Nakbah kepung perampas tanah Palestin
15 Mei 2011
Hak pulang merupakan isu panas menjadi bahan perbincangan dalam rundingan-rundingan damai sebelum ini. Palestin mendesak bagi mendapatkan hak ini, namun rejim penjajah cuba menafi dan melenyapkan terus hak pulang Palestin ke tanah-tanah Palestin.
Berikut adalah liputan-liputan sambutan Nakbah di beberapa buah kawasan yang getir hari ini:
Qalandia
Berlaku tentangan sengit, tentera rejim zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah para demonstran yang cuba menghampiri sekatan Qalandia, malah zionis turut melepaskan bom gas pemedih mata dan sound-bomb.
Keadaan terus tegang.
Berhubung kecederaan, sehingga kini 150 Palestin mengalami kecederaan ketika bertempur dengan tentera rejim.
Berikutan itu, pemuda-pemuda Palestin seakan mara melontar batu dan selangkah demi selangkah mendekati sekatan Qalandia sambil diawasi rapat tentera rejim.
Laporan pada jam 02.10 petang, waktu Mesir. Tidak semena-mena tentera rejim dalam jumlah puluhan anggota menyerang dan merempuh para demonstran Palestin sambil melepaskan tembakan. Beberapa pemuda Palestin telah ditangkap.
Laporan pada jam 02.40 petang, waktu Mesir, tentera rejim masih melepaskan tembakan ke arah pemuda-pemuda Palestin.
Berhubung penangkapan, 2 pemuda Palestin yang ditangkap telah tercedera sewaktu tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Kelihatan kereta ambulan memasuki pertengahan ruang pertempuran bagi membawa keluar mangsa yang cedera. Di samping itu, jip-jip tentera zionis dalam keadaan sedia merempuh sebarang kemungkinan.
Menjelang waktu Isyak(Mesir), laporan dari Al-Jazeerah menyatakan keadaan di Qalandia agak tenang.
Khalil
Seramai 60 penduduk Palestin terkepung di dalam sebuah masjid di Khalil, selatan Tebing Barat akibat berlindung dari tembakan bom gas pemedih mata yang dilepaskan tentera rejim penjajah, lantas menghalang mereka dari pulang ke rumah masing-masing.
Jabal Zaitun, BaitulMaqdis
Pertempuran sengit antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah di Hayyu Jabal Al-Zaitun, bandar BaitulMaqdis.
Berpuluh pemuda dan remaja Palestin melontar batu dan molotov ke arah tentera rejim, dan pertempuran tertumpu di jalan utama yang terletak antara hospital Khairiah Al-Islamiah dan hospital Viktoria.
Tentera rejim bertindak melepaskan bom gas pemedih mata dan sound-bomb ke arah pemuda dan remaja, lantas mengakibatkan beberapa dari kalangan mereka tercedera.
Pertempuran merebak hampir dengan Hayyu At-Tur . Pada waktu itu, pemuda Palestin menutup jalan utama ketikamana wujud sebilangan besar tentera rejim penjajah di situ.
Dataran tinggi Golan
Menurut AFP, tentera rejim penjajah melepaskan tembakan ke atas demonstran yang cuba mendekati kawasan yang diistihar 'kawasan tentera', iaitu Majdal Shams. Sehingga kini, laporan berita memaklumkan mengenai syahid dan 20 lagi mengalami kecederaan.
Keadaan turut dilaporkan genting, Israel menuduh Syria mencetuskan provokasi dan Syria mesti bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku.
Ketika ini, 02.05 petang, waktu Mesir, kelihatan jumlah tentera rejim penjajah bertambah dan kawalan ketat di lokasi berkenaan bertujuan menghalang para demonstran bertindak.
Sebentar tadi, helikopter tentera zionis berlegar-legar di ruang udara Golan.
Laporan terkini dari pihak rejim penjajah berkata, pihaknya telah menyerahkan 10 jenazah yang syahid kepada Syria. Manakala, 5 individu lagi ditangkap rejim penjajah.
Menurut akhbar 'Al-Dustur' Jordan melaporkan bahawa salah seorang dari jumlah yang syahid di Majdal Shams adalah rakyat Jordan, dikenali Qais Abu Al-Haija.
Maroun Al-Ras
Para demonstran terdiri dari Palestin dan Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di Selatan Lubnan yang bersempadan dengan tanah Palestin.
Menurut sumber, seorang wanita cedera apabila terkena tembakan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Menurut pemberita Al-Jazeerah lagi, 5 syahid dan 110 cedera dalam kejadian ini.
Tambah lagi dari sumber keamanan Lubnan yang dinukilkan dari agensi berita REUTERS bahawa 10 yang syahid(pelarian Palestin di Lubnan) dalam kejadian tembakan rejim zionis yang menyasarkan para demonstran di sempadan selatan Lubnan.
Kelihatan dua buah kereta kebal rejim zionis jenis 'Merkava' mara ke garisan sempadan(pagar keselamatan) di Maroun Al-Ras.
Jurucakap UNIFEL di Lubnan meminta semua pihak tenangkan diri di selatan Lubnan.
Semenanjung Gaza
Laporan terkini menyebut bahawa hampir 170 penduduk Palestin cedera di sempadan Erez, Bet Hanoun, utara Gaza, akibat ditembak tentera rejim zionis serta meriam artileri yang menyasarkan ke arah perarakan aman di sempadan Erez(Bet Hanoun), utara Semenanjung Gaza yang tidak jauh dari tembok pemisah Israel di sebelah utara Gaza. Kebanyakannya yang cedera adalah dari kalangan remaja dan kanak-kanak.
Sementara itu, turut dilaporkan tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah perarakan aman di garisan sempadan Abbasan, timur Khan Yunus. Jelas Safa, seorang penduduk Palestin cedera dalam kejadian ini.
Lagi laporan Al-Jazeerah menyebut seorang penduduk Palestin di Mukhayyam Shujaieyah, timur Gaza syahid ditembak tentera rejim zionis.
Berhubung kejadian hari ini, tentera rejim zionis mengumumkan kawasan-kawasan yang bertentangan dengan sempadan Gaza-tanah jajahan 1948 adalah bawah kawalan tentera.
Sebentar tadi, ambulan-ambulan masih lagi bergegas ke tempat kejadian bagi mengangkut penduduk Palestin yang cedera.
Pihak rejim penjajah meminta agar mengosongkan kawasan yang berhampiran sempadan Erez termasuk dari sebarang kenderaan mahupun ambulan.
Beberapa minit sebelum ini, tentera rejim penjajah masih melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang memenuhi di kawasan berkenaan. Jelas Al-Jazeerah, tembakan tersebut dari peluru hidup dan senjata berat, mesin-gan.
Menurut pemberita Al-Jazeerah, sebelum kejadian berlaku, penduduk Palestin di Gaza mengikut serta dalam upacara memperingati Nakbah Palestin yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin kumpulan pembebasan Palestin. Amat menarik, ketika upacara dan perarakan aman, hanya bendera Palestin dikibarkan. Selepas upacara itu selesai, perarakan aman menuju ke sempadan Erez sebagai bantahan dan protes terhadap hak mereka yang dinafikan. Sempena Nakbah, penduduk Palestin menuntut 'hak pulang'.
Pada jam 7.00 petang, Palestin(6.00 petang, Mesir), kumpulan pembebasan Palestin di Gaza mengadakan pertemuan, antaranya dari gerakan HAMAS, JIHAD ISLAMI dan beberapa lagi kumpulan pembebasan. Pertemuan tersebut membincangkan keadaan yang berlaku hari ini di Gaza. Dinyatakan, pertemuan itu juga bertujuan untuk mengambil satu pendirian di peringkat politik khususnya keadaan di Gaza.
Mangsa serangan zionis sempena Nakbah
Sehingga kini, 15 demonstran dari kalangan Palestin(juga rakyat Jordan) termasuk yang berada di luar tanah Palestin syahid dihujung senjata rejim penjajah dan lebih 400 penduduk Palestin cedera(berbagai-bagai kategori). Jumlah ini melibatkan kesemua tempat yang berlakunya pergelutan sejak dari siang tadi. Turut tercedera dari kalangan wartawan.
(jam 03.30 pagi, 16/05/2011, Malaysia)
0 comments:
Catat Ulasan