Askar wanita zionis dituduh memukul kanak-kanak Palestin
05 Julai 2011
Jam 06:34 petang, Mesir
UMMUL FAHM - Mahkamah Persekutuan penjajah di BaitulMaqdis petang tadi telah mengenakan pertuduhan ke atas seorang askar wanita zionis dari unit pengawal sempadan atas dakwaan mendera kanak-kanak Palestin bawah umur dan mengancam nyawanya.
Menurut siaran 10 Israel, askar wanita berkenaan mengakui pertuduhan yang dikaitkan ke atasnya di hadapan mahkamah. Sebagaimana dijadualkan, surat pertuduhan akan diserahkan kepadanya bertitik tolak dari larangan memainkan dasar perkauman.
Gambar(Safa): Tentera wanita zionis yang dituduh memukul kanak-kanak Palestin.
Jelas sumber, unit peronda pengawal sempadan telah menangkap seorang kanak-kanak Palestin(tidak didedahkan nama) pada bulan Mac 2010 dari salah sebuah sekatan zionis di BaitulMaqdis. Dalam keadaan tangannya diikat, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah balai polis penjajah.
Sewaktu berada dalam tahanan di balai polis, kanak-kanak ini dipukul oleh tentera zionis, salah seorangnya adalah tentera wanita terbabit yang memberi ancaman menjahanamkan nyawa kanak-kanak Palestin ini. Tambahan lagi, kanak-kanak ini dibelasah teruk setelah kepalanya ditutup dengan bungkusan plastik.
Kanak-kanak ini turut diancam bunuh secara jelas ketikamana tentera zionis mengacu-acukan muncung pistol ke mukanya.
Safa menyebut, pihak berkuasa penjajah sengaja mendedahkan perjalanan pengadilan ini sebagai langkah *propaganda sedangkan memang tentera-tentera zionis menerima arahan yang jelas memukul masyarakat awam dikalangan Palestin di setiap sekatan-sekatan dan ketika melaksanakan misi geledah rumah Palestin. Sumber 05/07/2011, web berita Safa.ps
*propaganda: Maksud di sini mengubah pandangan umum terhadap Israel bahawa Israel menjalankan demokrasi dengan baik. Hakikatnya, menurut penduduk Palestin, pengadilan ini seperti sengaja dilakukan bahkan penduduk Palestin kerap menerima tohmahan dan dipermainkan ketika melintasi di sekatan-sekatan malah tidak kurang pula dipukul dan ditangkap ketika rejim penjajah menggeledah rumah mereka.
0 comments:
Catat Ulasan