ECSEG: Kapal Perancis menuju ke Gaza
05 Julai 2011
PARIS - Pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG) menyatakan bahawa kapal Perancis, sebuah dari kapal armada 'flotila 2' telah berjaya belayar menuju ke Gaza. Sedemikian itu, pada waktu ketikamana 9 buah lagi kapal 'flotila 2' yang berlabuh di pelabuhan Greece dihalang belayar.
Kenyataan ECSEG yang diterima agensi berita 'Safa' Palestin hari ini, kapal Perancis 'Al-Karamah' telah beredar dari pelabuhan Pulau Corsica Perancis, kemudian berlabuh di sebuah pelabuhan Greece dan kini, Al-Karamah dalam pelayaran menuju ke Gaza. Jelas ECSEG, Al-Karamah berada di perairan laut antarabangsa.
ECSEG menilai bahawa Al-Karamah yang berjaya belayar ke Gaza membawa simbol seolah-olah ia mencabar pelobi zionis yang meraikan kejayaan mereka di Perancis berikutan baki dari kapal 'flotila 2' tidak dapat berlepas ke Gaza untuk menyampaikan bantuan-bantuan kepada penduduk Palestin yang dikenakan sekatan.
Gambar(Safa): Salah sebuah bot 'flotila 2' yang tidak dibenarkan belayar ke Gaza. Semalam, bot ini disekat pengawal perairan Greece dari belayar ke Gaza.
Kerajaan Greece telah mengeluarkan pendirian rasmi tidak membenarkan 9 buah kapal 'flotila 2' belayar ke Gaza, namun menawarkan barang-barang bantuan yang berada di atas kapal-kapal tersebut boleh disampaikan ke Gaza melalui pelabuhan-pelabuhan Israel, lantas tawaran ini dibantah keras oleh gabungan armada 'flotila 2'.
Gabungan armada 'flotila 2' mengumumkan bahawa konvoi kemanusiaan antarabangsa akan cuba belayar menuju ke Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Tebing Gaza) meskipun pendirian Greece yang tidak membenarkan berbuat demikian memandangkan ia tidak bersandarkan sokongan undang-undang atau nilai moral bahkan seperti tunduk kepada tekanan Israel.
Gabungan ini turut mengesahkan bahawa larangan tidak membenarkan kapal-kapal 'flotila 2' belayar ke Gaza yang dikepung tidak akan sekali-kali dapat menghentikan usaha-usaha mereka dan pihak yang menyertai dalam 'gabungan flotila pembebasan 2' sehinggalah lembaran sekatan dan penjajahan terlerai akhirnya.
Kenyataan gabungan 'flotila 2' berkata, kerajaan Greece yang tunduk menyerah kepada tekanan dan ugutan Israel dengan menghalang pelayaran armada pembebasan, malah turut menguasai beberapa buah kapal tidak akan menjadi batu penghalang terhadap usaha-usaha yang dikerahkan pembebasan dunia demi dapat mematahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza bagi tahun kelima berturut-turut.
Berhubung larangan pelayaran 'flotila 2' ke Gaza, Kuartet Timur Tengah juga tidak bersetuju dan meminta 'flotila 2' salurkan bantuan-bantuan tersebut melalui pelabuhan-pelabuhan Israel. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan