Pusat latihan AL-QASSAM, pejuang Palestin dan awam terus jadi sasaran zionis
05 Ogos 2011
Jam 02:56 pagi, waktu Mesir
GAZA - Pesawat tempur zionis menyasarkan beberapa serangan berlainan tempat di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza) awal pagi ini(Jumaat).
Kedua-dua penyampai berita agensi Safa dan Maan Palestin melaporkan bahawa pesawat tempur zionis jenis F-16 melepaskan serangan peluru misil ke atas sebuah pusat latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berhampiran bekas lokasi skuad 17 di sebelah barat Der Balah.
Laporan berasingan dari Safa menyatakan pesawat zionis melakukan dua serangan yang memisahkan dari sudut masa ke atas pusat latihan tersebut.
Di bandar yang sama, pesawat tempur zionis menyasarkan pula dua serangan misil ke atas sebuah ladang ternakan ayam di sebelah timur. Sebelum itu, beberapa buah rumah tanpa penghuni di daerah Qararah menjadi sasaran peluru artileri(meriam) zionis.
Serangan ketiga, pesawat pengintip zionis tanpa pemandu(turut dikenali 'si dengung') melepaskan satu serangan peluru ke atas sebuah kotak kargo kontena yang terletak di pintu masuk barat daya Khan Yunus(Khan Younis). Tembakan tersebut mengakibatkan sasaran musnah dijilat api. Jurucakap tentera zionis mengakui serangannya tepat mengenai sasaran.
Serangan lain, sekumpulan pejuang Palestin terselamat dari pengeboman zionis di selatan Jabaliya, utara Gaza. Bagaimanapun, hanya seorang cedera ringan di bahagian tangan.
Tambah Safa, menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah bahawa 3 penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam satu pengeboman zionis yang menyasarkan sebuah rumah kosong di utara Bet Lahiya, utara Gaza.
Abu Salmiah menjelaskan, dua pemuda dan seorang kanak-kanak cedera sambil menyifatkan dua dari mangsa tersebut kritikal, manakala seorang lagi cedera di tahap pertengahan. Ketiga-tiganya telah dibawa ke hospital Kamal Udwan untuk rawatan.
Serangan artileri
Semalam, seorang penduduk Palestin cedera ringan ekoran dua peluru artileri zionis gugur di sebelah timur Hayyu Tufah, bandar Gaza.
Menukil dari saksi kejadian, beberapa orang dari penduduk awam terselamat dari pengeboman mengejut zionis. Berikutan itu, pasukan penyelamat telah membawa mangsa yang cedera ringan ke hospital As-Shifa' untuk rawatan lanjut.
Sumber tempatan yang mengesahkan kepada Safa bahawa peluru artileri zionis gugur ke atas sebuah rumah tanpa penghuni berdekatan Jabal Al-Reis, utara Gaza. Namun, tiada kecederaan.
Menurut Maan, serangan artileri menyasarkan sekumpulan pejuang yang melancarkan roket jenis 'grad' ke daerah penempatan zionis.
Sedemikian itu, sumber Israel 'Yedioth Ahronoth' mengatakan bahawa satu serangan roket jenis 'grad' yang dilancarkan pada awal malam Jumaat(04/08/2011) dari Gaza telah gugur di Kibbutz, sebuah kawasan di Majlis Daerah Penempatan zionis 'Lakhish', Kiryat Gat, selatan tanah jajahan 1948.
Sumber yang sama mengesahkan bahawa krew bintang merah Daud bergegas ke lokasi sasaran bagi merawat dua individu yang dilanda kejutan. Bagaimanapun, tiada kerosakan harta benda.
Wanita dan kanak-kanak dirundung takut
Sudut lain, menurut jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, wanita dan kanak-kanak dalam bilangan puluhan dirundung rasa takut dan panik ekoran serangan yang terus-menerus dari zionis di Semenanjung Gaza.
Abu Salmiah dalam kenyataannya yang disampaikan kepada agensi berita Safa menyatakan serangan-serangan zionis ini telah menidakkan prinsip undang-undang kemanusiaan dan hak-hak asasi antarabangsa. Beliau menggesa badan-badan dan masyarakat antarabangsa agar bertindak darurat dengan campur tangan terhadap penindasan zionis ke atas penduduk awam di Semenanjung Gaza.
Baca lagi:
2 pangkalan AL-QASSAM dan sebuah terowong diserang pesawat zionis
____________________________________________
Balas serangan roket 'grad'
Sementara itu, satu laporan berita yang diterbitkan agensi Safa pada jam 08:57 malam(waktu Palestin, 04/08/2011) menukil dari berita siaran 10 Israel, kata seorang pegawai tentera zionis berjawatan tinggi bahawa balasan ke atas serangan roket 'grad' yang dilancarkan dari Gaza hari ini dan semalam tidak akan dilewat-lewatkan.
Sumber yang sama menyatakan serang balas akan lebih dahsyat, iaitu bahasa yang sewajibnya difahami oleh mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan dan kestabilan penempatan-penempatan Israel(zionis), menurut pegawai berkenaan.
Jelas siaran 10 Israel, serangan-serangan pesawat zionis malam tadi dan awal pagi ini di Gaza sama ada semalam atau hari ini(Khamis) adalah bagi membalas serangan roket dari Gaza.
Pada waktu ini, ketua-ketua badan dan pihak berkuasa tempatan zionis di zon selatan tanah jajahan 1948 mendesak Kerajaan Penjajah agar memasang semula sistem penangkis roket(Iron Dome) di kawasan-kawasan terbabit berikutan bimbang dengan peningkatan serangan-serangan dari pejuang Palestin Gaza pada waktu akan datang. Sumber 05/08/2011 dan 04/08/2011, web berita Maannews.net dan web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan