Pelampau Yahudi pasang replika Kuil Sulaiman
14 Disember 2011
BAITULMAQDIS - Beberapa kumpulan pelampau Yahudi telah memasang sebuah replika Kuil Sulaiman(Haikal) yang didakwa wujud setentang Masjid Al-Aqsa seiring dengan gesaan menutup Masjid Al-Aqsa kepada umat Islam yang mahu solat di Al-Aqsa.
Gambar: Replika Kuil Sulaiman.
Kata saksi kepada pemberita SAFA, beberapa buah dari kumpulan pelampau Yahudi telah memasang replika Kuil Sulaiman di atas salah sebuah bangunan yang dinamakan 'Perumahan Yahudi'. Bangunan tersebut dibina atas runtuhan Hayyu Al-Sharif yang menyelia Masjid Al-Aqsa. Jarak dari bangunan itu hanyalah beberapa meter sahaja dari Tembok Al-Buraq yang disebut oleh Yahudi 'tembok ratapan'.
Gesaan berkenaan yang telah dikeluarkan dari Majlis Rabai Yahudi sebelum ini di Akademi Penempatan Yushaq memberi alasan bahawa Arab telah mengotori tempat yang terlalu suci disisi Yahudi malahan Arab mengubah tempat berkenaan sebagai pusat kepada pembiakan pengganas dan aktiviti pelampauan, ungkap Para Rabai Yahudi.
Sedemikian itu, kumpulan-kumpulan Yahudi pernah menerbitkan rakaman propaganda dan mencetuskan kontroversi, kandungannya menyiarkan beberapa siri babak serangan dari pesawat-pesawat tempur yang menghancurkan Masjid Al-Aqsa dengan peluru-peluru misil. Kemudian sebuah kuil dibina setelah keruntuhan Masjid Al-Aqsa.
Sebagaimana disebutkan, adanya kata sepakat bangsa Yahudi dan orang agama Yahudi untuk membina kuil yang didakwa wujud dengan merobohkan Masjid Al-Aqsa. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan