Haniyeh: Tunda pertemuan Abbas dan Meshaal sebab teknikal
19 Jun 2011
Jam 03:06 petang, Mesir
(kemaskini 09:00 malam, Mesir)
GAZA - Ketua kerajaan Palestin(Perdana Menteri) di Gaza, Ismail Haniyeh mengumumkan pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa ini di Kaherah telah ditunda.
Baca lagi:
2. Penasihat Presiden: Fayyad bukan satu-satunya calon kami
Kata beliau kepada agensi berita Safa hari ini, "saya telah menerima panggilan dari saudara Khaled Meshaal yang memaklumkan pertemuan lain masih berlanjutan tetapi pertemuan pada hari Selasa ini telah ditunda pada masa yang lain disebabkan hal teknikal."
Gambar(Safa): Ismail Haniyeh di sebelah kanan, dan di kiri, Mustafa Al-Barghouti, Pengerusi Al-Mubadara Al-Wataniyya Al-Filistiniyya yang turut kesal dengan penundaan pertemuan.
Tambah beliau, "hal ini telah memberi petunjuk betapa perbincangan serius mengenai pembentukan kerajaan dan wujudnya pertentangan di peringkat utama", berikutan itu, perkara ini mesti diperbincangkan lagi dan kami semua harap apa yang dipersetujui terdekat ini, itulah yang dilaksanakan.
HAMAS minta jangan tunda
Menurut jurucakap kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu menjelaskan bahawa HAMAS telah meminta FATAH jangan tunda pertemuan ini tetapi pemimpin gerakan FATAH memang betul-betul mahu menunda.
Menjawab sebab penundaan pertemuan yang ditimbulkan oleh agensi berita Safa, Taher menjawab, HAMAS telah memberitahu FATAH bahawa kami tidak bersama dengan pihak yang menunda dan HAMAS telah berazam dan bersedia untuk bertemu pada masa yang telah ditetapkan, tetapi FATAH tetap nekad dan tergesa-gesa menunda.
Seperti yang diharapkan, pertemuan gerakan HAMAS dan FATAH di peringkat ini akan selesai dan bersepakat terhadap nama individu yang dipersetujui menjadi ketua kerajaan. Jelas Nunu lagi, pihaknya tidak mengetahui sebab-sebab yang membuatkan FATAH meminta HAMAS tunda pertemuan ini.
Tambahan lagi dari Ezzat Al-Rashq, anggota Biro Politik HAMAS, menjelaskan kepada agensi berita 'Quds Press' bahawa Azzam Al-Ahmad, ketua delegasi dialog FATAH telah menghubungi HAMAS minta tunda waktu pertemuan kerana Mahmoud Abbas masih bertekad memilih Salam Fayyad mengetuai kerajaan Palestin akan datang.
Beliau menegaskan pendirian HAMAS mahu mengikut perjalanan yang telah ditetapkan tanpa ada penundaan, dan pengumuman penundaan ini adalah sebelah pihak dari FATAH, bukannya bersama HAMAS atau persetujuan bersama pihak perantara, Mesir.
Beliau menyatakan idea yang meminta Meshaal dan Abbas hadir ke pertemuan Selasa ini adalah cadangan dari FATAH dan HAMAS bersetuju, namun mengikut asas pendiriannya yang jelas tidak akan menerima Salam Fayyad menjadi Perdana Menteri(ketua kerajaan peralihan/kerajaan teknokrat).
Gambar(arkib Safa): Ezzat Al-Rashq, anggota Biro Politik HAMAS.
Pemimpin HAMAS ini mengungkapkan harapannya pertemuan ini untuk hampir kepada persepakatan pembentukan kerajaan dan diikuti beberapa perkara untuk baik pulih dalaman Palestin, "maka, apabila ditangguh-tangguhkan, sesiapapun tidak mendapat untung," menurut beliau.
Kami yang minta tunda
Berhubung penundaan, ketua delegasi dialog gerakan FATAH, Azzam Al-Ahmad berkata, pertemuan ini telah setuju ditangguhkan kerana melihat kepada kaitan kunjungan Presiden Abbas ke Turki dan demi mewujudkan suasana yang lebih baik untuk persetujuan, seterusnya bergerak ke arah melaksanakan persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin.
Ketika memberi kenyataan kepada agensi berita rasmi kerajaan Palestin di Ramallah 'Wafa', beliau berkata, "kami telah memberi cadangan dan juga meminta kepada saudara kami HAMAS, begitu juga kepada pemerintah Mesir untuk menunda pertemuan pada beberapa hari lagi."
Kata beliau lagi, "beberapa hari selepas itu, kami akan hubungi serta menetapkan jadual masa yang baru untuk masa pertemuan yang lebih sesuai setelah Presiden Abbas menyelesaikan tugasannya, khasnya kunjungan delegasi kerajaan Palestin ke Turki dalam masa dua hari akan datang," sambil mengungkapkan harapan untuk menjayakan pertemuan(selepas penundaan) yang akan datang.
Menurut sumber yang dipercayai, suasana ketika dialog FATAH dan HAMAS tidak mencapai kata sepakat berhubung pembentukan kerajaan akan datang khususnya yang berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri. Demikian itu, ia menjadi sebab akan menggagalkan pertemuan dan lebih baik ditunda sehingga timbulnya kata sepakat.
Berakhir tanpa persetujuan
Berhubung penundaan ini, Dr. Abdul Aziz As-Shaqaqi, bekas Presiden Himpunan Bebas mengulas bahawa penundaan pertemuan ini mengancam masa hadapan perpaduan tanahair.
Gambar(Al-Jazeerah): Khaled Meshaal, kanan dan kiri, Mahmoud Abbas semasa menandatangani persetujuan baik pulih hubungan Palestin di Kaherah pada 4 Mei, bulan lepas.
Majlis dialog antara HAMAS dan FATAH yang berlangsung pada minggu lepas di Kaherah berakhir tanpa ada persetujuan berhubung nama Perdana Menteri yang dicalonkan. Berikutan itu, kedua-dua pihak membuat keputusan perlunya Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal hadir dalam majlis dialog pada masa akan datang untuk memutuskan siapa yang akan menjawat kabinet menteri kerajaan perpaduan Palestin(kerajaan peralihan).
Sewaktu dialog berlangsung, delegasi FATAH mencadangkan Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri, lalu dibantah oleh HAMAS. Calon kedua, Muhammad Mustafa selaku Pengerusi Tabung Pelaburan turut ditolak oleh HAMAS.
Sedemikian itu, HAMAS pula mencadangkan Jamal Al-Khudhri dan ahli perniagaan Palestin, Munib Al-Misri untuk menjawat Perdana Menteri, namun kedua-duanya dibantah oleh FATAH. Sumber 19/06/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews dan web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan