Tentera zionis jadi sasaran 'sniper' pejuang
28 Disember 2011
GAZA - Sayap tentera kepada Popular Front for the Liberation of Palestine, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(Abu Ali Mustafa Brigades) mengumumkan bahawa pejuangnya telah menembak tepat(sniper) seorang tentera rejim zionis ketika cuba meloloskan diri ke dalam kawasan di sebelah timur bandar Gaza pada jam 04:30 petang, waktu Gaza.
Jelas ABU ALI dalam salinan kenyataan yang disampaikan kepada 'PALTIMES', operasi tembakan tepat yang dilakukan pada petang tadi adalah rentetan dasar penentangan yang sentiasa diteruskan malahan respon balas terhadap jenayah rejim zionis yang tidak henti-henti ke atas masyarakat Palestin dan pejuang-pejuangnya.
AIMAN JUDAH akui lepaskan serangan roket
Media Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dalam laporannya pada pagi Rabu(28/12/2011), satu peluru roket telah gugur di sekitar penempatan She'er Hanegev, barat Naqab.
Menurut YNET, serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan. Sebaik sahaja serangan, sepasukan polis zionis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Dari sudut lain, UNIT AIMAN JUDAH dari kumpulan KATAIB SYUHADA AL-AQSA, serpihan sayap tentera gerakan FATAH telah mengakui pihaknya melancarkan dua serangan roket jenis 'Aqsa' ke She'er Hanegev. Selepas operasi, para pejuangnya pulang ke markaz dengan selamat.
Baca lagi:
Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'
Serangan zionis pada Selasa malam, 27/12/2011 di Gaza:
Cedera dalam serangan kedua zionis
Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza
____________________________________________________
Kata AIMAN JUDAH, pengeboman dari serangan roket ke She'er Hanegev adalah serang balas ke atas kematian seorang pemuda, as-syahid Abddullah Al-Talbani dalam beberapa siri serangan dan pencerobohan yang dilakukan oleh rejim zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
ALWIYAH hadang kemaraan tentera zionis
Berita lain pada awal pagi semalam, Selasa, 27/12/2011, sebuah sayap tentera yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata, pihaknya telah menyerang sepasukan tentera rejim zionis dengan menggunakan senjata berat ketika zionis cuba menyelinap masuk ke sebuah lokasi berhampiran "أبو مطبق" timur El-Maghazi, Gaza Tengah.
Gambar(arkib SAFA): Pejuang ALWIYAH sewaktu latihan.
Kenyataan rasmi ALWIYAH yang disampaikan kepada agensi berita SAFA menyebut, pejuang-pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berjaya melaksanakan misinya. Tegas lagi, pejuang-pejuang yang sentiasa berkawal di sempadan bersedia setiap masa menghadapi serangan dari rejim zionis. Kenyataan ini seiring sambutan memperingati tahun ketiga perang ke atas Gaza. Sumber 28/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps dan 27/12/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan