Pembukaan sempadan Rafah Mesir menyalahi perjanjian
29 Mei 2011
Jam 06.52 pagi, Mesir
BAITULMAQDIS - Sumber dari politik rejim zionis(Israel) di BaitulMaqdis telah berkata bahawa pembukaan sempadan Rafah Mesir setiap hari menyalahi perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani antara rejim zionis dengan Mesir.
Radio rejim zionis memetik kata-kata dari sumber berkenaan yang merasa khuatir sekiranya sempadan Rafah Mesir diselinap masuk pengganas ke Gaza sekiranya prosedur laluan tidak tertakluk mana-mana pengawasan, menurut dakwaan itu.
Sumber yang sama menyatakan dasar pembukaan sempadan yang diputuskan sebelah pihak oleh pemerintah Mesir akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjamin keselamatan serta menghalang sebarang aktiviti keganasan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar rejim zionis, Danny Ayalon menjelaskan bahawa, Mesir dan Israel ada kepentingan bersama dalam memerangi keganasan antarabangsa dan kegiatan pelampau yang dilakukan oleh gerakan HAMAS. Sedemikian itu, menteri zionis mengungkapkan keyakinan bahawa kerjasama antara dua Negara ini akan berterusan demi kepentingan semua pihak.
Danny Ayalon merupakan anggota Knesset Israel mewakili parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan.
Semalam, sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan antara tanah Mesir dengan Gaza telah dibuka buat kali pertama sejak beberapa tahun yang lalu. Keputusan Mesir yang membuka sempadan ini telah mengundang perdebatan hangat sesama pemimpin politik rejim zionis. Sebahagiannya menyalahkan Kerajaan Netanyahu yang disifatkan 'politiknya gagal'. Sumber 29/05/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan