Shallah, Abbas bincang dalaman Palestin dan isu tahanan
30 Mei 2011
Jam 04.48 petang, Mesir
GAZA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bertemu dengan Setiausaha Agung gerakan JIHAD ISLAMI, Dr.Ramadhan Abdullah Shallah serta timbalannya, Ziad An-Nakhalah di Kaherah hari ini.
Berhubung pertemuan tersebut, salah seorang gerakan JIHAD ISLAMI, Syeikh Nafiz Azam berkata, pertemuan itu membincangkan beberapa isu politik Palestin dan turut menumpukan mengenai baik pulih hubungan dalaman Palestin(المصالحة الفلسطينية).
Beliau menjelaskan, perbincangan lain menyentuh isu Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO: Palestine Liberation Organization: منظمة التحرير الفلسطينية) dan tahanan politik.
"Kami memberi gambaran bahawa isu ini(tahanan politik) akan diselesaikan segera dalam terdekat ini," tambah beliau yang menyifatkan pertemuan ini memberikan suasana yang positif.
Berhubung isu PLO, kata pemimpin JIHAD ISLAMI, 'telah ada perbincangan serius khususnya untuk menyelesaikan isu ini dan kami harap dijelaskan lagi mengenai perkara ini beberapa minggu lagi melalui jawatankuasa bertindak untuk mengadakan pemilihan dewan rakyat setahun lagi'.
Bertemu Syeikh Al-Azhar
Dr.Ramadhan dan An-Nakhalah juga bertemu dengan Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Al-Tayyib. Ketika pertemuan, Dr.Ramadhan mengatakan kepada Syeikh Al-Azhar bahawa pembukaan sempadan Rafah merupakan tindakan yang bersejarah bagi Mesir, sambil menegaskan peranan Mesir begitu besar terhadap permasalahan-permasalahan Palestin.
Kata Dr.Ramadhan lagi, permasalahan Palestin ini juga adalah permasalahan ummah yang sebahagian dari aqidah Islam. Tambahan lagi, institusi Al-Azhar merupakan pelopor mempertahankan kesucian Islam berikutan sokongan tetap terhadap permasalahan ini serta menyatukan pertahanan dalaman bagi membebaskan tanah-tanah yang dijajah. Sumber 30/05/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan