2012

Laporan jam 12:58 pagi, waktu Palestin
Jam 12:58 pagi, waktu Mesir

GAZA - Serangan-serangan dari pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini(24/01/2012, Selasa) tertumpu di beberapa kawasan lapang yang berlainan di Semenanjung Gaza.

Penyampai berita SAFA melaporkan, pesawat tempur zionis jenis F-16 melepaskan tiga serangan peluru misil ke atas beberapa kawasan lapang di سكنة فدعوس dan As-Sudaniah yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Manakala di sebelah selatan Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis mengebom sebuah kawasan lapang yang merupakan bekas tapak penempatan haram zionis(zionis undur keluar dari Gaza tahun 2005) dari arah barat Khan Younis dengan dua peluru dan diikuti serangan ketiga ke atas kawasan tanah lapang di Bani Suheila.

Berhubung serangan-serangan ini yang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, penyampai berita SAFA menjelaskan bahawa letupan-letupan yang kuat ini dapat didengari dari berlainan tempat di Semenanjung Gaza, malahan sebelum seranga, kelihatan pergerakan jentera-jentera perang zionis di sebelah timur daerah Abbasan, Khan Younis sambil menembak bom-bom cahaya. Pada waktu yang sama, pesawat-pesawat tempur zionis kerap meninjau di ruang udara. Sumber 24/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

F-16 zionis serang utara dan Gaza Tengah

29 Disember 2011

Laporan jam 06:53 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 06:53 pagi, waktu Mesir

GAZA - Angkatan tentera udara rejim zionis telah melancarkan dua serangan udara ke atas Semenanjung Gaza. Kedua-dua serangan terbabit tertumpu di sebelah utara dan Gaza Tengah awal pagi Khamis, 29/12/2011.

Menurut pemberita SAFA, pesawat tempur zionis jenis F-16 mengebom sebuah kawasan tanah lapang di sebelah utara Semenanjung Gaza. Selepas itu, serangan kedua, pesawat F-16 menyerang sebuah lokasi pejuang JIHAD ISLAMI di kawasan Az-Zahra', Gaza Tengah.

Serangan udara zionis tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan penduduk Palestin.

Zionis akui lancar serangan balas

Berhubung serangan, tentera rejim zionis mengakui pihaknya melancarkan serangan bagi membalas serangan roket Palestin. Berikutan itu, tentera zionis berkata, semalam, empat serangan roket gugur di barat Naqab. Bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Jurucakap tentera zionis mendakwa, serangan pertama menyasarkan sebuah terowong bawah tanah pejuang Palestin di utara Semenanjung Gaza. Manakala, serangan kedua, pesawat zionis menyerang sebuah lokasi pejuang di Gaza Tengah.
___________________________________________
Baca lagi:

1. Tentera zionis jadi sasaran 'sniper' pejuang
2. ALWIYAH hentam dua roket ke Azata

___________________________________________

Jelas jurucakap tentera zionis, serangan tersebut berjaya mengenai dengan tepat ke atas kedua-dua sasaran.

Situasi berbalas serangan antara pejuang Palestin dengan tentera zionis setelahmana rejim zionis terlebih dahulu memulakan serangan pada 27/12/2011 seiring sambutan penduduk Palestin memperingati tahun ketiga perang Gaza. Hanya dalam masa tiga jam, serangan udara zionis di Gaza mengakibatkan seorang pemuda syahid dan sebelas lagi cedera, termasuk kritikal. Menurut sumber AL-JAZEERAH, serangan udara zionis pada 27/12/2011 tanpa didahului serangan-serangan roket pejuang, namun pihak rejim zionis hanya mengemukakan alasan-alasan yang mengaitkan pejuang-pejuang Palestin dengan kegiatan 'pengganas'. Sumber utama 29/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Capaian berita pada 27/12/2011 dan 28/12/2011:

1. Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza
2. Cedera dalam serangan kedua zionis
3. Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'

Read more...

Serangan zionis di Khan Yunus dan Nuseirat

27 November 2011

Laporan jam 06:34 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 06:34 pagi, waktu Mesir
Jam 12:34 petang, waktu Malaysia

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis menyasarkan dua serangan udara di Khan Yunus dan Nuseirat awal pagi ini.

Serangan udara yang pertama, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan dua serangan peluru misil ke atas sebuah rumah kaca pertanian(untuk tanaman) di utara bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, rumah kaca pertanian yang terletak berhampiran kilang simen Abu Taha di utara Khan Yunus telah diserang lima peluru misil lantas mengakibatkan terjejas teruk dan tidak dilaporkan sebarang kecederaan.

Dalam serangan kedua, pesawat pengintip zionis tanpa pemandu pula menyerang sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan Az-Zahra'. Sumber menyatakan, kedudukan rumah tersebut betul-betul berada di belakang menara bandar Az-Zahra' di sebelah barat Mukhayyam Nuseirat, Gaza Tengah.

Berikutan kedua-dua serangan udara zionis di Semenanjung Gaza awal pagi ini, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan dinyatakan.

Balas serangan roket

Sedemikian itu, radio penjajah menghebahkan bahawa angkatan tentera udara zionis telah melancarkan dua serangan udara awal pagi ini ke atas dua buah lokasi milik kumpulan bersenjata Palestin di Semenanjung Gaza. Jelas sumber itu lagi, serangan zionis tepat mengenai sasaran.

Sumber ketenteraan zionis mendakwa, pengeboman ini dilakukan bagi membalas serangan roket yang gugur di sekitar Majlis Daerah Eshkol pagi semalam(Sabtu).

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di berbagai-bagai sudut ruang udara Gaza. Sumber 27/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS