الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Perang Gaza 2008-2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perang Gaza 2008-2009. Papar semua catatan

Wakil Keamanan Israel: Kemungkinan operasi ketenteraan di Gaza tidak mendesak

29 Disember 2011

Laporan jam 11:13 pagi, waktu Palestin

BAITULMAQDIS - Pandangan dari beberapa orang wakil dari Badan Keselamatan Israel(zionis/penjajah) melihat operasi ketenteraan menyerang Semenanjung Gaza tidak mendesak sambil memberi peringatan pada waktu yang sama, kemungkinan setengah dari warga Israel terpaksa berlindung dalam tempat-tempat perlindungan kerana bimbang roket-roket Palestin tiba ke bandar Tel-Aviv.

Seiring kenyataan sedemikian, siaran 10 televiysen Israel berkata, "apabila telah ditetapkan operasi ketenteraan, maka gerakan HAMAS dan kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin akan menggerakkan sepenuh kekuatannya secara berpusat(selaras) dan tidak akan ada lagi bergerak secara peringkat(sendirian)," dakwa lagi, HAMAS telah memahami dengan baik jika Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza hanyalah berterusan selama dari tiga sehingga lima hari sahaja.

Berhubung situasi ini, kata siaran tersebut, beberapa pegawai tentera Israel berpendapat sekiranya berlaku operasi ketenteraan di Gaza, Tel- Aviv adalah sasaran utama gerakan HAMAS, sedemikian itu, warga-warga Israel di Tel-Aviv(utara Tanah Jajahan) sehinggalah yang berada di Sderot, selatan Tanah Jajahan terpaksa memasuki ke tempat perlindungan. Lalu, penilaian ini melihat kemungkinan operasi ketenteraan di Gaza adalah tidak mendesak(pendirian lemah).

Salah satu serangan udara zionis semasa Perang Gaza.

Kesulitan yang disebutkan oleh siaran 10, antara kemungkinan sebab yang tidak kukuh dari Kerajaan Israel untuk melancarkan perang di Gaza kerana Israel tidak mendapat sokongan antarabangsa untuk melakukan operasi pada waktu sebegini, malahan, ia hanya akan menegangkan hubungan dengan Mesir. Tambahan pula, gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI memang tidak berhasrat meledakkan serangan yang melampau dalam pusingan mendatang, menurut kenyataan tersebut.


Jelasnya, apabila Israel mahu melancarkan operasi ketenteraan di Gaza, operasi serangan udara adalah yang profil tinggi dengan hanya sedikit bantuan dari ketenteraan darat. Berikutan itu, operasi yang dilancarkan hanyalah bertujuan melenyapkan keupayaan serangan roket yang dimiliki pejuang-pejuang Palestin.

Dari sudut lain, Komander tentera Israel di zon Selatan, Taal Harmuni membuat kesimpulan bahawa keadaan serba tenang di kawasan-kawasan selatan menunjukkan pejuang-pejuang Palestin mungkin telah terbias, kata Taal, "mereka-mereka tidak mahu lagi membuka peluang kepada Israel untuk terima serangan yang lebih sengit."

"Memang HAMAS dah tahu individu-individu yang dibom tentera udara itu dalam perjalanan untuk melancarkan operasi serangan ke lokasi-lokasi Israel, namun HAMAS tidak menahan mereka," ujar Taal lagi.

Mengenai empat serangan roket semalam yang gugur di selatan Tanah Jajahan(Israel), Taal Harmuni turut mengancam melancarkan perang baru ke atas Semenanjung Gaza.

Ancaman itu ditegaskan bahawa akan lebih dahsyat di Gaza sebagaimana operasi yang dilancarkan sebelum ini, 'Operation Cast Lead' sempena perang ke atas Semenanjung Gaza di penghujung tahun 2008 - awal 2009.

Benny Gantz, dua dari kanan sewaktu menghadiri mesyuarat dengan
komander-komander tentera rejim Islam di zon selatan.


Kata Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Benny
Gantz(Chief of General Staff of the Israel Defense Forces) berkata dalam siaran radio tentera Selasa lalu, sesungguhnya memang perang pusingan kedua di Semenanjung Gaza tidak boleh dielakkan.

Gantz menambah, perlaksanaan dari Operation Cast Lead secara profesional dan tegas telah mencapai satu gentaran yang besar, tetapi masa demi masa, nampaknya masih ada tentangan untuk menggentarkan Israel dari gerakan HAMAS, dan pada masa akan datang, perang di Gaza tidak boleh dielakkan lagi. Sumber 29/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita AL-JAZEERAH

Read more...

Sempena peringati perang: AL-QASSAM tunjuk persembahan ketenteraan

27 Disember 2011

Laporan jam 09:04 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:04 malam, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengadakan pertunjukan ketenteraan malam ini di bandar Gaza.

Pertunjukan ini sempena memperingati tahun ketiga perang zionis ke atas Gaza atau disebut Operation Cast Lead. Sumber 27/12/2011, web berita Safa.ps


SAFA melampirkan rakaman gambar
berhubung pertunjukan AL-QASSAM













Read more...

5 penduduk Britain dibebaskan dari pertuduhan merosakkan perkakasan kilang senjata

02 Julai 2010

LONDON - Mahkamah Britain telah membebaskan 5 penduduk Britain(aktivis keamanan) yang mengakibatkan kerosakan sebuah kilang persenjataan di Britain meskipun mereka mengakui melakukan perbuatan untuk menghalang perang yang berterusan ke atas Gaza.

Akhbar 'Guardian' Britain melaporkan 5 individu telah membuat kerosakan di sebuah kilang yang mengakibatkan kerugian bernilai £ 200,000 ribu semasa akhir perang di Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009(27 Disember 2008-18 Januari 2009).

Justifikasi kes yang mereka lakukan berikutan kilang syarikat EDO MBM melanggar akta-akta pengeksportan yang mengeluarkan peralatan perang dan membekalkan kepada tentera Israel yang digunakan memerangi penduduk Palestin.

Berikutan tindakan itu, mereka berusaha untuk melengahkan pengeluaran di kilang terbabit untuk menghalang jenayah perang yang berterusan di Gaza.

Memetik dari akhbar tersebut, hakim mahkamah, George Bathurst-Norman telah membebaskan Osmond, dari Brighton, East Sussex, dan Smith, dari Bristol pada hari Jumaat yang lalu dari pertuduhan yang menyebabkan kerosakan di kilang berkenaan.

Pada awal minggu ini juga, Simon Levin, 35, dari Brighton, Tom Wooderahead,, 25 Ornella Saibene, 50, Bob Nicholls, 52, dan Harvey Tadman, 44, semua dari Bristol, turut dibebaskan dari kes yang sama.

Seorang lagi yang didakwa terlibat dalam kes itu, Rossa Bellamy, 23 dari Brighton juga dibebaskan kerana kes itu tidak dapat membuktikan dia terlibat.

Salah seorang aktivis yang merupakan bekas tentera Britain, Elijah Smith dalam kenyataan akhbar berkata, 'perang ke atas Gaza telah mendorongnya melakukan apa saja yang boleh bagi menghentikan penjenayahan perang ataupun sehinggalah dapat menghalang pembunuhan.'

Bekas tentera itu berubah kepada aktivis keamanan setelah di dapati bom-bom dan peluru yang dikeluarkan oleh kilang EDO telah membekalkan pesawat tempur F-16 dan helikopter Apache Israel dengan persenjataan EDO yang menghancurkan Gaza.

Smith, 42 mengambil keputusan pergi ke bandar Brighton yang terletak di bahagian selatan Britain, lalu memecah masuk ke Kilang persenjataan EDO pada bulan Januari 2009.

Bekas tentera tersebut yang ditemani 5 aktivis keamanan yang lain bertindak memecahkan alat-alat dan perkakasan dalam kilang EDO yang mencecah nilai lebih dari USD376 ribu sebelum pihak polis tiba dan menangkap mereka.

Smith yang ditahan selama 18 bulan dalam penjara menyatakan, apa yang dilakukannya itu adalah benar dari sudut undang-undang dan moral. Tambah beliau lagi, 'kami semua rasa kesal kerana kami tidak berupaya menambahkan kerosakan dalam kilang itu.'

"Kilang EDO ITT menimbulkan masalah yang besar dan bahaya kepada manusia selama 90 tahun..kami tahu mereka masih membekalkan senjata kepada tentera-tentera seperti tentera Israel untuk membunuh kanak-kanak", ujar Smith.

Saksi perang

Seorang penduduk, Hebah Abdouh yang melihat perang di Gaza berlaku telah membuat penyaksian di mahkamah. Hebah menceritakan secara terperinci mengenai perang yang berterusan selama 22 hari ke atas Gaza, malah Hebah dapat menyebut keadaan manusia ketika berlakunya perang.

Hebah yang menetap di bandar Manchester bersama anak dan suaminya sekarang ini menceritakan lagi kepada hakim mahkamah, 'kebanyakan penduduk Palestin yang terbunuh tanpa sebab kerana bekalan perubatan tidak dibenarkan masuk ke Gaza malah Kerajaan Israel juga tidak membenarkan penduduk Gaza beredar keluar untuk menjalani rawatan.'

Beliau turut menyaksikan beberapa buah pesawat tempur Israel berbagai-bagai model mengebom penduduk, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yayasan pendidikan.

Hebah Abdouh turut menyifatkan Gaza seperti sebuah penjara yang besar dan sesiapapun tidak dibenarkan datang dan pergi sekalipun melalui laut. Berikutan itu, keperluan asasi yang berkurangan mengakibatkan kesemua penduduk terhukum sehinggakan paling jelas penduduk yang kehilangan rumah akibat musnah teruk dalam serangan Israel tidak akan dapat membinanya semula kerana bahan-bahan binaan telah kehabisan. Sumber 02/07/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

>> 9 warga Britain didakwa kerana pecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO

Petikan dari laporan, sebagaimana dinyatakan, mereka yang memecah masuk ke kilang tersebut kerana membantah pembekalan senjata dari EDO kepada Israel yang mengebom Gaza dalam perang tahun lalu. Kilang EDO menerima kontrak bagi meningkatkan keupayaan persenjataan pesawat tempur F-16 Israel. Selanjutnya baca di sini

Pautan lain:

>> Two activists accused of plotting to cause thousands of pounds of damage to a weapons factory have been cleared after claiming to be preventing Israeli war crimes.

Christopher Osmond, 30, Elijah Smith, 42, and six other anti-war campaigners admitted they broke into the Brighton headquarters of EDO MBM in the early hours of January 17 last year and sabotaged equipment in the region of £200,000. Selanjutnya baca di sini.

Read more...

9 warga Britain didakwa kerana pecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO

08 Jun 2010


Pada pagi semalam, sembilan aktivis Britain telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO di Moulescombe, Brighton, Britain pada tahun lepas.


Sebagaimana dinyatakan, mereka yang memecah masuk ke kilang tersebut kerana membantah pembekalan senjata dari EDO kepada Israel yang mengebom Gaza dalam perang tahun lalu. Kilang EDO menerima kontrak bagi meningkatkan keupayaan persenjataan pesawat tempur F-16 Israel.

Gambar:
> Peluru(kanan, atas) : Antara jenis peluru yang ditingkat keupayaan menyerang. Dengan teknologi dari EDO ini, serangan peluru dapat dilancarkan dari ketinggian yang tidak sebagaimana biasa malah serangan akan mengenai tepat pada sasaran.
> Sebalah kanan : Para aktivis yang mengadakan piket aman sambil mengangkat sepanduk yang menyokong kepada pelupusan EDO.
> Bawah, kiri : Bendera Palestin yang digantung ditembok hadapan bangunan mahkamah.

Dijelaskan, sembilan warga Britain itu telah memecah masuk ke kilang EDO semasa perang Gaza serta memecahkan peralatan dan kelengkapan komputer di dalam kilang yang bernilai ratusan ribu pound sterling. Tindakan tersebut bertujuan menghalang EDO dari mengeluarkan senjata, malah berjaya membuatkan operasi EDO tergendala dalam beberapa masa.


Mereka, enam aktivis itu diberkas ketika berada dalam kilang dan tiga lagi diberkas di luar kilang yang dituduh memberi bantuan sokongan untuk memecah masuk.

Berikutan itu, mereka didakwa "komplot jenayah yang menyebabkan kerosakan" semasa memecah masuk ke kilang EDO pada 17 Januari 2009.

Pendakwaan ke atas mereka dijangkakan berlarutan selama enam minggu, turut dinyatakan semasa sidang mahkamah itu, para sidang akan mendengar saksi mangsa pengeboman Israel ke atas Gaza.

Simpati dan tindakan yang wajar


Sementara itu, aktivis-aktivis perdamaian dan anti-perang turut mengadakan piket aman di hadapan bangunan mahkamah sepanjang siang kelmarin bagi menunjukkan rasa simpati terhadap sembilan warga Britain yang didakwa. Malah, para aktivis yang mengadakan piket juga membawa bendera Palestin dan sepanduk simpati terhadap Gaza. Sebelum itu, mereka menggantungkan bendera Palestin saiz besar lalu pihak polis campur tangan, lantas bendera Palestin ditanggalkan.

Sumber gambar dari flickr.com yang memaparkan respon para aktivis terhadap pembuatan senjata.


Mereka yang menunjuk perasaan itu mendesak supaya Elijah Smith yang ditahan dalam penjara Lewes sejak Januari 2009 kerana memecah masuk ke kilang tersebut dibebaskan.

Sebuah kumpulan 'lenyapkan EDO' yang menentang pembuatan senjata itu menyatakan mereka menyokong penuh dengan tindakan aktivis-aktivis yang memecah masuk ke kilang EDO semasa Israel melancarkan operasi 'operation cast lead' di Gaza.

Jurucakap media kumpulan tersebut, Glow Marsh berkata kepada agensi berita bahawa kumpulannya percaya hakim akan berpihak kepada aktivis-aktivis yang didakwa. Dengan itu, pembebasan mereka juga memberikan harapan pembelaan kepada keluarga 1400 mangsa perang yang dibunuh oleh Israel malah menunjukkan hakim tidak membela serangan Israel ke atas Gaza.


Berikutan itu, seorang aktivis Rose Za'ru berkata kepada agensi berita mengenai serangan berdarah yang dilakukan Israel tidak ada apa-apa pun tindakan dari pihak antarabangsa bahkan secara zahirnya Israel terlepas dari hukuman dan tidak menyatakan Israel bertanggungjawab.

Sehubungan dengan hal tersebut, Rose berkata, maka sewajarnya masyarakat awamlah yang perlu mengambil tindakan yang dilihat wajar setelah Kerajaan Britain gagal menunjukkan sikapnya mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.

Seorang lagi aktivis, John Josh yang berkata bahawa tindakan memecah masuk ke kilang itu adalah untuk menghalang dari peningkatan jenayah, tambahan pula 'mereka bertindak dengan perasaan(simpati) dan secara individu bagi menghalang kegiatan keganasan antarabangsa yang dilakukan oleh Israel menentang penduduk Gaza'.


Tambah Josh lagi, sebab mereka bertindak sedemikian kerana pihak antarabangsa tidak mengambil sebarang langkah-langkah yang berkesan untuk menghalang jenayah Israel ke atas hak-hak Palestin, malah tindakan Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Josh menyatakan, Israel dilindungi dari diheret ke pengadilan tambahan pula, Israel menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan minggu ini. Josh mengungkapkan bahawa Israel akan terus berhadapan dengan masalah kerana tindakannya.

"Jika Kerajaan Britain tidak bersedia untuk melakukan apa-apa, maka Kerajaan perlu memberikan sokongan kepada masyarakat awam dan penduduk biasa agar menghalang Israel membunuh rakyat yang tidak bersalah", ujar Josh. Sumber 08/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

SMASH EDO MBM ITT(facebook)

Klip video mengenai kilang EDO yang dipecah masuk.



Klip rakaman bawah, ketika aktivis memecah masuk ke kilang EDO.
Rujuk, EDO Smashed - Raid Footage

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS