الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Selepas Tantawi, Abbas bertemu Amir Qatar bincang perkembangan Palestin

19 Mei 2012


Laporan jam 10:56 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:56 malam, waktu Mesir

DOHA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu dengan Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani di ibunegara Qatar, Doha malam ini. 

Arkib SAFA: Kanan, Amir Qatar dan kiri, Abu Mazen
Pertemuan yang berlangsung di pejabat Amir Qatar di hotel Sheraton membincangkan hubungan dua hala antara negara dan baik pulih dalaman Palestin(perdamaian Palestin). Tambahan lagi, perbincangan berkenaan menyentuh proses perdamaian di sebalik berbalas surat antara Abbas dengan Perdana Menteri Penjajah(Israel), Benjamin Netanyahu.

Turut hadir bersama Abbas, anggota Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhaan Pembebasan Palestin(PLO), Saeb Arekat, jurucakap rasmi Majlis Presiden, Nabil Abu Rudeinah, Basel Aql dan duta Palestin ke Qatar, Moneer Ghanam.

Seperti yang dilaporkan Mahmoud Abbas tiba di Qatar selepas mengadakan kunjungan ke Kaherah, demikian itu, kunjungan beliau ke Doha tertakluk dalam rangka lawatan serantau.

Abbas bertemu Tantawi

Semasa lawatan Abbas ke Kaherah hari ini, beliau telah bertemu dengan Panglima Majlis Angkatan Tentera Mesir, Mohamed Hussein Tantawi.

Arkib SHOROUK: kanan, Abbas dan kiri, Tantawi
Pertemuan antara dua pihak membincangkan jalan sokongan Mesir terhadap permasalahan Palestin, serta perlunya sentiasa mengadakan dialog sesama kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) dan tindakan bagi meleraikan persengketaan dalaman Palestin.

Berhubung jangka masa panjang konflik Palestin-Israel, kedua-dua  pihak membincangkan kerahan usaha dan tindakan selanjutnya bagi menghidupkan proses damai khususnya di peringkat serantau dan antarabangsa, tambahan pula, ketikamana rantau Timur Tengah diselubungi suasana tidak stabil.

Abu Mazen(Mahmoud Abbas) menegaskan bahawa ikatan hubungan Palestin-Mesir dan peranan utama Mesir yang dimainkan ini agar tercapai baik pulih dalaman Palestin malah ianya(peranan) amat penting bagi menyatukan barisan dalaman Palestin.

Abu Mazen turut melahirkan terima kasih kepada Mesir yang sentiasa memberi sokongan terhadap permasalahan Palestin sambil mengharap Mesir dapat melangkah lepasi keadaan yang sedang berlaku dan mengembalikan peranannya di peringkat negara Arab dan serantau di Timur Tengah.

Semasa pertemuan Abu Mazen dengan Panglima Mesir, turut serta hadir,  Jeneral Sami Hafez Anan selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir dan merupakan Timbalan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir, juga hadir Jeneral Murad Mawafi, Ketua Badan Perisikan Am Mesir serta Menteri Luar Mesir, Mohammad Kamel Amru, dan beberapa anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir serta Duta Palestin ke Kaherah.

Mawafi ke Qatar

Pada waktu yang sama, Jeneral Murad Mawafi turut beredar ke Qatar pada petang Sabtu(19/05/2012) selama beberapa hari. Lawatan kali pertama beliau untuk bertemu beberapa wakil Qatar.

Sebagaimana yang dijadualkan, perbincangan Mawafi di Qatar menyentuh perkembangan terkini serantau khususnya krisis Syria dan perkembangan di tanah Palestin, di samping membincangkan hubungan masa depan Mesir-Qatar. Sumber 19/05/2012, web berita Safa.ps[Palestin] dan web berita Shorouknews.com[Mesir]

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS