24 tahun HAMAS di tanah Palestin
14 Disember 2011
Kelihatan para wanita memikul anak-anak kecil dengan pakaian tentera yang menunjukkan penghargaan kepada sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.
Perayaan ini secara rasminya bermula jam 12:30 petang, waktu Palestin(Semenanjung)/Republik Arab Mesir.
Tema perayaan pula, "Tebus Bebas..Wahai Al-Quds Kami Datang Kepadamu" yang dapat dilihat dalam bentuk replika di pentas utama.
Menurut sumber-sumber berita Palestin, menjelang tengahari, hampir 350 ribu penduduk Palestin memenuhi Dataran Katibah Al-Khadhra'. Sebuah kumpulan nasyid Al-Wa'du dari Lubnan diundang memeriahkan perayaan. Turut serta, para tahanan Palestin yang terbebas melalui perjanjian penukaran tahanan-tawanan peringkat pertama. Hari ini, nama-nama para tahanan Palestin yang akan dibebaskan pada peringkat kedua akan diumumkan melalui web rasmi penjara zionis.
_________________________________________________
Tiba waktu pelancaran perasmian, pintu replika Masjid Al-Aqsa dibuka, ratusan ribu peserta yang hadir menyambut dengan laungan takbir.
Sewaktu laporan ini ditulis(jam 02:40 petang, waktu Gaza/Mesir), Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh sedang menyampaikan ucapan.
Kata beliau, "pada satu masa, HAMAS bergerak di atas lapangan dakwah, jihad dan politik."
Dalam ucapannya, beliau membuktikan bahawa pemerintahan HAMAS berjaya menggabungkan penentangan(jihad), memikul kerajaan, dan membawa arus pembangunan.
Ismail Haniyeh turut menekankan bahawa HAMAS berpegang kuat dengan penyatuan, damai Palestin(usaha baik pulih dalaman Palestin) serta memberi komitmen yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menggapai misinya.
Di awal permulaan ucapan, beliau berkata, jalan penentangan(jihad) adalah tindakan paling strategik bagi membebaskan Palestin.
Ketika perayaan ini berlangsung, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Gaza turut melaksanakan kawalan keselamatan yang tersusun bagi memudahkan lalu lintas dan menjamin keselamatan kepada penduduk Palestin. Keselamatan dan keamanan sepanjang perayaan ini turut disokong dengan bantuan anggota sayap tentera HAMAS yang bertebaran di beberapa kawasan di Gaza. Sumber 14/12/2011, web berita Paltimes.net, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH
0 comments:
Catat Ulasan