الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kaherah, Tel-Aviv dan Ramallah yang tidak mahu buka sekatan - Chomsky

15 Jun 2010

Seorang pemikir veteran Amerika, Avram Noam Chomsky(gambar sebelah) mengajukan kecaman keras kepada Mesir, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin(Ramallah) kerana pihak-pihak ini yang bertanggungjawab membuatkan sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang telah melebihi tiga tahun.

Chomsky memberikan kenyataan khas kepada agensi berita di New York. Beliau berkata, "Kaherah, Tel-Aviv dan Ramallah sememangnya tidak mahu membuka sekatan yang dikenakan ke atas Gaza memandangkan ada beberapa sebab kepentingan bersama."

Jelas beliau lagi bahawa dengan 'mengurung, menyiksa dan menghukum HAMAS adalah satu motif bersekutu bagi Mesir, Israel dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS)'. Apa yang nyata, dengan sekatan yang berterusan ke atas Gaza dapat memberikan kedudukan yang selesa kepada pihak-pihak tersebut.

Pemikir Amerika ini yang pernah dihalang memasuki Tebing Barat melalui Jordan turut menjelaskan bahawa asas tujuan dari pihak Israel dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Gaza yang telah melebihi tiga tahun adalah untuk melemahkan Kerajaan HAMAS yang cenderung kepada Islam, malah pihak-pihak ini menghalang sebarang simpati kepada HAMAS dengan memberi gambaran bahawa HAMAS adalah pertubuhan 'pengganas' yang bekerja untuk kepentingan rantau lain, sekaligus menimbulkan ancaman kepada Mesir.

Chomsky menyatakan, Mesir amat gusar sekiranya sekatan ke atas Gaza dibuka, khususnya sekatan dari laut yang memudahkan HAMAS memperolehi bekalan senjata dan peledak letupan.

Berhubung kepentingan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dengan sekatan yang berterusan ini pula, Chomsky berkata dengan membuka sekatan maka ia akan melemahkan kekuasaan Mahmoud Abbas yang sedang bersaing dengan HAMAS bagi mendapatkan populariti dalam masyarakat Palestin untuk menghadapi Israel.

Sementara itu, Chomsky menyebut seorang wakil Britain dalam PBB(UN), Mark Lyall Grant(gambar sebelah) ketika bertemu dengan sekumpulan pemberita , berkata 'Quartet empat, Mesir dan Israel sedang meneliti dan membuat kajian perancangan yang bersungguh-sungguh untuk menentukan keadaan kemanusiaan dari kalangan penduduk Palestin yang terkepung, tetapi perancangan itu bukan bererti untuk mengukuhkan HAMAS dalam arena politik Palestin'.

Wakil Britain tersebut menegaskan bahawa wujudnya kerisauan apabila sekatan ke atas Gaza berakhir kerana pasti akan meneguhkan kedudukan HAMAS. Inilah permasalahan yang teramat penting kepada Pihak Berkuasa Palestin Ramallah. Maka, Mahmoud Abbas tidak mahu memperbaiki keadaan dengan membawa masuk barang-barang dan keperluan ke Semenanjung Gaza sehinggalah HAMAS tidak lagi dipandang kuat berbanding Pihak Berkuasa Palestin Ramallah.

Sehari yang lalu, media Amerika menukilkan dari akhbar 'Haaretz' Israel bahawa Abbas membantah dibukakan sekatan laut ke atas Gaza ketika bertemu dengan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat di Washington minggu lalu.

Abbas berkata sedemikian kerana khuatir sekatan laut yang dibukakan ke atas Gaza dapat menguatkan HAMAS dari dua peringkat; Palestin dan Arab.

Media tersebut menukilkan lagi, Abbas berkata kepada Presiden Amerika, 'sekatan mesti diteruskan pada waktu sekarang dan langkah bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza biar dilakukan secara berperingkat namun dalam masa yang sama juga perlu berjaga-jaga sehingga gambaran tersebut tidak menandakan kemenangan kepada HAMAS'. Sumber 15/06/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS