الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Syria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syria. Papar semua catatan

Penyembelihan di Al-Yarmouk ragut 8 Palestin

02 Ogos 2012

Laporan jam 09:27 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:27 malam, waktu Kaherah (Mesir)

DAMSHIK - Berdasarkan laporan media dan saksi kejadian bahawa lebih 8 orang Palestin gugur syahid akibat ledakan peluru mortar hawn di jalan Al-Jaunah, Mukhayyam Al-Yarmouk (asalnya, kem-kem pelarian Palestin) di Damshik, Syria.
Peta Syria
Sumber-sumber berkenaan menyebut pengeboman ini adalah hasil dari tembakan-tembakan dan serangan peluru mortar hawn yang dilepaskan oleh tentera pemerintah Syria pada petang Khamis.

Palestin yang syahid dikenali, Ala' Ghoneim berusia 30 an, Muhammad Anabtawi, 40, Yahya Ilyan, Fathi Ilyan, Muhammad Mashins, Muabdallah Al-Saleh, dan kanak-kanak, Anas Taluzi serta Ibrahim Ali Taluzi.

Para penunjuk perasaan dari kalangan orang Palestin keluar dari masjid Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk, lantas mengecam penyembelihan yang berlaku sebelum waktu berbuka puasa, dan tunjuk perasaan ini bersambungan sehingga ke jalan Safd menuju ke Lubiya.

Sejak beberapa hari yang lalu, pelarian-pelarian Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk merayu kepada PBB (United Nations: UN), Badan-badan Hak Asasi Manusia, dan Pemerintah Palestin agar bertindak menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa mafia (talibarut) dan penembak-penembak tepat rejim pemerintah Syria yang mengepung Mukhayyam ini.

Kaitan berita:
Pengkalan tentera Minakh
Keadaan terkini di Syria, menurut Jaringan Hak Asasi Manusia Syria, sekurang-kurangnya 71(sehingga catatan ini diterbitkan) orang telah syahid akibat serangan dari pemerintah Syria, sebahagian besar di pinggir Damshik (Dimashq). Pada waktu yang sama, tentera bebas Syria terus melancarkan serangan besar-besaran ke atas lapangan terbang tentera 'Minakh' yang merupakan salah sebuah pengkalan tentera udara Syria yang terpenting. Sumber 02/08/2012, web berita Safa dan web berita El-Bashayeronline

Read more...

Gantz ancam operasi ketenteraan di Gaza

24 Julai 2012


Laporan jam 04:39 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:49 petang, waktu Kaherah (Mesir)

Benny Gantz
BAITULMAQDIS (AL-QUDS) - Ketua Turus Angkatan Tentera Zionis (penjajah/Israel), Rav Aluf Benjamin Benny Gantz mengeluarkan ancaman operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza. Berikutan itu, kata Gantz, keadaan tidak akan stabil melainkan sentiasa mengenakan tekanan ke atas Semenanjung Gaza dan gerakan HAMAS.

Semasa Panitia Hubungan Luar dan Keamanan Israel bersidang pada waktu tengahari Selasa, hari ini, Gantz yang ikut serta perjumpaan ini berkata, 'walaupun suasana yang agak tenang menyelubungi zon selatan(Semenanjung Gaza) waktu ini, tetapi pada penghujung nanti, tentera Israel tetap terpaksa melancarkan operasi ketenteraan di sana'.

Gantz memberi peringatan berhubung ketidakstabilan di rantau ini boleh menjerumuskan ke dalam keadaan yang tidak diinginkan oleh sesiapapun.

Berhubung konflik Syria, kata Gantz, "maklumat yang terkini menunjukkan bahawa pemerintahan asad masih lagi mengawal senjata kimia dan Asad terus meningkatkan kawalan ke atas senjata ini," dakwa Ketua Turus Tentera Zionis mengenai hal sedemikian, "kemungkinan Asad akan menggunakan senjata kimia ke atas orang awam bahkan mungkin ia dipindahkan kepada HIZBULLAH." Sumber 24/07/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Rayuan pelarian Palestin mafia Asad kepung Al-Yarmouk

20 Julai 2012


Laporan jam 06:09 petang, waktu Kaherah (Mesir)

DAMSHIK, 20 Julai - Pelarian Palestin di Mukhayyam Al-Yarmouk, Damshik merayu kepada PBB(UN), Badan Hak Asasi Manusia dan Pemerintah Palestin(PLO) supaya selamatkan mereka dari mafia(tali barut) rejim Asad yang mengepung mukhayyam tersebut sejak beberapa hari yang lalu.

Mukhayyam Al-Yarmouk di Damshik, Syria
Salah seorang pelarian Palestin, Umar Abdul Raziq yang menetap dalam kawasan mukhayyam berkenaan ketika dihubungi berkata, sebilangan besar mafia Asad yang lengkap bersenjata dan penembak tepat(sniper) mengepung mukhayyam ini sejak lima hari yang lalu, dan tidak ada sesiapa pun dibenarkan keluar atau masuk ke dalam mukhayyam.

Berikutan itu, Abdul Raziq menyatakan bahawa rumah-rumah Palestin telah mengalami kekurangan bekalan makanan, ubat, dan susu kanak-kanak sejak mukhayyam ini dikepung. Abdul Raziq turut memberi peringatan jika hal ini berterusan, maka akan merubah kepada krisis kemanusiaan.

Selain itu, kereta-kereta ambulan juga telah berhenti operasi disebabkan kehabisan minyak. Jelas lagi, penembak-penembak tepat berada di atas puncak-puncak bangunan dan melepaskan tembakan ke atas setiap pergerakan dalam mukhayyam.

Sebilangan besar yang cedera telah dibawa ke hospital tetapi peralatan perubatan amat terhad.

Seorang pemuda Palestin, Ala' Sabih telah syahid pagi Jumaat hari ini setelah cedera akibat terkena tembakan meriam yang dilepaskan oleh mafia Asad di dalam kawasan Mukhayyam Al-Yarmouk. Sumber 20/07/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Meshaal: Jalan rundingan gagal, penyelesaian kembali kepada dasar penentangan

06 Januari 2012

Laporan Jam 02:51 petang, waktu Palestin
Jam 02:51 petang, waktu Mesir

Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal tiba di Kaherah semalam, 05/01/2012. Dalam lawatan singkat secara mengejut, beliau telah bertemu dengan wakil perisikan Mesir dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby.

Berhubung lawatan Meshaal ke Kaherah, Usamah Hamdan selaku kordinator hubungan luar gerakan HAMAS mengulas, "lawatan yang berlangsung ini adalah termasuk dalam skop perhubungan yang digerakkan untuk menyokong usaha baik pulih dalaman Palestin dan langkah-langkah membebaskan Semenanjung Gaza dari sekatan."

Gambar: Setiausaha Agung Liga Arab, kanan dan Ketua Biro Politik HAMAS, kiri sewaktu perjumpaan lalu.

Jelas Usamah dalam kenyataannya kepada agensi berita QUDS PRESS hari ini, 06/01/2012, bahawa "sejak kejayaan revolusi Mesir, hubungan HAMAS dengan Kaherah kini telah memasuki era baru dan ia bukanlah hasil dari apa-apa inisiatif serantau kepada HAMAS."

Kenyataan Meshaal

Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal menyatakan bahawa berunding dengan Israel hanyalah menggagalkan cara dan ia tidak akan membawa apa-apa, satu-satunya jalan bagi mengakhiri penjajahan hanyalah kembali kepada dasar penentangan serta sentiasa menentang.

Baca lagi:
>> Pertemuan antara perunding Palestin dan Israel di Amman



Dalam sidang media hari ini, 06/01/2012 selepas bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby, beliau(Meshaal) membantah pertemuan yang berlaku antara perunding Palestin dan Israel baru-baru ini di Amman boleh memberi kesan kepada perjalanan usaha baik pulih dalaman Palestin yang bawah seliaan Mesir.

Tegas beliau, gerakannya bersangatan mahu menjayakan perdamaian dalaman Palestin serta mengakhiri lima tahun babak pertelingkahan serta mencapai persepaduan dalam kesemua agenda-agenda usaha baik pulih, khususnya kerajaan perpaduan yang akan membawa kepada pilihanraya parlimen, presiden dan majlis kebangsaan demi untuk menyatukan barisan Palestin.

Berhubung sebab-sebab lawatan singkat beliau ke Kaherah yang disifatkan media massa secara mengejut, kata Meshaal, "HAMAS ingin sangat berterusan berhubung(selaras demi kesepaduan) dengan Liga Arab."

Jikalau dikatakan lawatan ini ada hubung kait dengan keadaan di Syria, beliau turut menyatakan, "keadaan di Syria juga HAMAS ambil berat, sejak tercetusnya kejadian(revolusi) di Syria, HAMAS telah berusaha keras bagi menyelesaikan hal ini dengan jalan politik," nyata beliau, pujukan HAMAS mampu dapat membawa penyelesaian dari aspek keamanan kepada penyelesaian cara politik yang akan memberikan kestabilan kepada Syria.

Meshaal menafikan dalam perjumpaan dengan El-Araby menyentuh tentang survival HAMAS di Syria atau mahu memindahkan pejabatnya ke negara Arab yang lain berikutan konflik di Syria yang masih berlanjutan, kata beliau, "HAMAS tidaklah gusar dengan geo-politik kerana HAMAS ada, sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin, juga di Damsyik serta ibu-ibukota negara Arab yang lain malahan ia ada dalam sanubari masyarakat di tanahair Arab."

Strategi sokongan dengan semua pihak

Mengulas di sebalik natijah peningkatan mendadak Ikhwan Al-Muslimin dalam pilihanraya parlimen Mesir dan begitu juga aliran-aliran Islam di negara-negara yang diresapi revolusi Arab kepada HAMAS, kata beliau, "kami merasa bangga dengan peningkatan kumpulan aliran Islam secara mendadak, demikian itu adalah dengan jalan pilihanraya corak demokratik tetapi kami tidaklah ingin menjadi semakin kukuh hanya dengan sokongan politik dari kumpulan aliran-aliran Islam semata."

Jelas beliau, strategi kekutan HAMAS tidak hanya bergantung kepada aliran-aliran Islam sahaja, bahkan HAMAS berhubung dengan kesemua pihak dan aliran politik yang berbeza.

Beliau turut mengungkapkan hasratnya dengan kebangkitan Islam yang membawa agenda Arab bagi berdepan dengan agenda Israel di rantau ini.

Nafi terima surat Syria dari Meshaal

Sementara itu, dari sudut lain, Setiausaha Agung Liga Arab menafikan terima surat dari pemerintah Syria melalui Khaled Meshaal ketika dalam perjumpaan. Jelas El-Araby, sekitar perjumpaan, kedua-dua pihak membincangkan secara panjang lebar mengenai keadaan dan kedudukan di Syria.

Beliau mendedahkan beberapa bulan yang lalu, Meshaal telah memainkan peranannya memujuk Presiden Syria, Bashar Al-Asad agar menandatangani protokol Arab. Di samping itu, kata El-Araby, beliau telah menyerahkan surat kepada Meshaal untuk disampaikan kepada pemerintah Syria yang mengandungi gesaan agar hentikan keganasan dan laksanakan kerja dengan penuh amanah dan telus bagi menjayakan inisiatif penyelesaian ini(protokol Arab). Sumber 06/01/2012, web berita Paltimes.net, web berita Al-Jazeerah dan web penerangan rasmi HAMAS

Read more...

[Karikatur] Harapan dari sebuah tiupan

02 Januari 2012


Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH


Karikatur di atas simbolik kepada penutup tahun 2011 yang menyaksikan peredaran angin revolusi di beberapa buah negara Arab. Bermula dengan Tunisia tanpa disangka-sangka, Mubarak juga tidak kebal dari takhtanya dan hari ini perbicaraan ke atas Mubarak dan dua anaknya disambung semula. Namun, sehingga kini masih ada beberapa buah negara Arab yang diselubungi angin tersebut masih berhempas-pulas berjuang membebaskan tanahair dari pemerintahan rejim diktator, khususnya di Syria, rakyat-rakyatnya dibantai membuta-tuli, kecil atau berusia tetap menjadi sasaran. Baru-baru ini, rejim zionis pula melihat suasana di Syria ada 'satu' perubahan sehinggakan rejim ini tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan, jika Asad jatuh, maka Israel akan melakukan serangan di Dataran Tinggi Golan.

Di sebalik tiupan angin ini, wujudnya sebuah harapan sebagaimana petanda-petanda awal dari keputusan pilihanraya Mesir yang kini masih berbaki pilihanraya peringkat ketiga, pilihanraya Majlis Shura dan Presiden. Pastinya, tahun 2012 merupakan detik-detik menzahirkan sebuah harapan. Tidak di Mesir sahaja, malahan meliputi keseluruhan negara Arab di Timur Tengah.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS