الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Pelampau Yahudi rempuh Al-Aqsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelampau Yahudi rempuh Al-Aqsa. Papar semua catatan

Polis penjajah: Rempuhan ke Al-Aqsa akan diteruskan

26 Februari 2012

Gambar arkib: Ketika pertempuran dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Laporan jam 07:03 malam, waktu Palestin

Jam 07:03 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Kata seorang pegawai polis penjajah, Niso Shuham di BaitulMaqdis(Al-Quds) hari ini bahawa rempuhan masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa akan diteruskan pada hari-hari akan datang. Niso menyifatkan rempuhan-rempuhan masuk seperti ini adalah 'kunjungan-kunjungan bebas'.
________________________________________
Baca lagi:
Unit khas penjajah rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa
Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa

________________________________________

Dari sudut lain, Yayasan Al-Aqsa dalam garisan 1948(jajahan 1948/garisan hijau) memberi peringatan berhubung perkembangan dari kenyataan seumpama ini.

Yayasan Al-Aqsa dalam kenyataannya berkata, kenyataan ini membawa maksud tujuan yang bahaya. Tambahan pula, penjajah nekad meneruskan tentangannya ke atas Masjid Al-Aqsa sepertimana yang berlaku dalam dua minggu ini. Demikian itu, Yayasan Al-Aqsa menilai jika apa-apa perkara yang menimpa Masjid Al-Aqsa, penjajahlah yang mesti dipertanggungjawabkan.

Menurut kenyataan itu, penjajah sememangnya menghalang beberapa orang pemuda Palestin dari memasuki Al-Aqsa khususnya pelajar-pelajar yang terlibat dalam program 'مساطب العلم' serta menahan kad pengenalan sebahagian besar dari pelajar-pelajar berkenaan sama ada pelajar lelaki dan perempuan. Tambahan lagi, sebilangan pelajar perempuan yang terlibat dalam program berkenaan juga tidak dibenarkan masuk.

Pun begitu, menurut Yayasan Al-Aqsa, penjajah telah membenarkan satu kumpulan yang terdiri dari 30 anggota perisik penjajah memasuki dan meninjau dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa diiringi pegawai dan anggota polis penjajah. hari ini. Berikutan itu, tujuh warga haram Israel turut dibenarkan masuk secara individu. Sumber 20/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Unit khas penjajah rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa

24 Februari 2012

Laporan jam 06:03 malam, waktu Palestin
Jam 06:03 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sejumlah besar anggota unit khas penjajah dan turut disertai warga haram zionis telah merempuh masuk ke halaman Masjid Al-Aqsa selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat.

Baca lagi:
> Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa


Rempuhan itu disusuli dengan pukulan cota ke atas para jemaah yang solat di Masjid Al-Aqsa malahan tentera penjajah melepaskan bom bunyi serta gas pemedih mata mengakibatkan sebilangan mangsa cedera. Kebanyakannya mengalami sesak nafas. Tambahan pula, tentera penjajah menutup pintu-pintu sekitar Masjid Al-Aqsa.

Yayasan Waqaf Al-Aqsa berkata, beberapa anggota unit khas penjajah juga merempuh naik ke bumbung di bahagian belakang Masjid. Jelasnya, ini adalah kali pertama operasi sebegini dijalankan. Sewaktu laporan ini diterbitkan, tentera penjajah masih memburu para jemaah di daalam halaman Masjid Al-Aqsa.

Sumber perubatan pula berkata kepada agensi berita PALTIMES, jumlah mangsa yang cedera seramai lima orang akibat dipukul dengan cota. Menurut pengawal Al-Aqsa, tentera penjajah memukul seorang wanita berusia dengan bahagian belakang senapangnya dan seorang pemuda dilaporkan cedera teruk apabila kepalanya hampir pecah akibat tindakan keras tentera penjajah berhampiran Bab Hittah, manakala 30 orang lagi sesak nafas.

Berikutan pertempuran yang meletus, Pengarah Kelab Tahanan, Naseer Qaus menjelaskan jumlah penduduk Palestin yang ditangkap semasa berlaku pertempuran seramai 11 orang, empat darinya dalam kawasan halaman Masjid Al-Aqsa dan tujuh lagi dari kawasan perumahan Bab Hittah.

Dari sudut lain, Yayasan Al-Aqsa mengecam jenayah yang dilakukan penjajah. Keterangan rasmi dari Yayasan menyatakan apa yang berlaku hari ini di Masjid Al-Aqsa mengesahkan peringatan yang selalu disebut-sebut bahawa rancangan penjajah yang menggiatkan serangan di Masjid Al-Aqsa amat perlu kepada tindakan segera dari umat Islam, Arab juga Palestin sendiri bagi menyelamatkan Al-Aqsa. Sumber 24/02/2012, web berita Paltimes.net

Read more...

Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa

20 Februari 2012

Laporan jam 10:40 pagi, waktu Palestin
Jam 10:40 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sekumpulan warga haram(Israel) yang diiringi tentera penjajah telah merempuh masuk ke halaman Masjid Al-Aqsa pagi ini(Isnin, 20/02/2012).

Saksi kejadian menyatakan, warga haram dalam lingkungan 7 orang yang dibahafikan kepada dua kumpulan telah memasuki ke halaman Masjid Al-Aqsa melalui Bab Al-Magharibah, sebelah tembok barat Masjid Al-Aqsa.

Jelas lagi dari saksi, kumpulan pertama yang merempuh masuk terdiri dari 4 orang dan kumpulan kedua tiga orang. Kelihatan kedua-dua kumpulan ini meninjau di sekitar halaman dan penjuru Masjid Al-Aqsa sambil dikawal ketat oleh tentera penjajah.

Manakala dari sudut lain, polis penjajah yang berkawal di pintu luar utama Masjid Al-Aqsa telah menahan kad pengenalan pemuda-pemuda Palestin sewaktu memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa. Mereka diberikan kad khas sebagai ganti sementara dan mewajibkan kad pengenalan dituntut semula sebaik sahaja keluar dari Masjid Al-Aqsa.

Sebagaimana dinyatakan, kebanyakan pemuda-pemuda yang diberikan kad identiti khas semalam telah dibawa ke balai polis yang dikenali 'القشلة' terletak di kawasan Bab Al-Khalil, Kota Lama.

Palestin berkawal hadang rempuhan penjajah

Laporan yang diterbitkan pagi semalam berhubung cubaan merempuh masuk ke Masjid Al-Aqsa, seramai puluhan warga haram Israel berkumpul berhampiran titi Al-Magharibah di sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang menyambungi Bab Al-Magharibah. Sementara itu, sejumlah besar polis penjajah dikerahkan bagi mengawal keselamatan sewaktu warga haram memasuki ke Al-Aqsa, namun hal terbabit telah mengakibatkan meletusnya pertempuran dengan ratusan rakyat Palestin yang sedang berkawal dalam Masjid Al-Aqsa.

Menurut rakyat Palestin, tiga tentera penjajah cedera ekoran pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam pagi semalam.

SAFA turut menjelaskan bahawa rakyat Palestin yang sedang berkawal telah memaksa(hadang) 120 tentera penjajah berundur keluar dari halaman-halaman Masjid Al-Aqsa. Pada waktu yang sama, puluhan lagi rakyat Palestin (penduduk asal BaitulMaqdis) dan penduduk Palestin dalam jajahan 1948 cuba bertindak memasuki Al-Aqsa untuk bergabung dengan saudara-saudara mereka yang berada dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Berikutan itu, tiga wartawan Palestin telah ditahan tentera penjajah sewaktu membuat liputan di Masjid Al-Aqsa. Seramai empat pemuda Palestin juga ditangkap semasa berada di salah sebuah pintu Masjid Al-Aqsa, Bab Al-Qatanain.

Menurut saksi lagi, tentera penjajah memukul seorang pemuda Palestin dan menangkapnya biarpun darah sedang menitis dari kepalanya malahan tentera penjajah enggan membawa pemuda berkenaan ke hospital.

Pihak berkuasa penjajah juga tidak membenarkan mana-mana penduduk Palestin di bawah umur 48 tahun dari memasuki Masjid Al-Aqsa.

Yayasan Yahudi gesa rempuh masuk ke Al-Aqsa

Rentetan rempuhan, beberapa buah yayasan pelampau Yahudi, terutamanya حركة أمناء الهيكل telah menggesa supaya memasuki halaman Al-Aqsa pada hari Ahad. Sedemikian itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuil yang didakwa wujud.

Gerakan ini mempelawa orang Israel dengan tema, "Marilah kita naik ke Bukit Haikal agar tindakan kita ini dapat menguatkan kedaulatan Yahudi".

Sebuah pusat info Palestin turut menyebut, dua gerakan Yahudi; حركة أمناء الهيكل dan دبل سليمان memilih hari Ahad sebagai hari rempuhan Al-Aqsa serta mendirikan ritual talmud di sekitar halaman Masjid Al-Aqsa. Matlamat itu adalah untuk mengesahkan lagi kedaulatan Yahudi, juga mendokong pengukuhannya sebagai jalan permulaan untuk menguasai sepenuhnya Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yang didakwa wujud. Sumber 20/02/2012, web berita Safa.ps dan 19/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Pelampau Yahudi rempuh ke Masjid Al-Aqsa

18 April 2011

Laporan jam 03.25 petang, Palestin/Mekah
Jam 02.25 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Sekumpulan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di bandar BaitulMaqdis tengahari tadi sambil dikawal ketat tentera rejim penjajah. Sedemikian itu, sebilangan besar muslimin dari dalam tanah jajahan dan sekitar daerah yang mahu menunaikan solat telah dihalang ke Masjid Al-Aqsa.

Gambar(arkib Safa): Sekumpulan pelampau Yahudi ketika merempuh ke perkarangan Masjid Al-Aqsa menuju ke *Masjid Kubah Batu.

قبة الصخرة: Masjid Kubah Batu

Seorang pemuda muslim yang berada dalam Masjid Al-Aqsa sejak malam lepas berkata, tentera rejim penjajah menghalang sebilangan besar muslimin khususnya pemuda-pemuda dari memasuki ke Al-Aqsa. Alasannya untuk mengelakkan pertempuran yang dijangka meletus antara muslimin dengan pelampau Yahudi.

Bagaimanapun, tambah pemuda itu, sekumpulan pemuda muslim berjaya melepasi masuk ke masjid sejak malam lepas untuk berkawal kerana telah mengetahui tabiat Yahudi yang akan berjalan-jalan sambil mencetuskan provokasi ketika perayaan Pesakh Yahudi dan tindakan yang bakal mereka lakukan ketika mengadakan upacara syiar talmud di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

Beberapa hari sebelum ini, ketua-ketua puak pelampau Yahudi menyeru diadakan upacara berjalan-jalan di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa sempena Hari Pesakh Yahudi. Seiring dengan perayaan itu, pemerintah rejim mengenakan kawalan ketat ke atas beberapa buah wilayah Palestin di Tebing Barat malah jalan-jalan utama yang berdekatan dengan Kota Lama di BaitulMaqdis ditutup kepada penduduk asal(Arab Palestin). Sumber 18/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

80 ribu solat di Al-Aqsa

20 Ogos 2010

AL-QUDS, - Lebih 80 ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa dalam minggu kedua sempena Ramadhan meskipun wujud kawalan ketat yang telah dijalankan oleh penjajah . Dinyatakan, kawalan ketat diadakan sejak awal pagi tadi di sekeliling Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari Al-Quds yang menyampaikan hal tersebut kepada agensi berita safa berkata, 'penduduk Palestin terpaksa melalui kawalan ketat yang diadakan oleh penjajah dan 80 ribu darinya berjaya tiba ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat di bawah terik matahari.'

Jelas sumber itu lagi, beberapa penduduk Palestin pitam berikutan cuaca yang terlalu panas.

Berikutan cuaca panas terik, skuad pengakap di Masjid Al-Aqsa memasang 10 buah payung bersaiz kecil di perkarangan Masjid Qubbah As-Sakhrah bagi melindungi jemaah solat wanita dari kepanasan matahari.

Suhu panas hari ini di Masjid Al-Aqsa berada di takat yang paling tinggi dan meningkat 10 darjah celcius dari tahun lalu. Sumber 20/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pelampau Yahudi rempuh masuk ke Al-Aqsa

20 Julai 2010

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, keadaan di bandar Al-Quds hari ini teramat tegang berikutan rempuhan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pelampau Yahudi pagi tadi ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Ketua Bahagian Perancang di Masjid Al-Aqsa, Najih Bakirat dalam kenyataannya kepada agensi berita berkata, tiga kumpulan pelampau Yahudi yang terdiri dari puluhan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu Al-Magharibah dengan dikawal ketat oleh polis Israel.

Kata beliau lagi, 'pelampau-pelampau Yahudi sedang berjalan-jalan di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika ini sempena memperingati hari yang dikenali mereka dengan keruntuhan haikal malah sebagai upacara permulaan bagi mengadakan perkumpulan terbesar pada keesokan hari sempena mengadakan upacara keagamaan.'

Beliau menyatakan, Pihak Berkuasa Penjajah menutup Masjid Al-Aqsa dari dimasuki penduduk Palestin yang ingin menunaikan solat malah turut menghalang selain daripada pelampau Yahudi sejak beberapa jam pagi tadi. Berikutan itu, keadaan menjadi tegang sehingga meliputi di luar tembok-tembok Masjid Al-Aqsa.

Sumber menambah, sebahagian besar penduduk asal Baitul-Maqdis bergegas ke tempat berkenaan. Bagaimanapun sehingga laporan ini diterbitkan pada jam 11.37 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir tidak ada sebarang pertempuran berlaku. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Sumber khas kepada agensi berita safa.ps melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir membebaskan 2 lagi tahanan dari kumpulan JIHAD ISLAMI Palestin. Sumber 20/07/2010, jam 09.38 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS