Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berjanji bahawa beliau tidak akan berkompromi mengenai hak-hak Palestin yang telah tetap semata-mata mencapai persetujuan damai dengan Israel. Berikutan itu, setelah beberapa hari rundingan damai secara langsung(bersemuka) yang diselia Amerika Syarikat(US), timbul beberapa perselisihan dan perbezaan pendapat di dalam kerajaan Israel berhubung ketidakmampuan mencapai persetujuan damai dalam masa setahun.
Gambar atas(reuters): Abbas di kiri Netanyahu semasa rundingan damai secara langsung di Washington.
Janji Abbas ini disiarkan ketika wawancara eklusif dengan akhbar "Al-Ayyam" Palestin yang diterbitkan pada hari Isnin lalu.
"Saya tak kan biarkan tanah air ini dimusnahkan dengan berkompromi ke atas mana-mana hak yang telah tetap pada Palestin," kata Abbas.
Presiden Palestin turut berkata bahawa beliau akan berundur jika didesak berkompromo ke atas mana-mana hak Palestin yang telah tetap, antaranya hak kembali(pulang ke Palestin) dan garisan sempadan 1967.
Abbas turut mengaitkan tempoh perjalanan rundingan secara langsung ini dengan melanjutkan lagi pembekuan sebahagian dari projek pembinaan penempatan Israel. Jelas beliau, "rundingan damai sekarang hanya dalam masa sebulan, sekiranya kerajaan Israel memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh pembekuan pembinaan penempatannya, maka kami akan teruskan rundingan, jika tidak dipanjangkan lagi tempoh itu, kami akan keluar dari rundingan."
Tambah Abbas, apa yang diucapkan ini memang cukup jelas sepertimana yang telah beliau katakan kepada Presiden Amerika Syarikat(US), Barrack Obama dan Menteri Luarnya, Hillary Clinton, malah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Beliau menyatakan sebelum ini kepada Netanyahu dalam pertemuan dua hala di Washington yang mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit.
"Jika kamu tidak meneruskan tempoh pembekuan pembinaan penempatan, kami akan berundur dari rundingan ini," kata Abbas kepada Netanyahu.
Dari sumber terdekat Abbas menyebut bahawa pertemuan itu turut menilai pendirian kedua-dua belah pihak, kemudian dikemukakan kronologi perkara yang berkait semenjak Persidangan Annapolis di US pada 27 November 2007 dan hal-hal yang timbul sejak dari pertemuan-pertemuan yang berlangsung antara Abbas dengan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.
Selepas sempadan baru keamanan
Dalam wawancara tersebut, Mahmoud Abbas menegaskan peri penting menumpukan terlebih dahulu dua isu dalam pusingan utama rundingan damai, iaitu sempadan dan keamanan.
Kata beliau, "Jika mahu kami menyertai rundingan, maka kami kena mulakan dengan hal yang berkaitan permasalahan sempadan, kemudian barulah menyentuh tentang keamanan kerana sempadan adalah permasalahan asas bagi kami(Palestin), manakala yang penting bagi Israel adalah keamanan."
Abbas berkata lagi dalam pusingan pertama, semestinya dipersetujui dahulu pemetaan garisan persempadanan 1967 kerana dari sini menjadi titik tolak untuk menyelesaikan permasalahan Al-Quds, air dan penempatan Israel. Dan permasalahan yang berkait dengan pelarian(hak kembali) dan selain dari itu akan diperbincangkan dalam pusingan kedua.
Sementara itu, Abbas membantah kewujudan Israel sama ada dikalangan warganya atau tentera di tanah-tanah Palestin setelahmana persetujuan dicapai.
Israel berbeza pendapat
Dari pihak Israel pula, jurucakap Netanyahu menjelaskan Perdana Menterinya memberitahu anggota delegasi Kongres Amerika yang berkunjung ke Israel bahawa persetujuan damai boleh dicapai dengan Palestin dalam masa setahun meskipun wujudnya perselisihan yang cukup ketara.
Ner Hefez berkata, Netanyahu menyatakan bahawa matlamat Kuartet Timur Tengah bertujuan untuk menubuhkan Negara Palestin yang dapat memperolehi ketenteraman hidup bersebelahan dengan Israel.
___________________________________________________
Pautan lain:
___________________________________________________
Bagaimanapun, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menimbulkan syak dari tercapainya persetujuan damai secara sermpurna. Lieberman mengungkapkan perunding Palestin hanya membincangkan cabang-cabang masalah kerana tidak mahu mengadakan rundingan dengan Israel, malah Lieberman berkata lagi, partinya "Yisrael Beitanu" akan menggagalkan sebarang usaha bagi memanjangkan tempoh pembekuan bina projek penempatan Israel.
___________________________________________________
Pautan lain:
___________________________________________________
Ketika menyampaikan ucapan di hadapan para penyokong parti Yisrael Beitanu berhaluan kanan semalam, Lieberman berkata, "persetujuan damai yang mesti difahami adalah bermakna penyelesaian konflik dengan menghentikan tuntutan dari kedua belah pihak malah mengakui Israel adalah tanah air bagi bangsa Yahudi, dan ia mungkin tidak akan dicapai dalam masa akan datang, juga generasi pada tahun berikutnya."
Sebagaimana yang dijadualkan, pusingan seterusnya bagi meneruskan rundingan damai antara perunding Palestin dengan Israel akan diadakan pada 14 dan 15 september akan datang di Mesir. Dalam rundingan tersebut, seperti yang dilaporkan bahawa Menteri Luar US, Hillary Clinton akan turut hadir. Sebaik itu, rundingan akan diadakan pula di bandar Al-Quds. Sumber 07/09/2010, web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan