الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pendatang haram Yahudi langgar kanak-kanak Palestin

08 Oktober 2010

Seorang pendatang haram Yahudi yang memandu keretanya dengan sengaja telah melanggar sekumpulan kanak-kanak Palestin(gambar kanan) bandar Al-Quds. Keempat-empat mangsa mengalami kecederaan.

Saksi kejadian berkata, sekumpulan penduduk Palestin melontar batu ke arah beberapa pendatang haram Yahudi di perkarangan tembok Buraq dan mereka cuba menghalang kereta terbabit, tetapi dengan tiba-tiba kereta terbabit memandu laju ke arah sekumpulan Palestin yang lain serta melanggar kanak-kanak Palestin.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penjajah(rejim zionis) berkata, polis Israel telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti sebab berlaku kejadian itu tetapi sehingga kini tidak ada penangkapan dibuat ke atas pemilik kereta berkenaan.

Menukil berita dari agensi 'Safa' yang memetik dari berita Al-Jazeerah bahawa maklumat yang diperolehi dari pusat maklumat Wadi Helwah, Mahmoud Qarain menjelaskan kanak-kanak Palestin merupakan penduduk asal Baitul Maqdis telah mendapat kecederaan setelah dilanggar kereta pendatang haram Yahudi di Al-Quds.

Qarain berkata lagi, kejadian langgar lari tersebut berlaku selepas solat Jumaat.

Sumber Perubatan pula menyifatkan kecederaan yang dialami salah seorang kanak-kanak Palestin yang dilanggar itu adalah pertengahan, dan mangsa telah dibawa ke hospital Al-Maqasid untuk rawatan.

Kejadian seumpama ini merupakan episod baru perlakuan pendatang haram Yahudi ke atas penduduk asal Palestin di Tebing Barat. Malah sebelum ini turut dilaporkan beberapa kejadian yang sama sengaja dilakukan oleh pendatang haram Yahudi yang melanggar penduduk Palestin.

Empat hari sebelum ini, sekumpulan dari pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke Masjid Anbiya' di kampung Bayt Fajjar yang terletak di selatan bandar Bet Lehem, Tebing Barat. Mereka membakar sebahagian dari karpet masjid dan sejumlah Al-Quran di dalam masjid tersebut. Malah, mereka menulis perumpamaan-perumpamaan yang menimbulkan ketegangan untuk membunuh Palestin serta menimbulkan sensitiviti keagamaan. Sumber 08/10/2010, web berita Al-Jazeerah

Klip berita mengenai kejadian yang berlaku selepas solat Jumaat

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau bebudak tu tak baling mesti tak jadi macam ni kan..

"Saksi kejadian berkata, sekumpulan penduduk Palestin melontar batu ke arah beberapa pendatang haram Yahudi di perkarangan tembok Buraq dan mereka cuba menghalang kereta terbabit, tetapi dengan tiba-tiba kereta terbabit memandu laju ke arah sekumpulan Palestin yang lain serta melanggar kanak-kanak Palestin."

mereka baling batu then cuba nak halang kereta tu. cuba kita masuk dalam situasi ini. orang baling kereta kita dan cuba nak tahan kereta kita bagaimana perasaan kita. serius kalau saya pun akan lakukan perkara yang sama demi keselamatan. maybe dalam kereta tersebut ada isteri dan anak-anak si pemandu or orang yang mereka sayangi..

hanya memberi sedikit pandangan sahaja setelah melihat video dan membaca artikel tersebut.. konspirasi dunia akhir zaman sangat hebat.. look here >> http://www.youtube.com/watch?v=diwYMmCcrX8

-MissEry-

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS