Ahli Parlimen Eropah: Melepaskan Gaza satu 'kesilapan'
09 Disember 2010
Sejumlah besar ahli parlimen veteran dari Eropah(gambar kiri) yang melawat Israel singgah ke Muzium Gush Katif di Jurusalem(Al-Quds). Lawatan mereka disertai seorang menteri Israel, Ayoub Kara(parti Likud) yang bersama-sama menyalakan lilin Chanukah sebagai satu simbol perpaduan orang-orang Yahudi.
Sepanjang lawatan di muzium, ahli-ahli parlimen Eropah menyifatkan bahawa tindakan satu pihak dari Israel yang berundur keluar dari Semenanjung Gaza pada tahun 2005 sebagai satu "pelepasan", dan ia merupakan kesilapan. Tindakan berundur keluar yang disusuli serangan selama bertahun-tahun dari pengganas(jolokan IsraelNationalNews ke atas pejuang Palestin di Gaza) menjadi satu kemenangan kepada pemahaman ideologi orang-orang Islam radikal.
"Yahudi Israel perlu membina seluruh tanah itu, lebih-lebih lagi di Judea dan Samaria," kata Rene Stadtkewitz, Pengerusi Parti Kebebasan Jerman(Germany's Freedom Party).
1. Germany's Freedom Party
2. Parti Likud
3. Judea-Samaria, (wikipedia)
Tambah Rene, menyerah tanah tidak akan memberi kebebasan tetapi menguatkan pihak pengganas.
Rombongan ahli parlimen veteran yang melawat Judea dan Samaria menyatakan bahawa banyak daripada tanah Israel dapat dilihat dari bukit-bukit di Judea dan Samaria. Jadi, dengan membuat pengunduran daripada kawasan-kawasan tersebut adalah tindakan bahaya.
Gambar, Judea dan Samaria adalah Tebing Barat.
Menteri Israel, Ayoub Kara meminta Israel menjalinkan hubungan rapat dengan ahli-ahli parlimen veteran Eropah yang merupakan ahli-ahli "new Right" Eropah, mereka menjadi penyokong Israel, malah turut bimbang dengan ekstremis Islam.
Kata Ayoub Kara lagi, "New Right" berkongsi kecenderungan yang sama dengan orang Yahudi dan juga negara Israel.
Sumber dari IsraelNationalNews menyebut, Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza pada tahun 2005 dengan mengeluarkan beribu-ribu penduduk Yahudi Israel dari rumah-rumah mereka dalam kawasan Gaza. Pun begitu, tiada apa yang diberikan Kerajaan Palestin sebagai ganti. Setelah pengunduran berlaku, pengganas(sumber merujuk kepada pejuang Palestin) di Gaza meningkatkan serangan roket dan mortar mereka ke Selatan Israel(tanah jajahan 1948). kekerasan juga meningkat sehinggalah operasi serangan balas Cast Lead pada awal 2009, lantaran itu serangan dari Gaza ke Israel berkurangan.
*Menorah: tempat meletak lilin yang mempunyai tujuh jejari yang digunakan dalam upacara pemujaan oleh orang Yahudi.
Berbalik kepada lilin yang dinyalakan bersama ahli parlimen dan menteri Israel, Sumber menyebut tempat nyalaan(*menorah) lilin-lilin diperbuat istimewa daripada bekas-bekas peluru mortar yang telah digunakan pengganas-pengganas Gaza menyerang penduduk Israel di Gush Katif. *Menorah tersebut dihasilkan oleh Gideon Rivlin, seorang penduduk Gush Katif, bapa kepada lima anak yang terbunuh dalam serangan pihak pengganas. Sumber 09/12/2010, web berita safa.ps dan salinan asal laporan berita bersumber 08/12/2010, IsraelNationalNews
0 comments:
Catat Ulasan