HAMAS gesa balas serangan
20 Ogos 2011
Jam 02:25 pagi, waktu Mesir
Berhubung peningkatan serangan zionis di Semenanjung Gaza, semalam, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) telah menggesa kumpulan sayap bersenjata membalas ke atas serangan-serangan zionis.
Gambar: Penduduk Gaza memberi penghormatan terakhir kepada para syuhada'.
Gesaan tersebut melalui kenyataan seorang pemimpin HAMAS, Ismail Ridhwan kepada radio Suara Al-Aqsa, kata beliau, "sayap-sayap senjata Palestin mesti membalas dengan segenap kekuatan dan kekerasan ke atas jenayah yang dilakukan tentera rejim zionis di Gaza, sedemikian itu, kami meminta KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), begitu juga SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) dan kesemua sayap-sayap senjata bertindak menyerang balas ke atas jenayah rejim zionis."
Kata beliau, "tiada lagi gencatan senjata(tenang) dengan rejim zionis, yang ada hanyalah gencatan biasa di lapangan sebelum ini, itupun penjajah tidak memahami bahasa ini, akan tetapi mereka hanya tahu bahasa jenayah, kekerasan dan keganasan...ekoran jenayah sedemikian yang dilakukan terhadap penduduk Palestin yang telah menjaga gencatan senjata(tenang), maka kami berhak membalas."
Tambah beliau, "kami mahu sebut kepada penjajah bahawa keganasan, pembunuhan dan penyembelihan tidak sesekali dapat mematahkan langkah kami dan juga tidak akan terdorong menyerahkan harga politik(tunduk kepada tekanan politik) malah kami akan berpegang dengan prinsip masyarakat kami serta melindungi pejuang-pejuang, dan menjaga masyarakat serta Semenanjung Gaza dari direbut dan ia bukanlah tempat hamparan kemewahan."
AL-QASSAM beri isyarat balas serangan
Kata AL-QASSAM dalam kenyataannya semalam bahawa darah-darah komander(pemimpin) pejuang tidak akan menitis begitu sahaja sambil mengingatkan kepada Israel, jenayah mereka yang dilakukan berterusan akan menjadi satu bala kepada mereka. Tambahan lagi, "rentetan serangan yang berterusan ke atas masyarakat kami di Gaza, ingin kami menekankan bahawa jenayah penjajah terhadap komander dan pemimpin kami, pejuang-pejuang kami, dan anak-anak masyarakat kami tidak akan terlepas."
AL-QASSAM mengungkapkan pembunuhan penjajah ke atas pemimpin LIJAN MUQAWAMAH dan pengiringnya adalah 'usaha dari Kerajaan Penjajah Israel untuk memindahkan krisis dalamannya ke Gaza serta menarik perhatian berhubung krisis-krisis yang dihadapi rejim malah kerapuhan teori keamanannya yang telah lama mengujinya'.
Serang balas pejuang
Dari sudut lapangan pejuang, sayap-sayap tentera Palestin telah melancarkan tidak kurang dari 22 serangan roket dan peluru mortar ke bandar-bandar dan daerah-daerah Israel di Naqab(tanah jajahan 1948), menurut laporan tentera zionis.
Laporan lain memaparkan beberapa sayap tentera pejuang Palestin telah bertindak menyerang balas, antaranya ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, UNIT AIMAN JUDAH, dan KATAIB MUJAHIDEEN.
Menurut sumber Israel, salah satu dari serangan roket telah menghentam gereja Yahudi dan sekolah di Ashdod malah turut mengakibatkan kecederaan(laporan semalam menyebut 10 warga zionis cedera) biasa dan ada yang disifatkan kritikal. Berikutan itu, pihak berkuasa penjajah telah mengeluarkan pekeliling kepada warganya agar berjaga-jaga khuatir pertambahan dari serangan roket. Sumber 20/08/2011, web berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan