الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label serangan bayangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serangan bayangan. Papar semua catatan

3 cedera dalam pengeboman zionis di sebelah timur Gaza

07 November 2011

Laporan jam 12:27 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:27 petang, waktu Mesir

GAZA - 3 penduduk Palestin cedera selepas waktu tengahari ini ekoran serangan peluru meriam yang dilepaskan dari kereta kebal zionis ke kawasan-kawasan pertanian berhampiran pagar pemisah di sebelah timur Hayyu Shujaieyah, timur bandar Gaza.

Berhubung kecederaan, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa untuk rawatan lanjut.

Menurut saksi kejadian kepada agensi berita SAFA, kereta kebal zionis melepaskan hampir 10 peluru meriamnya ke arah kawasan-kawasan terbabit secara mengejut, lantaran itu, kelihatan kepulan asap-asap tebal di kawasan kejadian.

Tambahan dari MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS(BRIGED AL-QUDS), pesawat-pesawat temur zionis turut melepaskan beberapa serangan gempa di beberapa buah kawasan yang berlainan. Jelas lagi, ia dapat didengari di sebelah utara dan Gaza Tengah.
____________________________________________
Baca lagi:

Syahid, cedera petang semalam di Gaza

____________________________________________

Pada hari yang lepas menjelang malam sambutan Aidil Adha, seorang pemuda, Al-Mujahid Abdullah Mehna, 26 dari anggota SARAYA AL-QUDS telah syahid, manakala 3 lagi cedera dan salah seorang darinya kritikal setelah menjadi sasaran dalam pengeboman zionis.

Mutakhir ini, rejim zionis sengaja menggiatkan serangannya di Semenanjung Gaza, pada waktu yang sama beberapa dari wakil Israel mengancam untuk menakluk semula Semenanjung Gaza. Sumber 07/11/2011, web berita Safa.ps dan web rasmi MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS

*Serangan gempa: Entri yang lalu, kami pernah menyebut serangan bayangan. Menurut wakil Palestin, serangan gempa ini hanyalah sekadar untuk menimbulkan ketakutan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan tersebut dilepaskan di ruang udara Gaza serta meletup dengan begitu kuat tanpa menjejaskan nyawa dan harta benda. Kebiasaannya juga, dikatakan serangan sebegini adalah sebagai 'peringatan'.

Capaian berita mengenai serangan gempa:

1. Zionis lancar serangan gempa
2. Pejuang lancar roket, zionis serang Shujaieyah
3. Serangan bersiri gempa ruang udara Gaza

Read more...

Pejuang lancar roket, zionis serang Shujaieyah

23 Mac 2011

Laporan asal jam 09.37 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.37 petang, waktu Malaysia

GAZA - Hebah radio penjajah bahawa 7 peluru mortar 'hawn' gugur di Majlis Daerah penempatan haram 'Ushkul' yang terletak dari arah timur selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza). Bagaimanapun, tiada luka parah dan kerosakan.

Sumber safa melaporkan, pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan serangan peluru mortar ke lokasi tentera 'Sufa' dan 'Karem Abu Salem'. Berikutan itu, kedengaran siren kecemasan berbunyi di kawasan berkenaan.

Di samping itu, pesawat-pesawat tempur zionis kerap berterbangan di ruang udara Gaza, terutama di kawasan-kawasan timur. Jelas sumber, pesawat tempur zionis melepaskan serangan gempa(letupan kuat di udara sebagai amaran).

Namun, zionis melancakan satu serangan udaranya ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni di kawasan Al-Qubbah, Hayyu Shujaieyah, timur Gaza. Ketika laporan ini dikeluarkan, tiada makluman berhubung luka parah.

Sejurus selepas itu, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) mengebom pula bandar Bi'ru Sabie'(Beer Sheeba, tanah jajahan 1948) dengan serangan roket 'grad' dan satu serangan roket 'Quds' ke atas penempatan haram Kafr Sa'd(tanah jajahan 1948).

Menukil petikan laporan dari web alqassam.ps yang memetik dari sumber Israel mendakwa bahawa serangan roket grad mengakibatkan seorang warga haram cedera. Beberapa lagi dirundung ketakutan. Turut dinyatakan, serangan roket grad menyebabkan kerosakan ke atas bangunan di kawasan berkenaan.

Warga haram ke tempat perlindungan

Berikutan tentangan serangan roket pejuang sebagai balas terhadap kekejaman zionis, media Israel, Yediot Ahronout versi hebrew melaporkan(08.07 pagi, Palestin/Mesir), polis Israel di Bi'ru Sabie' mengarahkan warga-warga haram berlindung di tempat perlindungan yang telah disediakan khas bagi melindungi dari sebarang serangan roket.

Tambah Yediot Ahronout lagi, datuk bandar Bi'ru Sabie' menangguhkan kesemua perjalanan yayasan pendidikan dari beroperasi kerana ditakuti kecederaan menimpa pelajar-pelajar warga haram Israel. Sumber 23/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Zionis lancar serangan gempa

07 Disember 2010

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis telah melancarkan beberapa serangan gempa petang tadi yang mengakibatkan kedengaran letupan yang amat kuat.

Sumber keselamatan berkata, beberapa buah pesawat tempur zionis berlegar-legar dengan kerap di ruang udara Gaza sementara kawasan di sempadan timur dan utara Gaza turut kelihatan pergerakan beberapa buah jentera perang zionis.

Jelas sumber dari web berita Safa, semalam berlaku pertempuran bersenjata antara pejuang Palestin dengan sepasukan tentera rejim zionis yang menceroboh timur Mukhayyam El-Buraij. Tentera rejim berundur dari Gaza setelah bertempur dengan pejuang dan sempat melancarkan beberapa serangan artileri ke atas beberapa buah binaan yang dimiliki penduduk.

Dalam masa yang sama, sejumlah buah lagi jentera perang zionis turut menceroboh di sekitar perlintasan Kissufim dan menembak ke arah beberapa buah rumah penduduk Gaza. Sumber 07/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Cedera di Gaza, serangan gempa di Lubnan

28 November 2010

GAZA - Seorang remaja Palestin cedera di bahagian kaki akibat terkena tembakan tentera rejim zionis di pertengahan lintasan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza pagi tadi.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah dalam kenyataan rasminya berkata, penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan di utara Gaza telah ditembak dengan machine-gun zionis, lalu mengenai seorang remaja berusia 15 tahun dan mangsa mengalami kecederaan. Sehingga ini, kecederaan yang dialaminya disifatkan 'pertengahan'.

Kejadian tembakan dari rejim zionis ke atas peladang dan penduduk Palestin di timur dan utara Gaza boleh disifatkan berlaku setiap hari. Berikutan itu, rejim zionis cuba untuk mengadakan zon-zon asing yang dikawal tentera sekaligus diibaratkan melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi kemanusiaan.

Kebelakangan ini, berpuluh-puluh penduduk Palestin sewaktu mengumpul kepingan besi dan sisa runtuhan berdekatan sempadan kerap diancam tembakan dari tentera rejim.

Roket gugur di barat Naqab

Laporan dari radio am Israel berkata, satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di kawasan penempatan haram "She'er Henegev", barat Naqab, di selatan tanah jajahan.

Jelas radio tersebut melalui web beritanya, serangan roket tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Menukil dari sumber, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin mengakui melancarkan serangan roket.

Lubnan diserang gempa

Sementara itu, pesawat-pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa serangan gempa(bayangan) di ruang udara selatan Lubnan. Sumber 28/11/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Serangan gempa di ruang udara Gaza

07 November 2010

(Terkini): 03.53 petang, waktu Palestin. Pemberita 'Safa' berkata, pesawat-pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa serangan bayangan(gempa) di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 07/11/2010, web berita safa.ps

[MAP] Menurut wakil Palestin, serangan gempa ini hanyalah sekadar untuk menimbulkan ketakutan kepada penduduk Palestin di Gaza. Serangan tersebut dilepaskan di ruang udara Gaza serta meletup dengan begitu kuat tanpa menjejaskan nyawa dan harta benda. Kebiasaannya juga, dikatakan serangan sebegini adalah berbentuk 'peringatan'.

Read more...

Serangan bersiri gempa ruang udara Gaza

12 Oktober 2010

RAFAH - Pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa siri serangan 'bayangan' di persisiran pantai Gaza hari ini yang dapat didengari dengan kuat antara setiap pelusuk kawasan.

Pemberita dari agensi 'Safa' menjelaskan kedengaran beberapa letupan yang kuat dari ruang udara kawasan penempatan yang telah bebas dari pendatang haram Israel. Kawasan tersebut terletak di bahagian barat di persisiran pantai Gaza.

Sebagaimana yang dilaporkan, letupan kuat itu kesan dari serangan pesawat tempur zionis yang mengatasi kelajuan bunyi ketika mengadakan tinjauan yang tidak putus-putus selama beberapa jam. Berikutan kejadian itu, menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada penduduk setempat.

Sejak kebelakangan ini, rejim zionis meningkatkan operasi penerbangan pesawat pengintip di ruang udara Gaza. Dalam masa yang sama tinjauan kerap turut diadakan, khususnya dari pesawata pengintip tanpa pemandu dan F-16 di kawasan-kawasan pendudukan, sempadan dan lokasi pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis di Gaza mengarahkan anggota-anggota polis Gaza agar mengosongkan sepenuhnya lokasi keselamatan khuatir serangan yang mensasarkan mereka. Yang masih beroperasi hanyalah sebahagian kerja di pejabat-pejabat keselamatan. Tambah lagi, pengosongan turut dilakukan di garisan sempadan khasnya kawasan terowong bawah tanah yang juga khuatir menerima sebarang pengeboman di garisan sempadan. Sumber 12/10/2010, [jam 02.21 petang, Palestin] web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS