الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Orang-orang FATAH ancam tawan kedutaan Palestin di Kaherah

14 Disember 2011

Laporan jam 08:30 malam, waktu Mesir

KAHERAH - Sumber yang dipercayai dari seorang anggota gerakan FATAH berkata hari ini kepada agensi berita SAFA, puluhan dari anggota FATAH yang lari keluar dari Semenanjung Gaza telah menyerang bangunan Kedutaan Palestin di Hayyu El-Dokki, Kaherah petang semalam, Selasa, 13/12/2011. Tindakan itu bertujuan mendesak supaya Pemerintah Palestin di Ramallah, Tebing Barat agar membayar kembali gaji-gaji mereka yang telah dihentikan.

Kata sumber berkenaan, 'hampir 50 orang dari anggota-anggota ketenteraan Palestin, terutamanya Abdul Hakim Audh, Maher Miqdad dan Nabil Tamus menyerang bangunan Kedutaan Palestin dan mendesak agar Pemerintah Palestin Ramallah kembalikan semula(bayar) gaji-gaji mereka yang berjumlah USD250 per orang yang sebelum ini mereka dibiaya gerakan FATAH di Mesir sejak melarikan diri dari Gaza ekoran kejadian Julai 2007'.

Sewaktu kejadian Julai 2007(HAMAS kuasai Semenanjung Gaza), beratus-ratus anggota gerakan FATAH dan badan keselamatan Pemerintah Palestin terdiri daripada Keselamatan Negara, perisikan dan Jawatankuasa Pusat FATAH telah melarikan diri ke Mesir dan beberapa negara Arab yang lain.

Kerajaan Palestin di Gaza(bawah pemerintahan HAMAS) mendakwa mereka-mereka yang lari keluar dari Gaza terjebak dalam jenayah pembunuhan sewaktu dan sebelum kejadian Julai 2007.

Baru-baru ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan satu ketetapan(kebenaran) kepada 107 orang dari anggota berkenaan agar kembali ke Gaza dengan mengungkapkan bahawa mereka ini tidak akan menghadapi sebarang masalah malah tidak perlu risau kembali ke Gaza.

Bagaimanapun sumber yang lebih dipercayai mengesahkan bahawa sebahagian besar yang lari keluar dari Gaza adalah yang taat kepada Mohamad Dahlan, bekas pemimpin FATAH yang telah dilucutkan keanggotaannya dari gerakan FATAH.

Seperti dijelaskan, Audh, Miqdad dan Tamus yang mengetuai kumpulan penyerang ke Kedutaan Palestin adalah orang kuat Mohamad Dahlan di Mesir. Mereka telah bertemu dengan Duta Palestin ke Kaherah, Barkat El-Fira dan meminta beliau selesaikan masalah mereka, namun Duta Palestin hanya menjawab, "masalah kamu tidak ada sesiapapun yang memberi maklum balas kepada kami, saya akan bincang lagi perkara ini".

Menurut sumber, penyerang-penyerang kedutaan Palestin memberikan tempoh sehingga hari Khamis(esok) untuk selesaikan masalah mereka dan menyambung semula pembayaran gaji mereka. Sekiranya tidak berbuat demikian, penyerang-penyerang akan menawan bangunan Kedutaan Palestin.

Berhubung pulang ke Gaza, penyerang-penyerang meminta Pihak Berkuasa Mesir agar memberi jaminan supaya kepulangan mereka ke Gaza tidak diancam oleh HAMAS dan mereka bersedia pulang segera.

Gambar: Seorang dari anggota FATAH memegang sepanduk tidak puas hati berhubung pemotongan gaji.

Dinyatakan, kehadiran Mohamad Dahlan ke Mesir minggu lepas dan ketika wawancara dalam siaran televisyen, Dahlan menghujum keras lawannya Presiden gerakan Fatah, Mahmoud Abbas(Presiden Palestin).

Anggota-anggota FATAH di Mesir, khasnya yang menetap di sinai berkeyakinan penuh bahawa keputusan pemotong bayaran gaji selepas mereka enggan pulang ke Gaza, bahkan melihat kepada situasi konflik yang beregar-legar dalam gerakan FATAH antara Abbas dan Dahlan, menurut sumber berkenaan. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS