2 pangkalan AL-QASSAM dan sebuah terowong diserang pesawat zionis
04 Ogos 2011
Jam 12:25 pagi, waktu Mesir
(Kemaskini jam 04:00 pagi, waktu Mesir)
GAZA - Pesawat tempur rejim zionis melancarkan serangan awal pagi ini ke atas tiga buah sasaran yang berlainan tempat di Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Jalur Gaza, Genting Gaza).
Penyampai berita agensi Safa melaporkan pesawat tempur zionis telah mengebom dua buah pangkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS. Pangkalan yang menjadi sasaran iaitu, Ra'du di Hayyu Tufah, timur bandar Gaza dan sebuah lagi dikenali Badar yang terletak berhampiran menara Al-Muqawisi.
Pesawat tempur zionis turut menyasarkan serangan ke atas sebuah terowong bawah tanah di sebelah barat gerbang Salahuddin yang terletak di garisan sempadan selatan Gaza dan Mesir, lantas mengakibatkan terjejas teruk dan ruang dalamnya musnah dijilat api. Kebakaran dapat dikawal setelahmana pasukan bomba tiba di tempat kejadian.
Berhubung serangan zionis di Gaza, Abu Salmiah, Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan di kalangan penduduk.
Serangan roket grad
Safa menjelaskan pengeboman ini ekoran 3 roket jenis 'grad' dari Gaza menyerang selatan tanah jajahan 1948 lewat malam tadi.
Menukil dari media Israel 'Yedioth Ahronoth', serangan roket pertama jatuh meletup sekitar jam 10:30 malam(waktu Palestin) di sebuah kawasan tanah lapang antara Sderot dan Kiryat Gat berhampiran Majlis Daerah Penempatan Lakhish. Tambahan lagi, 2 jam selepas itu, lagi serangan roket gugur berdekatan stesen gas di selatan bandar Ashkelon. Bagaimanapun, serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kemusnahan harta benda. Sumber 04/08/2011, web berita Safa.ps dan web berita Ynetnews.com
0 comments:
Catat Ulasan