Tambah lagi 6 bulan tahanan ke atas ahli parlimen HAMAS
30 Mei 2011
KHALIL - Pihak berkuasa rejim penjajah hari ini melanjutkan lagi tempoh tahanan ke atas seorang ahli parlimen HAMAS, Naif Al-Rujub, 55(gambar) yang berasal dari daerah Dura, Khalil, selatan Tebing Barat.
Menurut sumber dari ahli keluarga Al-Rujub, pihak berkuasa rejim penjajah di penjara padang pasir Naqab telah melanjutkan tempoh tahanan ke atas Al-Rujub selama 6 bulan berhubung kes tahanan tanpa bicara.
Ahli parlimen HAMAS itu ditangkap pada 6 bulan yang lalu dan dikenakan tahanan tanpa bicara. Sebelum ini, beliau telah dibebaskan dari penjara zionis setelah meringkuk selama hampir 5 tahun dalam penjara. Pada waktu itu, beliau ditangkap penjajah atas tuduhan sebagai anggota Majlis Legislatif(parlimen) mewakili gerakan HAMAS التغيير والاصلاح.
Selepas pilihanraya tahun 2006, Kerajaan Palestin yang ke-10 telah dibentuk oleh gerakan HAMAS dan Naif Al-Rujub menjawat Menteri Waqaf. Setelah itu, rejim penjajah melaksanakan misi penangkapan besar-besaran yang meliputi ahli-ahli parlimen HAMAS dan beberapa menteri HAMAS dalam kerajaan Palestin yang ke-10 termasuk Naif Al-Rujub. Sumber 30/05/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan