الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel akan bom tempat yang disembunyikan Shalit - Abu Marzuq

11 Jun 2010

BET LEHEM - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menyatakan pihaknya menolak sebarang kunjungan atau lawatan yang mungkin diusahakan untuk melihat seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza.

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataannya kepada agensi akhbar 'El-Hayat' London.

"Kami menolak sebarang permintaan untuk melawat Gilad Shalit kerana Semenanjung Gaza berada di bawah taklukan penjajah yang dikuasai kedaulatan rasmi Israel sama ada laut, darat dan udara", ujar beliau.

Berikutan itu, beliau menyatakan Israel sentiasa mengawasi sebarang pergerakan di Gaza, boleh dikatakan semua pergerakan diintip. Seterusnya, kami tidak boleh mencuaikan Gaza(terdedah kepada bahaya).

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS berkata lagi, "Jika Israel tahu tempat di mana Shalit berada dan sekiranya Israel tidak boleh menyelamatkannya, maka Israel akan mengebom kawasan berkenaan". Jelas beliau, "HAMAS tidak akan menerima sebarang lawatan melihat Shalit kerana untuk menjaga keselamatan penduduk yang berada di kawasan berkenaan, malah juga untuk menjaga nyawa Shalit".

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa isu tawanan Shalit hanya berkait dengan isu tahanan Palestin dan tidak ada sangkut paut dengan isu-isu yang lain, sama ada sekatan atau selainnya meskipun dokumen tukarawan tawanan/tahanan dibekukan masa ini.

Berkenaan keadaan Shalit, beliau menjawab, "Shalit mendapat hak-hak yang tidak dinikmati tahanan Palestin di penjara-penjara Israel", beliau menambah lagi, "sudah tentu keadaan Shalit jauh lebih baik dan ruang itu tidak boleh dibandingkan".

Kenyataan ini menjawab laporan yang diterbitkan semalam oleh Al-Jazeerah mengenai sekatan ke atas Gaza akan dibebaskan kecuali dibenarkan Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit yang ditawan semenjak tahun 2006.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dalam kenyataannya, "Mesti cakap dengan terus-terang bahawa syarat paling rendah untuk membuka sekatan ke atas Gaza adalah sepertimana membenarkan Pertubuhan Palang Merah mengatur lawatan melihat Gilad Shalit", tambah Lieberman, "Selagimana syarat ini tidak dipenuhi, maka keadaan itu tidak wajar diubah".

Dalam kenyataannya pada hari Ahad yang lalu, Lieberman menyatakan kemungkinan apabila wakil Palang Merah dibenarkan melihat Shalit, maka laluan darat antara Gaza dengan Israel juga dibuka.

Tambahan lagi dari jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri, berkata, "isu Shalit hanya berkait dengan tahanan Palestin, penjajah sengaja mengaitkan isu sekatan dengan Shalit kerana cuba berusaha memesongkan usaha antarabangsa bagi memecahkan sekatan, namun kami percaya kenyataan ini(Lieberman) tidak berguna bahkan pergerakan dari peringkat antarabangsa dan masyarakat tempat akan berterusan sehinggalah semua bentuk sekatan dipecahkan". Sumber 11/06/2010, web berita maannews.net dan 10/06/2010, web berita Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS